August 24, 2009

Selamat Berpuasa...

JOM CUBA ..........
"Madu Terbaik Di Dunia"
http://madu-sidir.blogspot.com

عسل صدر من اليمن

Tetamu Allah di Mekah berpeluang membeli Madu Yaman Hadhramaut. Harganya bukannya murah, boleh mencecah S.Riyal 200 . Madu Yaman yang dikenali sebagai Madu Sidr Hadhrami sememangnya madu yang Terbaik Di Dunia menurut kajian oleh University of Ottawa. Madu yang setara dengannya ialah Madu Manuka dari New Zealand.

Saya suka cuba madu pelbagai jenis. Madu Tualang adalah madu tempatan yang biasa kita tahu yang terbaik setakat ini. Tapi ini adalah yang paling bagus dan berkesan...

August 12, 2009

Sharing Ruqyah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ustaz Pi'e menasihati saya sekeluarga mengamalkan Ruqyah Syariah berikutan melandanya wabak terkini. Asalnya Ustaz Pi'e tahu yang anak saya tidak ke taska dan saya kuarantinkan dia di rumah sebab dia batuk dan taska tidak membenarkan murid yang ada tanda selsema, batuk atau demam hadir.

Secara khususnya Ruqyah diamal oleh tabib atau perawat dari tanah arab. Saya mula tahu Ruqyah melalui Terapi Islam Al-Fattah, tapi tidak mengamalkannya sehinggalah Ustaz Pi'e yang cakna dengan keadaan wabak yang mungkin lambat laun melanda tanah lahirnya Kemaman - tempat mastautin kami kini.

Ada sesetengah menyatakan amalan Ruqyah ini syirik. Tapi method Ruqyah diamal secara meluas kini, ramai ustaz-ustaz yang mengesahkannya yang kebanyakannya dibaca untuk rawatan gangguan jin. Hatta ada bacaan Ruqyah daripada syuyukh (syeikh-syeikh) dari Tanah Suci boleh kita dengar melalui online.

Apa yang saya tahu Ruqyah Syariah adalah susunan bacaan petikan ayat-ayat suci al-Quran dan dibaca secara berulang-ulang. Tidak ada bacaan lain. Pendokong amalan ini menguatkan dengan hadis sabda Nabi:-

" Tidak apa-apa ruqyah itu selama tidak mengandung syirik” (HR Muslim).




Selagi ia tidak menyandarkan dengan perkara lain selain dari Allah, sudah tentu bukan syirik.

Dalam masa yang sama ikhtiar lain juga harus kita cuba ambil tahu seperti amalan meminum air buah-buahan terutama epal hijau dan juga madu asli sidir.

Sekadar Ikhtiar....


August 10, 2009

Cher Yer Charut...

Hebat Cher Yer sekarang....

..... Dalam ring, saya selalu dan amat selalu serta sokmo-sokmo beritahu fighter Terengganu, kalau jumpa Cher Yer mu jangan kesian, beri patah kalu buleh macam Kamal Zaki buat dulu. Siapa yang ingat Kamal Zaki - mula2 dpt blackbelt WTF, kemudian rasa boring dengan style dia masuk ITF berguru bawah Master Najmi untuk real contact fight dan self defense. Umur dia sebaya dengan saya tapi saya panggil dia "Sir" sebab dia juga guru saya dalam tkd. Tahun 1995 dia pernah patahkan beberapa fighter sepet dan hampir meretakkan dan sudah mengkecokkan Navinkumar (kalau siapa yg ingat). Jadi : "Kalu mu juper set cher yer mu bahang molek, bahang parok, dok soh wi muka...". Bila bagi muka ni natijahnya macam si Faiz, pernah bagi muka sbb dia kenal budak cher yer ni, hasilnya budak ni kenakan si Faiz.

Semasa di Tanah Suci, saya jumpa seorang Iraqi yg pernah dipenjara dan diseksa oleh tentera penjajah US, katanya tanpa sebab, dan dia hanya seorang guru bahasa Inggeris. Dia memuji negara kita (secara khusus ramai Arab memuji Tun Mahathir). Cuma dia sangka negara kita komposisinya 90% Muslim. Dia bertanya ada Yahudi kah di Malaysia? Saya senyap sekejap, dan jawab mungkin ada tapi amat sedikit. Dia terus cakap don't let Jews stay in your country. Lama kelamaan saya merasakan, sememangnya ada Yahudi di Malaysia....melihat pada perkembangan politik. Kisah bagaimana kaum Bani Israil yang cepat bertukar tuhan sewaktu Nabi Musa a.s. bertapa seketika meninggalkan kaumnya, sejurus pulang dilihat kaumnya sudah mula menyembah patung lembu. Patung lembu dan berhala memang banyak di Malaysia?

Dr.MAZA dengan artikelnya terkini, "DAP Semakin Melampau." menyentuh perkara berkait sambil menyokong penulisan YB Kulim, Zulkifli Noordin dan satu artikel Utusan Malaysia ditulis oleh Dr.Ridhuan Tee juga menjadi topik hangat.

Hebat Cher Yer.... mencarut kepada ustaz sebangsa dengan dia....dan jelas mengutuk agama kita.....

Petikan:-

  • "Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan" (siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
  • "What sort of fucking Dr. r u" (Dr pu... apa awak ni);
  • "Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)" (Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
  • "R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims" (Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
  • "They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born" (Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
  • "U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive". (Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
  • "As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history". (Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
  • "If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters". (Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Dan si pencarut (penulis blog) telah memadamkan segera blognya http://sjsandteam.wordpress.com/ .... takut kena tangkap I.S.A ....

Ada tak dia minta maaf? Adakah Yahudi suka minta maaf?
(Guane pun bukan semua individu Yahudi itu jahat.)

Petikan dari Dr.Maza :-

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).



Saya cerita pasal Cher Yer, saya cerita pasal Yahudi (Yahudi sendiri tidak suka dipanggil Yahudi)....


==========================================
Kamal Zaki Lokman in 1995:


Mr. Kamal Zaki Lokman now:


August 06, 2009

August 03, 2009

ISTAC 2009

ISTAC: 27th Terengganu Inter-Schools Taekwon-Do Annual Championship 2009

Kejohanan ini diadakan setiap tahun oleh Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu sejak penubuhan dan sejarah penganjurannya bermula dari era gabungan ITF. Singkatan ISTAC mula diperkenal pada tahun 1995 oleh En.Mohd Agus Othman (Setiausaha Agung PTNT pada masa itu) dan saya sendiri bersama-sama En.Jani sebagai pereka grafik. ISTAC 1995 ketika itu memperkenalkan Piala Presiden Dato' Abd Rashid bin Ngah yang kini menjadi simpanan tetap SMK Tg Mizan Zainal Abidin (STEMZA). Sehingga kini singkatan ISTAC ini melekat.


Tahun 1997 di KUSZA adalah titik mula penglibatan saya sebagai pengarah penuh untuk ISTAC. Jawatankuasa ketika itu terdiri daripada ahli-ahli PTNT dan penuntut IPT IIUM-KUSZA. Penyertaan mencecah 1,500 peserta, suatu yang di luar jangkaan. Ketika itu saya masih menuntut di KUSZA dan pada tahun yang sama menubuhkan KUSZA International Taekwon-Do Association (KITA). Tanpa kawan-kawan saya baik yang menuntut di bawah payung KUSZA mahupun di bawah payung UIA, kejohanan itu mungkin amat-amat sukar dijayakan. Banyak cerita berkenaan ISTAC 1997 ini, tapi tak mahu dipanjangkan di sini. It is a great success for our taekwondo and for my colleagues from IIUM-KUSZA. Thank you for my two close assistants at that time
Ahmad Faiz Syahrir & Ahmad Rusydan. Thank you Prep & Tech Team - pembuat banner secara tradisional - dulu mana ada printer banner mcm sekarang.

ISTAC sudah menjadi tradisi hingga Master Najmi tidak sanggup menerima kalau-kalau program ini dibatalkan. Kejohanan tahunan ini adalah untuk anak-anak murid taekwondo yang berpayung di bawah PTNT. Mesti dilaksanakan walaupun rugi dari segi kewangan, kerana belanjanya bukan sedikit dan PTNT mengambil kira susah payah anak-anak murid dalam negeri ini yang majoritinya bukan orang senang. Walau sekecil mana pun bentuk penganjuran, ISTAC tetap akan cuba dilaksanakan.


Tahun ini menjadi tahun pertama Cik Nasriah menjadi pengarah. Sudah tentu ada perkara yang menjadi pengajaran untuk dia perbaiki. Alhamdulillah, banyak perkara berjaya dia atasi. Saya hanya membantu amat sedikit (kerana kekangan masa dan kerja). Dia berjaya menggesa dalam pelbagai hal termasuk kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Negeri. Tempat kejohanan di MSNT tahun ini kita dapat guna matras terbaru. Disebabkan bilangan kakitangan terhad, hanya tiga (3) gelanggang dibuka. Dan ini kali pertama juga kami berusaha menghabiskan kejohanan dalam tempoh 12 jam lebih, tidak dilanjutkan ke hari kedua. Kekurangan yang dihadapi sudah dijangka kerana Nasriah hanya diberi masa 2 bulan untuk semua persiapan. Pujian harus diberi kepada Nasriah dan adik-adiknya serta pelatih dari Center KT.

Penyertaan juga, kalau dilihat hampir mencecah 400 peserta. Rata-ratanya hadir mendaftarkan diri pada hari kejohanan, mengakibatkan urusetia terpaksa bertungkus-lumus untuk menyegerakan data. Pn.Normaizaiah a.k.a my bini pun nampak sangat sibuk di meja urusetia, suatu yang tidak boleh dia ignore di setiap ISTAC. Seperti biasa dalam hal teknikal ad-hoc diberi kepada saya jika senior-senior seperti Abe Din DTA atau Abe Napi dok mari.... (sori tak jemput sebab kami tahu anda ada seminar grandmaster).


Khas juga saya ucap terima kasih kepada jurulatih senior yang bernaung di bawah pusat latihan KEMTA yakni Rahman (malangnya team beliau dari Politeknik tak dapat disediakan kerana isu H1N1), jurulatih-jurulatih junior Aizuddin, Yasir, Takhairi, Amir Harunsyam dan Amal Hakimah.


Tahun ini SKKB Kerteh tanpa teraju Kak Pah Cikgu Lama, juara pasukan terbaik Bawah 12 tahun 2007 dan 2008 hanya bawa pulang 3 emas 2 perak dan 1 gangsa dengan hanya penyertaan seramai 6 orang sahaja. Tahniah kepada IPD Marang juara Bawah 12 terbaru. Begitu pun IMTIAZ Dungun di bawah Aizuddin masih kekal Juara Bawah 17. Syabas.

Pasukan Dewasa Center Kemaman ? Ada 5 orang peserta. hanya tiga daripada mereka membawa pulang pingat. Pencapaian terbaik menerusi Hafiz dengan pingat perak. Saya tahu mereka bukan kejar pingat. Mereka puas bila ada peluang penyertaan. Paling bagus apabila Master Najmi sendiri spotted them as good prospect. Paling suka bila saya dengar, "Sir, saya rasa kena berenti rokok la, cepat semput...." That will be a good start! - "Bakpe mu dok gi ambik hadiah pingat? Mu lari mana?" - "Saya gi mutoh belakang, abih gas" - "Padan muke mung, kuat sangat isap rokok..."




Dua hari sebelum tarikh ISTAC, Kak Pah Cikgu Lama contact Puan Tok Kapor minta buat surprise buat Kak Cik (Amal Hakimah) sempena birthdaynya. Sebelum Kak Cik tiba di dewan Tok Kapor memberi arahan kepada mereka yang rapat dan tahu birthday Kak Cik, buat donno je, tak payah ucap selamat lagi, tunggu penghujung malam ISTAC...so abis je majlis penutup ISTAC - kumpulan Tok Kapor pun memproducekan kek secret recipe untuk birthday girl dari Kemamang. Boleh laaaa..... Sori aaa Kak Pah, simple je.... Takde topi and belon...




ISTAC 2009 yang simple dan berjaya. Many things to learn, many things have to be done. Semoga pada ISTAC seterusnya blackbelt PTNT yang tidak sempat hadir akan diluangkan masa dan diberi kesenangan supaya boleh juga menabur bakti....Insya-Allah....


- Senarai Pemenang Piala (klik)




Sisipan Majlis Harijadi di penghujung kejohanan
-Facebook: http://www.facebook.com/album.php?aid=32466&id=1310608169&ref=nf