Pernah terima sms atau email suruh forward kepada sejumlah kenalan, dan dijanjikan dengan pelbagai fadhilat pahala rezeki dan sebagainya??? Semalam semasa kelas dewasa di Kemaman Do-Jang, student saya si Syed tunjuk sms sebegini...kalau tak hantar berdosa atau akan ditimpa bala...kalau hantar dimurahkan rezeki.... Dia tanya nak buat ke tidak... Soalan pertama saya: Mu percaya ke? Dia jawab: Tak lojik. So senang, jangan layan mende2 mcm ini. Jgn duk sibuk nak fwd. Kalau nak balas pada pengirim asal tu takpe.... .balaslah dengan soalan : Apa dalil kamu dalam ketentuan fadhilat sebegini? Atau terus saja nasihat: Kembalilah ke jalan yang benar, kamu ini sudah disesatkan dan perbuatan kamu ini pula menyesatkan yang lain....
November 24, 2009
November 18, 2009
Naga Pelangi
NAGA PELANGI adalah nama Perahu Besar Melayu Terengganu, dibina oleh arwah datuk saya Tuan Hj.Ali Ngah untuk seorang berbangsa Jerman, Christoph Swoboda. Beliau fasih berbahasa Melayu. Abang-abang saya amat beruntung kerana sempat mengikuti perkembangan projek arwah datuk secara langsung. Post ini sekadar mengenang jasa arwah datuk dan bangsa asing ini dalam khazanah seni pembinaan kapal kayu besar.
Daripada Chris:-
" Pulau Duyong adalah sebuah pulau kecil di muara Sungai Terengganu, Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bawah keredupan pohon-pohon kelapa yang tumbuh subur di sini para tukang perahu yang berkemahiran tinggi mencari nafkah dengan menukang perahu. Sejak berabad lamanya tukang-tukang di sini membina perahu daripada kayu yang berupaya meredah samudera. Antara perahu yang dibina di sini ialah perahu layar jenis skuner yang telah menjadi lagenda melampaui perbatasan Malaysia seperti perahu PINIS dan perahu BEDAR:
Leluhur orang Melayu yang mulanya menghuni pulau-pulau di seluruh Asia Tenggara Tenggara telah mengembara jauh ke timur sehingga ke Kepulauan Polinesia dan belayar ke sebelah barat sehingga ke Pulau Madagasar dan pantai barat Afrika. Sehingga hari ini keturunan mereka masih mendiami tempat-tempat ini.
Menongkah arus pemodenan, kaedah pembinaan perahu yang sukar ditandingi ini walaupun masih diamalkan di Duyong tetapi sedang menghadapi kepupusan. Dengan lenyapnya kemahiran membina perahu kayu secara tradisional ini, akan hilanglah satu tradisi perkapalan bangsa Melayu yang cukup dikagumi.
Che Ali bin Ngah bekerja meletak lunas Naga Pelangi, 1980
Pada tahun 1980, saya menempah sebuah perahu Bedar di Pulau Duyong dan diberi nama Naga Pelangi. Ia sekaligus menjadi kapal dan rumah yang sempurna kepada kami sekeluarga sepanjang pelayaran kami.
Naga Pelangi merupakan sebuah perahu Melayu asli yang pertama berjaya mengelilingi dunia apabila kami kembali ke tempat pembinaannya pada tahun 1997 dan menurunkan sauh di luar Pulau Duyong Kuala Terengganu. Saya menjualnya pada tahun 2000 dan pada bulan April 2003 saya memulakan satu projek baru yang belum pernah dilakukan dalam masa setengah abad kebelakangan ini iaitu:"
Saya difahamkan bahawa ketika Chris berlabuh di Pulau Duyong untuk berjumpa semula dengan arwah datuk saya, beliau tersentak setelah mendapati Haji Ali tukang asal Naga Pelangi sudah tiada dan dikhabarkan beliau amatlah sedih, kerana hasrat untuk menunjukkan kejayaan keutuhan binaan arwah tidak dapat disampaikan.
Tapi "mat saleh" ini seorang yang cekal. Seperti yang dinyatakan Naga Pelangi dijualnya untuk tujuan pelancongan dan beliau kembali ke pulau ini untuk projek Naga Pelangi II yang mana saiznya adalah 2x ganda lebih besar. Kali ini ketua tukang adalah bapa saudara saya, Ayah Chik Hassan (nama sebenar Hasni).
Kumpulan tukang bersama model awal Naga Pelangi II pada May 2003. Perhatikan papan-papan yang disusun untuk mengeringkannya.
NAGA PELANGI II 2008 (Pinis) :
Ayah Chik memilih kayu cengal yang sesuai....
Pembinaan : memasukkan "sternpost"
Proses membentuk kayu secara tradisional:-
Kayu pertama yang sudah dibentuk dimasukkan ke pasak:-
Skaf kayu:-
Rangka permulaan:-
Skrew silikon gangsa
Pandangan dalam dan luar Dek :-
Kokpit
Ke Kabin Utama:-
Kabin Skipper:-
Ke ruang Main State
Kuarters Kru :-
Kini hanya tinggal beberapa kerat pakar bot kayu tradisional di Pulau Duyong dan salah seorangnya ialah Ayah Chik saya dan krew2 antaranya bapa-bapa saudara saya yang lain. Anak-anak mereka ?..... Mungkin ini generasi terakhir pembinaan bot kayu di Pulau Duyong.
|
The Bedar-Pinis mix BILBO, (LOD 52'), built 1995 by Hadschi Ali bin Ngah & sons in Duyong |