May 30, 2010

Pengaruh Asing Terhadap Kefahaman Allah - Muhammad

Mari download e-book yang menarik oleh JAKIM.  Interface flash yang cantik.

 


SINOPSIS
Kajian ini terbahagi kepada:-


A
Bab 1 ‘Aqidah Islam inthnainiyat al-wujud menjelaskan pengertian Dua Kalimah Syahadat.


B
Tetapi menusup ke dalam ‘Aqidah Islam sama ada disedari atau di sengajakan:
Bab 2 Ghunusiyah (Gnosis, ma’rifah) Yahudi-Kristian-Farsi
Bab 3 Hindu-Buddha- A - DOKTRIN
Bab 3 Hindu-Buddha - B – YOGA
Bab 4 Kristian dan Islam
 
Dalam zaman gemilang tamadun Islam, Negara-negara Hindu-Buddha, Farsi dan Kristian menjadi Negara Islam atau setidak-tidaknya mereka takut mencabar Islam, tetapi dengan cara halus atau kasar sedikit atau banyak ‘aqidah dan agama mereka menyusup masuk ke dalam Islam.

Pengertian kalimah Syahadat dan "La Mawjuud Bi Haqqi Illallah" maksudnya “Tiada wujud (ada) yang sebenarnya selain Allah sahaja”. Inilah fahaman wahdat al-wujud/martabat TUJUH yang akan dibincangkan dalam bab 5.
 
Bab 5 Wahdat al-Wujud,
Bab 6 Martabat Tujuh
Bab 7 Nur Muhammad
Muhammad diangkat ke tahap sama dengan Allah melibatkan kedudukan nabi Muhammad s.a.w., Sayidina Ali, para sahabat Rasullulah dan Imam Mahdi
 
Bab 8 Syi’ah Ithnai’ asyariyah-
Bab 9 Syi’ah Ithnai’asyariyah (Khumaini)

Bab 10 Imam Mahdi yang berasal dari Syi’ah. Gerakan Arqam meramalkan kedatangannya yang disangkakan dari Ahli Sunnah.

Bab 11 Syi’ah Isma’iliyah Batiniyah. Syari’at Muhammad hanya terpakai selama satu ribu tahun sahaja. Selepas itu datang penggantinya

Bab 12 Agama Baha’i
Bab 13 Kod 19
Bab 14 Gerakan Anti Hadith


D
Muhammad dan nabi-nabi lain menjelma ke dalam diri Ghulam Ahmad Qadiani
Bab 15 Agama Qadiani

E
Huraian "Allah" dan "Muhammad"

Bab 16 Wahdat al-Wujud – Batiniyah
 
Bahagian keenam belas ini secara tersurat dan tersirat yang padat merupakan intisari dari segala yang tersurat di atas dan secara tersurat golongan akhir ini adalah sejenis kufur yang amat bodoh atau dibodohkan, bodoh yang paling pekat kerana dipermainkan oleh gerakan sulit Batiniyah + wahdat al-wujud anti Islam yang bertekad hendak ini bermula dalam zaman al-Ma’mum (198H) dan terus aktif dalam senyap dan licin, lebih licin dari belut, hingga ke hari ini. Mereka membodohkan orang yang boleh dibodohkan dengan mengajar mereka bermain atau mempermainkan kalimah-kalimah suci dari ayat-ayat Qur’an, disangkanya inilah rahsia ahli sufi waliyullah yang tinggi yang kononnya tidak boleh didedahkan kepada orang awam. Hakikat sebenarnya ialah mereka diperalatkan oleh gerakan Batiniyah dengan tujuan menghancurkan Islam seperti tersebut atas.

Penulis: Prof. Abdulfatah Haron Hj.Ibrahim


May 27, 2010

Ust Azhar Idrus : Wali & Karamah


Siapakah wali Allah? Karamah wali. Silap faham bila dikatakan wali Allah ramai di kalangan ahli Tasauf. Sebenarnya ramai Wali Allah di kalangan ahli Feqh dan ahli Hadis.

Karamah Imam Syafi'i, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ibnu Qayyim dan lain-lain ialah apabila hasil ilmu berbentuk ijtihad, kitab dan sebagainya dapat memberi manfaat kepada umat Islam hingga ke hari ini.
 (Kredit: Pena Islam Al-Ahkam) 

 


May 23, 2010

Dok Wahi Sore Bunuh Semer

Minggu ni saya pulang ke Kuala Terengganu berjumpa dengan sahabat-sahabat lama satu sekolah, di samping saya akan menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Alumni Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu (AMTA) yang pada mulanya dijadualkan pada 22 Mei 2010 (Sabtu) di  Dewan Kuliah Utama, Universiti Darul Iman, Kampus KUSZA, Kuala Terengganu tetapi telah bertukar tempat di Dewan Sri Kenanga, Terengganu Equestrian Resort ( TER ), Kuala Ibai, Kuala Terengganu  -  lagi ok tempat ni, baru dan saya belum pernah pergi lagi ke sini.  Dewan Kuliah Utama pun ok tapi dah banyak kali ke sini dulu masa belajar.  

Sehari sebelum seminar Ustaz Sahari dari Kemaman call, katanya ada masalah dan saya tanya direct, masalah campurtangan mufti ke?  Dengan bertapis dia jawab, campurtangan orang yang ada kuasa agama yang tinggi, yang tak mahu seminar begini ada di tanah Terengganu.  Memandangkan penganjur pun ada melibatkan pelajar-pelajar tahfiz, budak-budak ni macam takut sebab ada unsur "gertakan".  Jawabnya nak sambung belajar pun susah lepas ni kalau program berjalan. Ust Sahari pun ada bagi hint, asalnya dia kena tukar ke Kemaman pun sebab unsur-unsur tuduhan bahawa beliau penyokong pembangkang, pejabat agama tak suka.....


Sumber lain pula berbunyi ada kebencian terhadap seorang dua panelis seminar.  Ahli panel terbabit mencadangkan tukar sahaja beliau dan ganti panelis - program tak perlu batal.   

Nampaknya cadangan bertolak ansur begini pun tidak menjadi.  Kuasa penjawat bidang agama boleh buat apa sahaja tanpa perlu dialog.  Call semua orang kerajaan atau pemilik dewan - jangan sekali-kali benarkan rakyat dengar ceramah macam ni....  Apa kena ni..... 

Di bawah ini petikan dari salah seorang ahli panel yang sentiasa keluar TV9.  Dan saya rasa dia bukan menjadi sebab program ini dikuburkan.  Berkobar-kobar semangat saya nak jumpa ustaz ni, nak ambil kesempatan bertanya berkenaan buku-buku beliau dan kenal lebih dekat lagi.   

~~~~~ : (  ~~~~~~~




Email Dari Dr Abu Anas Abd Basit
:



Seminar SPIS Batal.

Seminar Pemikiran Islam Semasa, anjuran: Alumni Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu ( AMTA ) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) Institut Al-Quran Terengganu. Yang akan berlangsung pada hari Sabtu 22 Mei 2010. Dengan matlamat dan objektif yang jelas, [lihat maklumat seminar di: http://spis2010.blogspot.com/].

Dalam masa dunia sedang berkembang dengan ilmu dan lonjakan akademik, tiba-tiba muncul sekumpulan manusia yang tidak mahu menggunakan hujjah / akademik tapi menggunakan kekuasaan untuk berdepan dengan hujjah. Maka seminar ini telah dihalang dan dibatalkan dengan berbagai alasan diluar batas ilmu dan akhlaq. Untuk tidak menghampakan harapan peserta yang telah mendaftar untuk menyertai seminar dan memberi peluang kepada pihak yang menghalang untuk membuat penilaian, maka ana kemukakan di sini kertas yang akan dibincangkan pada seminar itu. [ http://www.mediafire.com/?yymy2mnkc3n]

Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah ke jalan kebenaran dan menjauhkan kita dari sifat angkuh, sombong dan takabbur. Ingatlah pesanan Allah: Maksudnya: {Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah/cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan; kemudian mereka tidak bertaubat. Maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar}. [Al-Buruj:10].

=======================================


MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR - LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN ...


Abdul Basit Abdul Rahman - Kehebatan al-Fatihah Tanyalah Ustaz TV9 7 Mei 2010 from prof.sumi@gmail.com on Vimeo.


Mengenai Abu Anas