Paul Tak Bersalah Tapi Mu Kena Bertaubat

July 11, 2010

Demam Piala Dunia kali ini lebih panas dengan slot ramalan Paul The Psychic, sotong yang mendapat nama sejak kejohanan Euro sebelum ini, yang telah juga memilih Sepanyol menjadi johan Euro menewaskan Jerman.  Final Piala Dunia ini pun ia pilih Sepanyol jadi juara.  

Memang pada mulanya hal ini hanya untuk berhibur.  Selagi peminat bolasepak Muslim hanya menganggap Paul ini sekadar bahan hiburan kita rasa tidaklah mengapa dan apa yang berlaku hanya kebetulan.  Perkara ini menjadi asas pegangan Tauhid kita, begitu asas agar kita tidak terjerumus ke dalam kesyirikan. 


Namun kebelakangan ini akibat tekaan yang sering tepat oleh Paul, peminat bolasepak makin percaya bahawa sebarang tekaan Paul pasti menjadi nyata.  Mampukah kita menghalang kerja-kerja orang Barat berhibur dengan cara ini dan terjebak dalam kepercayaan karut?  Sudah tentu tidak, apa yang harus ada dan dipertahankan adalah Iman masing-masing.  Adakah masing-masing menyedari?  Justeru itu juga sebelum terdetik rasa percaya dengan Paul, peringatan dan nasihat wajib kita teruskan dan ketika masih beringat.  

Adakah Paul bersalah? Mana boleh Paul yang bersalah, ianya hanya seekor binatang ciptaan Allah, yang dieksploitasi oleh manusia.    Jika benar ada terdetik dalam hati bahawa setiap keputusan perlawanan berlaku kerana Paul, atau Paul ada kuasa dalam ramalan, maka Paul tak bersalah tapi mu kena bertaubat...

Kita sama-sama merenungi nasihat dari el-ilmy.net:-


Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml: 
Maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."
Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً

Ertinya:

"Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."



Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;


مَنْ أَتَى عَرَّافًا اَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِما يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِما اُنْزِلَ عَلى مُحَمَّد

Maksudnya:

" Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."



Itu adalah antara dalil-dalil larangan mendatangi, bertanya serta meminta ramalan akan sesuatu perkara. Menerusi Buletin Utama TV3, masyarakat kita telah dihidangkan ramalan sotong kurita bernama Paul dari Jerman berkenaan pasukan mana yang akan menang jika melibatkan perlawanan dengan pasukan Jerman. Sekiranya pertama kali tertonton ramalan itu, janganlah mempercayainya. Kemudian, janganlah ternanti-nanti ramalan berikutnya oleh sotong kurita itu kerana ia boleh menyebabkan kita jatuh ke lembah kekufuran.



Memang terdapat ramalan-ramalan yang dibenarkan di dalam Islam. Ia terbatas kepada ramalan berdasarkan sunnatullah, hukum alam yang tidak berubah. Hanya saja bagaimana tepatnya kiraan dibuat untuk menjangka apa yang akan berlaku. Firman Allah dalam Surah Fathir ayat 43:



Maksudnya:



"Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi 'Sunnatullah' (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan 'Sunnatullah' itu. "






Oleh kerana hukum alam tidak berubah, kita boleh menjangka apa yang akan berlaku bersebabkan sesuatu perkara. Seperti contoh cuaca akan turunnya hujan, tanda-tandanya kita lihat pada perkara zahir yang menerangkan cuaca, contohnya angin, awan dan suhu. Jangkaan dibuat berdasarkan sebab-sebab atau punca-punca hujan akan berlaku.



Bagaimana pula dengan ramalan yang langsung tiada kaitan sebab-sebab atau punca-punca sesuatu perkara itu berlaku? Contohnya, menang kalahnya pasukan Jerman. Apa kaitan sotong itu dengan perlawanan bola sepak? Maka ramalan begini adalah tertolak. Sotong itu tidak mengetahui perkara ghaib.



Perkara pada masa akan datang hanya Allah saja yang tahu. Jika benar pun ramalan-ramalan yang tidak berdasarkan sebab zahir sesuatu perkara itu terjadi, harus ianya adalah daripada bangsa Jin yang mencuri-curi dengar berita langit.



Di dalam hadith Riwayat Imam Muslim disebutkan;

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
Maksudnya:



Dari 'Aisyah, dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: " Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan ."



Sama-samalah kita menegur rakan-rakan kita yang telah terpercaya dan jatuh minat dengan ramalan si Paul. Perbanyakkan istighfar dan pelajarilah lagi, apa yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan bagaimana untuk menjauhinya. Selalulah berdoa dengan doa di bawah, yang diriwayatkan hadithnya oleh Imam Ahmad:



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ



Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.”



Sumber: el-ilmy.net

2 comments:

SiR Noordin July 15, 2010 at 8:56 AM  

Tilik punya tilik ...Brasil vs Argentina gie final ... ha ha ... ramai kaki judi terjun bangunan ..rugi juta2.
Paul kata Spain menang final ... penat gak player Spain nak score goal ...
kita lak makan sotong goreng tepung cicah air asam ...sedap tu

Ayasu Kuro-Obi July 15, 2010 at 4:17 PM  

WC kali ni bookie yg untung besar... byk teka salah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP