July 02, 2008

KEDAI "NYAMUK" DI KEMAMANGGG

Kedai "Nyamuk" orang Kemaman panggil. Dulu lain, sekarang lain - dari segi rupa - selari dengan pembangunan dan pembesaran jalan raya kat situ.

Kedai Nyamuk ni ni sebenarnya warung atau kedai kopi merangkap kedai makan. Sebab apa dipanggil nyamuk. Kalau dulu ada semak2 tepi kedai, lojik nyamuk pun ada, bergantung pada musim. Sekarang ni dah tak rasa kut nyamuk pada kaki. Makanan situ ada nasi lemak, nasi dagang, laksa, laksam, nasi minyak etc. tapi takde makanan panas, Fast Food je ada.

Sebelum saya tinggal di Kemaman, pernah singgah di warung ni dengan kawan2 dan keluarga yang tinggal di daerah ni, kata mereka kedai ni glamer. Masa tu lah. Sekarang dah banyak kedai boleh challenge kedai ni. So kadang2 je saya singgah tukar selera.

Tapinya, staff di ofis saya tak berapa suka dengan warung ni, negatif sikit dengan sikap penjual di situ. Saya tak layan sangat, sebab tujuan kita nak makanan, bungkus, balik, tu je. One day, lama dah tak try makanan sini, saya singgah sebab anak saya nak makan laksam tanpa sayur. Wife saya nak makan laksam yang ada sayur. So saya tanya la tokey, boleh asing tak sayur buat satu bungkusan lain ............. melenting tokey tu..... "Owoh minta maaf banyak2 kita tak bungkus asing2 kalu nak buh sekali, rugi, plastik mahal!"...


Terkena aku... cis... "Hor tak pe ah bagi saya laksam kosong je".... Jawab dia "Kosong takpe, buleh".... Harga sama jugak..... Dalam hati bersuara "Doh berapa harga plastik tu suku, saya bayar extra takpe".

Balik cerita kat orang rumah... betul la cakap staff kita... "Menyekit la tokey tuuu, dah kaya dah cakap lebih kurang".

Orang rumah report dia simpan utk jamah waktu malam sikit, tengok2 dah basi dah... cepatnya basi. So declare.... tak payah pergi la Kedai Nyamuk tu.... banyak sangat "nyamuk".... karang kena hisap darah....

Tapi siapa yang suka tu takpe, keep on....



Wiki:
Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus, ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm. untuk jumlah keseluruhan sekitar 35 genera yang merangkumi 2700 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik (scaled wings).


Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ). bermula sejak tahun


No comments:

Post a Comment