July 10, 2008

Kesan Meminum Air Sejuk?



Perihal bahaya meminum air sejuk saya perolehi dari blog saudara Islam saya Dr.Choy (not sure whether he is a doctor or not, look like a doctor - Choy if you read this then comment ya!).

Tapi dalam satu kursus sains sukan yang pernah saya duduki, meminum air sejuk untuk ahli sukan adalah paling sesuai dan cepat untuk mengganti air yang hilang dari tubuh kita. Jangan minum air suam kalau nak berlari, pesan pakar sains sukan masa tu, mesti kembung perut.


Maklumat bahaya meminum air sejuk dari saudara Choy ini saya rasa lebih masuk akal. Boleh minum air sejuk tapi jangan selalu amalkan. Sekarang di restoran pagi-pagi buta dah ada teh ping (teh ais). Kalau makan nasi lemak pedas mestila nak air batu kan? Amalan minum sejuk sekarang dah menjadi-jadi dengan bekalan mudah ais yang dijaja oleh lori peti sejuk macam Atlas etc.

Salah seorang tok guru taekwon-do di tempat saya mengamalkan minum air suam (bukan air kosong tapi air yang tak berapa panas) pada waktu malam atau bila berjaga tengah malam. Petua untuk cerahkan mata dan kesihatan dada.

Jadi mulai hari ini jom kita amal "kurangkan minum air yang berais"

Better forward and share.

1 comment:

  1. Assuming that Mr.Choy here is a Muslim coz he always put forward "salam" to me and pictures of him appreciating beauty of mosques and kindness of several ustazs, well he is then "Belum Islam", not "Non-Muslim" per se. We are all brothers regardless of religion. I am happy to know him.

    ReplyDelete