November 13, 2008

KARNIVAL WAJA DIRI 2008

KARNIVAL Waja Diri dahulunya dikenali sebagai KARNIVAL SENI MEMPERTAHANKAN DIRI HARI KEBANGSAAN, diadakan setiap tahun sempena hari kebangsaan dan menjadi aktiviti tahunan anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Karnival ini mula diperkenalkan pada tahun 1996 yang mana GM Dato' Sabree Salleh menjadi Pengarah Teknikal Pertama yang menyelia aktiviti di peringkat kebangsaan ini. Boleh dikatakan beliaulah yang menemukan semua perguruan seni bela diri di negara ini bagi menjayakan program yang bertujuan mempromosi aktiviti-aktiviti sihat seni bela diri dan meraikan Hari Kebangsaan. Justeru semua bela diri beraliran silat, taekwon-do, wushu, karate, silambam dll. beridentitikan bangsa dan masyarakat majmuk disatukan melalui program sebegini. Setiap negeri melalui Jabatan Belia Dan Sukan masing-masing akan menyediakan kontinjen yang terdiri dari pelbagai seni bela diri.

Acara-acara dipertandingkan mengikut disiplin seni masing-masing dan melalui setiap badan seni bela diri kebangsaan. Ini bermakna, negeri yang mempunyai badan seni bela diri yang pelbagai mempunyai peluang pungutan pingat yang lebih baik. Sebagai contoh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang, boleh dikatakan negeri-negeri ini mempunyai semua jenis seni bela diri. Tidak seperti Terengganu yang terhad kerana ratio populasi bangsa Melayu adalah jauh lebih tinggi dari bangsa lain. Justeru seni bela diri seperti Silambam, Kalari Payat, Wushu dan Karate-Do tidak mendapat tempat kerana tidak wujud persatuan di peringkat negeri Terengganu. Seni seperti Silat Gayung, Silat Cekak dan Taekwon-Do lebih popular. TAEKWON-DO pula dipecahkan kepada dua perguruan melalui badan kebangsaan MTA (WTF) dan MITF. Kini masih juga dua dengan MTA (WTF) diketepikan akibat masalah dalaman dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan - acara ITFM dan MGTF kini dipertandingkan.

Karnival 1996 mencatat sejarah untuk PTNT (dahulunya dikenali sebagai PTT (ITF) apabila menjadi satu-satunya persatuan yang berjaya mewarnakan EMAS kepada JBS Terengganu. Lebih bangga buat diri saya lagi kerana menjadi individu berkenaan. Saya telah membantu melalui 1 Emas dalam Free Sparring dan 1 Perak dalam Individual Pattern.

Karnival seterusnya juga melihatkan penguasaan fighter dari Terengganu seperti Nasree Najmi, Nasriah Najmi, Mohd Badri, Ahmad Faiz, Jaysuman (kini ITFM), Siti Shaheila (kini ITFM) dan ramai lagi semasa remaja mereka yang berjaya membuahkan pingat untuk kontinjen JBS Terengganu.

Karnival 2008 - USM Pulau Pinang
27-30 November 2008

Kini syarat-syarat diperketatkan dengan pembabitan umur maksima 21-Tahun dan yang telah memenangi pingat di peringkat kebangsaan tidak dibenarkan sama sekali. Ini bermakna, pasukan Taekwon-Do MGTF Terengganu tidak boleh menurunkan fighters seperti:-

Nasirewan (20 Tahun) - Pemenang Emas & Perak MGTF 2008 & Gangsa Sukma 2008
Putri Adriana (16 Tahun) - Pemenang Emas MGTF 2008
Aizuddin (20 Tahun) - Pemenang Gangsa MGTF 2008

Bagaimana pun pasukan ini masih tidak ketandusan remaja yang berkelayakan dan mampu memberi saingan sengit. Peserta-peserta yang berjaya semasa Kejohanan Taekwon-Do Tahunan Terengganu dari 2006 hingga tahun ini disaran menyertai saringan yang dikendali oleh En.Nasirewan.

Persediaan pelatih-pelatih diadakan di dua buah pusat latihan iaitu di Pusat Latihan Kuala Terengganu di bawah kendalian Nasirewan dan di Pusat Latihan Kemaman di bawah saya sendiri. Persediaan juga dibantu oleh jurulatih seperti En.Rahman dan En.Aizuddin.

KT Centralised Training:-









Kemaman Training:-
(KEMTA Do-Jang)




Saringan terakhir pada 21 November ini........

1 comment: