Disiar dengan kebenaran saudara Khairul Ariffin Mohd Munir, my college-mate - a taekwondoist - born to be leader...
Jawapan Balas Dalam The Nut Graph: http://www.thenutgraph.com
Assalammualaikum dan salam sejahtera;
Saya berpandangan bahawa ramai pihak telah salah anggap tentang isu PPSMI. Kumpulan yang membantah PPSMI tidak pernah menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang penting untuk dipelajari. Kita menentang polisi bukan isu kepentingan bahasa Inggeris.
Namun yang tersilap di sini ialah pendekatan atas nama kemajuan, pelajaran Sains dan Matematik dikorbankan sedangkan kita tidak pernah mengubah dasar cara / kaedah dan metodologi pengajaran bahasa Inggeris. Kaedah pelajar diajar masih tiada perubahan. Kita mengubat sesuatu tanpa tahu apa penyakitnya. Tanpa tahu apa puncanya. Kita selalu tersilap ... namun padahnya adalah pada generasi akan datang.
Saya kini belajar di Glasgow untuk pengajian Master, saya bersyukur saya mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh menyebabkan saya mempunyai kerangka berfikir yang "istimewa" berbanding dengan pelajar lain. Saya juga berjumpa dengan pelajar-pelajar kursus Engineering/Kejuruteraan di sini sebagai contohnya tidak mempunyai masalah walaupun mereka merupakan pelajar Melayu. Saya juga berjumpa dengan pelajar German, Korea, Perancis, yang mana bahasa pengajaran mereka ialah bahasa ibunda, mereka masih tiada masalah belajar malah lebih baik dalam pelajaran. Cuma satu yang saya tahu, ialah kaedah pembelajaran bahasa Inggeris mereka jauh lebih ke hadapan berbanding kaedah yang kita gunakan. Saya juga mendengar komen daripada seorang professor di SOAS London bahawa polisi PPSMI yang dibuat oleh kerajaan ini tidak menguntungkan kerana ia akan mencabut nilai budaya dan nilai jatidiri masyarakat Malaysia. Kita pernah kehilangan tulisan jawi ... kita juga kini mula hilang jatidiri ... kelak anak bangsa kita tidak tahu lagi atau mungkin geli menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa itu hanya jadi bahasa pasar, hilang nilai intelektualnya, hilang nilai persuratannya.
Bagi yang ingin maklumat lanjut sila layari laman web kumpulan prihatin : http://www.prihatin.net/ Elok juga kepada yang tidak bersetuju menyiasat dahulu mengapa bantahan ini dibuat. Banyak kajian kita telah kemukakan dalam mebantah ini. Elok juga individu seperti Dr Syed Alwi kemukakan kajian empirikal yang menyokong kepentingan dan manfaat polisi PPSMI. Saya kesal juga membaca pandangan Pewaris dan PPIM yang secara jelas tidak memahami isu ini secara lebih mendalam.
Elok juga membaca buku "Kenapa Kami Membantah" tentang isu PPSMI tebitan PTS Sdn Bhd. Boleh muat turun melalui: http://www.kongresbahasa.org/? p=199 atau http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf
Sekian.
Khairul, Glasgow, United Kingdom
Namun yang tersilap di sini ialah pendekatan atas nama kemajuan, pelajaran Sains dan Matematik dikorbankan sedangkan kita tidak pernah mengubah dasar cara / kaedah dan metodologi pengajaran bahasa Inggeris. Kaedah pelajar diajar masih tiada perubahan. Kita mengubat sesuatu tanpa tahu apa penyakitnya. Tanpa tahu apa puncanya. Kita selalu tersilap ... namun padahnya adalah pada generasi akan datang.
Saya kini belajar di Glasgow untuk pengajian Master, saya bersyukur saya mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh menyebabkan saya mempunyai kerangka berfikir yang "istimewa" berbanding dengan pelajar lain. Saya juga berjumpa dengan pelajar-pelajar kursus Engineering/Kejuruteraan di sini sebagai contohnya tidak mempunyai masalah walaupun mereka merupakan pelajar Melayu. Saya juga berjumpa dengan pelajar German, Korea, Perancis, yang mana bahasa pengajaran mereka ialah bahasa ibunda, mereka masih tiada masalah belajar malah lebih baik dalam pelajaran. Cuma satu yang saya tahu, ialah kaedah pembelajaran bahasa Inggeris mereka jauh lebih ke hadapan berbanding kaedah yang kita gunakan. Saya juga mendengar komen daripada seorang professor di SOAS London bahawa polisi PPSMI yang dibuat oleh kerajaan ini tidak menguntungkan kerana ia akan mencabut nilai budaya dan nilai jatidiri masyarakat Malaysia. Kita pernah kehilangan tulisan jawi ... kita juga kini mula hilang jatidiri ... kelak anak bangsa kita tidak tahu lagi atau mungkin geli menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa itu hanya jadi bahasa pasar, hilang nilai intelektualnya, hilang nilai persuratannya.
Bagi yang ingin maklumat lanjut sila layari laman web kumpulan prihatin : http://www.prihatin.net/ Elok juga kepada yang tidak bersetuju menyiasat dahulu mengapa bantahan ini dibuat. Banyak kajian kita telah kemukakan dalam mebantah ini. Elok juga individu seperti Dr Syed Alwi kemukakan kajian empirikal yang menyokong kepentingan dan manfaat polisi PPSMI. Saya kesal juga membaca pandangan Pewaris dan PPIM yang secara jelas tidak memahami isu ini secara lebih mendalam.
Elok juga membaca buku "Kenapa Kami Membantah" tentang isu PPSMI tebitan PTS Sdn Bhd. Boleh muat turun melalui: http://www.kongresbahasa.o
Sekian.
Khairul, Glasgow, United Kingdom
No comments:
Post a Comment