May 02, 2009

SHAMS - Training Seminar 2009

SHAMS Taekwon-Do Club hari ini menganjurkan Seminar Latihan Bersama Master di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. SHAMS adalah singkatan nama sekolah ini, tempat saya menimba ilmu sehingga SPM. Aktiviti ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar perempuan kelab ini.



Tatkala zaman persekolahan saya, keahlian taekwondo dibuka kepada lelaki sahaja pada awalnya, sewaktu saya dalam tingkatan 4 barulah kelas taekwondo perempuan berjaya dibuka kerana PTNT mempunyai jurulatih wanita, Tg.Norjitah namanya, salah seorang anak didik Master Najmi dari PERKAYA (Pertubuhan Anak-anak Yatim Yayasan Terengganu). Taekwon-Do SHAMS melahirkan aktivis dan pejuang seni selain saya sendiri; Kamal Zaki Lokman, Ahmad Faiz Syahrir Hanafi Rosli (kini bersama Classic TKD di bawah En.Khaldun), Shaharbuden Hussin, Ahmad Rusydan Suhaimi, Hj.Abdul Hafiz Ariffin., Tun Mazukie Tun Ibrahim....dan beberapa lagi lelaki. Kini taekwondo di SHAMS hanyalah dibuka kepada pelajar perempuan. Suatu ketika kelas taekwondo lelaki dibubar oleh seorang guru di situ yang membenarkan Kelab Taekwondo Gemilang beroperasi dengan alasan untuk menyerap masuk pelajar SHAMS ke dalam pemilihan acara-acara yang diiktiraf oleh olimpik....... langsung tak munasabah.... wujud lagikah kelas berkenaan... dengar katanya dah "mampus"...yang masih survive dengan jumlah ahli yang ramai adalah Kelab Taekwon-Do GTF SHAMS.... Fuh!!! Hebat adik-adik saya ni... Saya masih ingat ketika usaha untuk melenyapkan legasi ITF/GTF di sekolah ini, adik-adik inilah yang bangkit mengumpulkan keahlian dan bertegas untuk terus mengadakan latihan di bawah PTNT. Kelas itu kini dibimbing oleh Nasriah Najmi - anak kepada Master sendiri.



Saya kecewa dengan sikap guru yang langsung tidak cakna dengan sejarah taekwon-do SHAMS. Ia bermula pada tahun 1986, seawal penubuhan SHAMS (sekolah ini diasas pada 1984 - kalau tidak silap - dikenali dengan nama Seri Budiman). Master Najmi adalah jurulatih pelopor. Ketika itu penggiat silat juga aktif, namun perihal seni bela diri taekwon-do sebagai seni asing mendapat reaksi negatif pengamal silat, pelajar terutamanya dan ustaz-ustaz yang sempit pemikiran. Sesempit-sempitnya sehinggakan tulisan korea (ITF) yang bermaksud Tae Kwon Do itu pun minta dipadamkan. Maka dengan kebenaran Master Sabree, saya rasa hanya SHAMS sahaja yang dibenarkan mengguna-pakai do-bok tradisional (tanpa apa-apa tulisan di belakangnya) - fuh..hebat SHAMS... Master Najmi pada masa itu mempunyai hubungan baik dengan jurulatih silat di sana. Hari dan masa latihan silat dan taekwondo adalah sama - setiap kali habis latihan semua pelatih-pelatih ini bersalaman dan tidak ada lagi prasangka bahawa seni ini adalah seni "kafir". Ramai pelatih silat tak sangka "keling" yang ajar taekwondo ini datang beri salam - tak jawab berdosa. Tak sampai tahap mengkafirkan - Alhamdulillah - pelajar SHAMS tahu menilai. Amalan bersalam-salaman selepas latihan mengakrabkan lagi hubungan Master dengan guru di sini. Itulah uniknya pada masa itu.



Pelatih di SHAMS yang agak agresif bukan hanya menjalankan latihan di sekolah, bahkan menambah latihan peribadi di Pusat Latihan Kuala Terengganu di Jalan Kamaruddin, pada masa itu center inilah yang terbesar di negeri ini dan pernah digunapakai oleh Gen.Choi Hong Hi. Saya yakin Sdr.Eizam juga pernah menjalani latihan di sini ketika bersama pasukan negara pada tahun 1994. Saya rasa Sdr.Sharifuddin pun lebih-lebih lagi pernah training di sini.



Dalam seminar anjuran pelatih SHAMS ini, pengisian slot pertama diberikan kepada saya dalam penumpuan teknik asas stance dan pattern di peringkat bawahan. Slot terakhir dijana oleh Master Najmi secara ringkas dalam self-defense. Akitiviti diselang-seli dengan beberapa persembahan demo taekwondo anak-anak kecil dari Taska An-Nur dan Do-Jang Kuala Terengganu. Jemputan yang saya terima agak short notice, sehinggakan majlis penutup juga saya terpaksa berucap bagi pihak PTNT, kelam-kabut ucapan saya. sebab tak bersedia. Majlis ditutup secara rasmi oleh Pengetua sekolah tersebut.



Saya boleh berbangga dengan status sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah terpilih dalam negeri ini sejak dari zaman persekolahan saya, hingga kini. SHAMS dianggap setara dengan sekolah-sekolah seperti SM Sains Sultan Mahmud dan SMA Tok Jiring. Pada pagi ini sekian lama saya tidak menjejak kaki di tanah SHAMS, akhirnya dengan jemputan kelab tersebut saya dan isteri saya, yang juga bekas pelajar SHAMS, meluangkan masa bersama-sama lebih 200 peserta dari segenap umur.



Seminar yang lebih serius dan pengisian yang lebih teratur harus sentiasa diadakan dalam negeri ini. Saya yakin jurulatih aktif dan penggiat muda yang hadir seperti Rahman, Aizuddin dan Hanif akan lebih menyokong penganjuran seminar sebegini dengan lanjutan masa yang lebih panjang serta pengisian yang lebih serius seperti sains sukan dan pengadilan dalam pertandingan.



Semangat pelatih SHAMS yang tidak luntur saya puji, sokongan jurulatih muda yang hadir saya kagumi.



Pictures taken by Tok Kapor, the camerawoman



More pics in

SHAMS Training Seminar 2009




4 comments:

  1. tahniah walaupun kurang mengenali SHAMS...at least tau sedikit sebyk sejarah kelab di tganu and course, kenangan tingggal semantara kat perpel lodge tidak dilupakan dan kenangan mencari surau di sekitarnya juga tak lupa (payah benar cari time tu..nak cari segon)...last last bentang kain solat je tepi jalan...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Alah kesiannya... saper yg jadi imam, coach korea mu ke? hahaha... tapi surau sbnrnya byk.... kena venture masuk dlm... dari situ nak jalan jauh la... pinjam basikal ok... Zaman tu Trg x membangun... Hidup sederhana, walaupun duk di bandar... Tokey keropok je yg kaya raya.

    ReplyDelete
  3. X dok Terengganu x dok aku dlm dunia TKD ni he..he..& aku ingat Perpel lodge tu ..

    Dulu masa 87-88 selalu ikut Sir Rajah (Master Najmi he..he..) ngan sir Kannan gi ngajar ke merata2 ngan Proton Saga 511 dia dan kekadang lepak umah dia . Masa tu Nasri x dok pun lagi. Nasriah baru 3 tahun he..he.. tua dah aku rupa nya ha..ha..

    ReplyDelete
  4. Aduss sekolah ku...lama sungguh dok gi jengok... Apa2 pun... kau tetap di hati... ingat ustaz mat deraman..ingat ustaz ibrahim... ingat punggung kena libas... Sbb tu form 3 aku tembo lari...hi..hi..hi.. Walau apa pun..kat sinilah aku berkenalan dgn tkd... berkenalan dan berguru dgn Master Najmi... tp kadang2 kita mudah lupa pada asal kita... tp org tetap terima apabila kita kembali.Taekwondo ku disemai oleh Master Najmi... Apabila layu,disiram semula oleh Sifu Ajie... Skrg ni ntah..stage mana aku tak tau..masih segar ke..atau sudah layu semula..Apapun.. balik kemaman kena ngadap tok guru sokmo lah baru boleh segar dan cerah mata... kena dua tiga dass..br naik semangat semula.

    ReplyDelete