Tahun ni pagi raya di Kerteh rumah abg ambe (first time bukan beraya di kampung ambe, dan bukan kampung bini ambe).... Maybe next year kembali beraya di Simpang Tok Ku. Still this is Raya...Hari Untuk Kita Bergembira Bersama Keluarga.... Paling happy pada akhir Ramadhan dan malam raya tu ialah anak-anak ambe sebab dpt main kolam & main bunga api sama sepupu-sepupunya... Special raya ni hari ulangtahun kelahiran ayah ambe Mahaguru Tn. Hj.Ashari Hj.Ali An-Najjari yg ke-70 ..
Seperti biasa Raya di KT kami tak keluar sangat. Rumah mertua mcm rumah sendiri, wife kena layan tetamu. Maklumlah ibu mertua berkerusi roda. Tok Wan pula umur dekat 100 tahun (atau lebih, tapi masih kuat berjalan ke surau), ayah mertua pula biasala org kuat kampung dan ajk surau serta amil zakat, juga tukang sembelih lembu kambing - selalu je ada aktiviti luar. Patut la wife ambe bila raya je sibuk mengemas rumah mak ayah (dari dulu lagi dah mak ayah duk harap ke dia....). Kalau beraya di Simpang Tok Ku senang sikit ambe nak berulang alik dua rumah keluarga. Rumah 922B masih dalam renovation dan akan diduduki oleh my 2nd brother bersama-sama ayah, tahun depan siap insya-Allah.
Malam Raya Ketiga diisi dengan aktiviti majlis tahlil dan solat hajat....seterusnya makan-makan.
(klik untuk imej lebih jelas)

Alhamdulillah....Semoga Hubungan Kekeluargaan Sentiasa Akrab...
Vid presentation made by A. Danial Zulhilmi:-
Dua Hari Sebelum Raya kami bungkus tapai di rumah mertua, bersama cikgu Sally Mat Saleh, (bukan Sally upin & ipin):-
Solat Aildilfitri di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kerteh
Ziarah Makam Keluarga di Pulau Duyong Besar:-
Beraya di shipyard keluarga (sebelah ibu ambe) di Pulau Duyong, warisan yang diteruskan oleh bapa saudara kami Ayah Chik Hasan .
Akhir Raya di KT bersama-sama Master Najmi di Secret Recipe:-