الحمدلله رب العالمين
Seorang lagi rakan karib a.k.a muridku menjadi Tetamu Allah dan paling istimewa dia mendapat peluang mengerjakan Umrah dalam bulan paling dirahmati Allah Taala, bulan Ramadhan Yang Berkat.
Sir MOHD BADRI UBAIDILLAH atau MAT YIE, 3rd Dan seorang fighter PTNT yang seiring denganku sejak sebelum memegang bekung hitam lagi. Seorang pendiam dan humble. Hari ini dia mengunjungi rumah mertuaku di Padang Mengkuang untuk berhari raya sambil bercerita pengalaman indahnya di Tanah Suci.
Sungguh bertuah saudaraku ini...dapat merasai apa yang kami idamkan yakni untuk mengerjakan ibadah puasa, terawih, tadarus, qiyamullail dan berbuka puasa di Tanah Haram Makkah.
Syukur kerana dia memperoleh keyakinan untuk meneruskan perniagaan keluarganya di Mengabang Telipot sebagai pengusaha warong nasi ayam - terkenal dan laku di sana. Sebelum ini hatinya berubah-ubah, tidak tetap oleh kerana dia rasa sebagai skilled welder dia boleh mendapat pendapatan lebih tinggi, tetapi kebanyakan kerja-kerja ini tidak tetap dan berkontrak. Pernah juga dia balik dengan tangan kosong, kerja keras siang dan malam sia-sia saja. Adalah lebih baik dia menjuruskan semula serta mendalami perniagaan keluarganya.
Lihatlah Mat Yie, asalnya orang susah. Berkat usaha dan doa ibunya tercapai juga hasrat untuk membawa anak-anak menjadi teman ke Tanah Suci. Asal ada detikan dalam hati untuk ke sana, insya-Allah terkabul jua. Sekaya mana pun, jika sudah terpalit karat di hati walau bukan batu, jika tidak sedikit pun menanam niat, tidak kesampaian juga.....
Semoga sekembalinya Mat Yie dari Kota Suci dan berkat doanya di Multazam rezekinya akan bertambah berlimpah ruah hendaknya. Saya juga berharap dia akan kembali aktif dalam taekwondo. Pengalaman Mat Yie selama 14 hari di Makkah dan Madinah di bulan Ramadhan sesungguhnya suatu bonus yang patut disyukuri.
o

golden team
Mat Yie vs Khoo Meng Yang (Asia Contender II shortlisted)
Lihatlah Mat Yie, asalnya orang susah. Berkat usaha dan doa ibunya tercapai juga hasrat untuk membawa anak-anak menjadi teman ke Tanah Suci. Asal ada detikan dalam hati untuk ke sana, insya-Allah terkabul jua. Sekaya mana pun, jika sudah terpalit karat di hati walau bukan batu, jika tidak sedikit pun menanam niat, tidak kesampaian juga.....
Semoga sekembalinya Mat Yie dari Kota Suci dan berkat doanya di Multazam rezekinya akan bertambah berlimpah ruah hendaknya. Saya juga berharap dia akan kembali aktif dalam taekwondo. Pengalaman Mat Yie selama 14 hari di Makkah dan Madinah di bulan Ramadhan sesungguhnya suatu bonus yang patut disyukuri.
Dulu aku gelarnya "botak", sebab dah nampak tanda-tanda rambut tak berapa nak tumbuh pada bahagian tengah kepalanya....nah sekarang dia betul-betul botak dan bukan sebarang botak....Botak Suci.....
o
No comments:
Post a Comment