November 14, 2009

UIA WAHABI?

JAIS terpaksa temuduga permohonan tauliah oleh 7 penceramah atas sokongan YB, kemudiannya menolak ketujuh-tujuh pemohon tanpa sebab (disyaki ber'fahaman' wahabi).  Kemudian menafikan penolakan mereka ni sebab 'wahabi'. Katanya "permohonan tak ikut prosedur isi borang" .....hua hua hua.... - apa ni, munasabah ke??? Dah kalau tak betul isi borang bakpe mu gi temuduga... 



Nama tujuh pemohon, semua yang mengaji hadis:-


  1. Fathul Bari Mat Jahya - kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 
  2. Mohd Khairi Anwar Abdul Latif - BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa 
  3. Abdul Razak Mutalib - BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa 
  4. Muzairi Mustafa - BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana 
  5. Fathlan Mohd Osman - BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA 
  6. Dr Azwira Abd Aziz - BA (Univeristi Madianah) MA (Univeristi Madianah), PhD (Universiti Jordan), ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah UKM 
  7. Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi - BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1IYQ8fAHNmS34aEeOgy5P1c2QXUtCGzBHymcO_tYDhN8b7x1TVKGJ2YRj3Fz-O5B-ko2ZHaBNvEmJDRrJjIq_GaOC4iTWBkplA0y2fo0Ul_EYrg-zOqGiqj3745d0SkbbXr6aUufUGOA/s320/Masjid+IIUM+KL.JPG
Sumber berita: Malaysiakini


Geledoh Pulok Doh? 
Sebab nak siasat hal ceramah tanpa tauliah?



JAIS Geledah Banglo Tempat Dr Asri Beri Ceramah Tanpa Tauliah

Oleh ZIEMAN DAN NURUL AIN MOHD. HUSSAIN PETALING JAYA: Banglo mewah di mana bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditangkap kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah telah digeledah oleh dua orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

Hasan Ali Nafi Arah JAIS Tangkap Dr Asri

SHAH ALAM: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam menafikan beliau mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah pada 1 November lepas.



2 comments:

  1. kebanyakannya boleh dikatakan yg belajar kt madinah...apa rahsianya ye?

    ReplyDelete
  2. Salam GS,

    Apa nak ada rahsia. Univ Madinah menawarkan pengajian hadis, secara kebetulan lepasan pengajian ini adalah yang mempunyai keberanian utk membersihkan apa yg tidak kena pada "budaya agama" di negara kita. Madinah adalah satu-satunya tanah yang menggamit jasad manusia paling agung Nabi kita s.a.w. Adalah paling wajar bagi lepasan Madinah membawa hasil pengajian sunnah yang betul di mana sahaja mereka ada peluang. Bahkan saya amat berharap pengaji-pengaji hadis ini lebih lantang dari Dr.Asri lepasan dari Jordan, untuk segera tampil dalam satu saf membongkar apa jua kesilapan masyarakat islam malaysia jika ianya benar dan berlandas nas yg lebih sahih. Jika benar ia silap maka kita juga sudah terkeluar dari landasan sunnah. Wajar juga saya rasa golongan agama yg ada kedudukan tinggi mendengar dan teliti apa yg pengaji-pengaji hadis ini cuba ketengahkan.
    Tanah Madinah adalah sebahagian tanah haram dan tanah suci bagi Islam sejagat. Semoga Allah berkati penuntut2 di sana, semoga lebih berani dan mampu jadikan Islam di Malaysia ini lebih menjurus ke arah sunnah nabi yg sebenar (ada juga sunnag yg tidak benar yakni yg direka atau yg tidak rajih).

    ReplyDelete