November 02, 2009

YE KE ASRI ? LAGI...





Dikejutkan dengan berita penahanan Dr.Maza oleh JAIS kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah

Jadual ceramah Dr.Maza dah diiklankan dan dimaklum juga semasa penjelasan Dr.Maza berkenaan satu memorandum bantahan sebelum ini.  Orang ramai dah tahu yang ceramah ini akan dijalankan.  JAIS pun dah tahu.  Dalam hati org2 JAIS: "Haa...molek tu...puak dr.asri ada ceramah kat dalam negeri kita...dia takde apa2 jawatan dah...takde power... langgar peraturan kita ni...ni la masa kita nak tangkap dia...ajaqqq dia sikit....."


 Ada ke tidak JAIS sbg "Pihak Berkuasa" bagi notis larangan secara rasmi kepada kumpulan yang menganjurkan ceramah ni ?    Umum tahu Dr.Maza semasa kapasiti beliau sebagai mufti lagi ada memberi teguran pedas terhadap orang-orang JAIS (atau org pejabat agama).  Kita tahu la diorang ni dah benci kat Dr.Asri, terutama tukang-tukang tangkap khalwat (kalau tak de aktiviti tangkap khalwat takde la elaun kan, kesian plak luuu).

Amar Ma'ruf Nahi Munkar ???  Ini macam ka?







Diceduk dari satu blog lain:-

Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."

Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.

"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.

Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.

Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.

Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.

Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.

Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.

===========================================================

Samseng-samseng-samseng..... 

2 comments:

  1. ban je siri dr asri kat astro tu supaya org selangor tak boleh dgr. BUkankah ke takda tauliah...

    ini kerja bodoh. buat malu org selangor je..ingat org selangor ni tuli ke...org jais ler yg tuli..ceh..Hassan ali pun tak leh buat apa, sebb kuasa dia dah dicabuk. apa leh buat, percaturan tgn belakang yg hanya ingin lihat kerajaan selangor ni sempit fikiran....ye ke

    ReplyDelete
  2. respect dr. Asri..!! teruskan perjuangan...

    ReplyDelete