December 26, 2009

Selamat Hj Pi'e

Hari ni ustaz Pi'e belanja makan pagi (kat rumahnya).  Sambil breakfast bercerita pengalaman beliau sepanjang berada di Makkah dan Madinah.  Sememangnya melihat pada gambaran beliau dengan laporan bergambar oleh Cik Lie PDKM memang boleh diduga keadaan sesak di Masjidil Haram.  Agak jauh juga Hj Pi'e terpaksa berjalan dari hotelnya ke masjid - 25 minit paling cepat katanya.  Kalau ber'solo mungkin rasa dekat, tapi bersama P'ie adalah kedua orang tuanya dan ibu mertua. Pengalaman masing-masing adalah berbeza mengikut zaman.  Saya rasa jika diizinkan Allah untuk mengerjakan ibadat haji akan datang persediaan fizikal dan mental yang lebih berbanding yang pernah saya lalui adalah amat perlu.   Hj Pi'e mungkin akan menulis kisahnya di dalam blognya.  

Selamat dan Sihat Hj Pi'e kita....



December 22, 2009

Sharing 'Yusuf Estes'

 

"Convey From Me Even One Ayah"
Tazkira Before Jumaah Wilayah Mosque Kuala Lumpur, Malaysia


Yusuf Estes - "Convey from me even 1 ayah" Part 2

December 21, 2009

Hakikat Yg Bukan Semua

Hakikatnya memang boleh kita takwilkan "bukan semuanya begini". Tapi inilah realiti betapa payahnya nak jayakan slogan Satu Malaysia.  Lahir generasi baru tapi penerimaan Melayu sebagai bangsa memerintah tapi mundur masih kekal. Akhi Ajim mendedahkan:-

Malay PIG all..

post oleh ajim | 8:40 PM | , | 0 reaksi »
Gambar diatas menunjukkan sikap sentimen perkauman yang berlaku dlm dunia facebook. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ong Siang Ying telah memohon maaf atas kesilapan dan menyatakan dia tidak bermaksud begitu. Sumber: Mazidul TV3

Gambar ke-2 pula menunjukkan dialog antara fan Namewee di dalam Facebook. Ini hanyalah sebahagian daripada perkataan rasict yang digunakan. Penulis mengambil sendiri gambar ini di dalam Facebook.

1. Orang bukan Melayu (tidak semua), kerap kali melabel orang Melayu sebagai 'pemalas', tidak produktif, anak emas kerajaan dll. Lebih dari itu, ada yang lebih ekstrem melabel orang Melayu dengan nama yang lebih canggih, seperti yang dapat anda baca pada gambar di atas.

2. Apabila kerajaan banyak menolong orang Melayu, maka sebahagian bukan Melayu menganggap ini tidak adil. Mereka menganggap kerajaan melakukan diskriminasi terhadap bukan Melayu. Mereka menganggap kerajaan Malaysia hanya mementingkan kaum Melayu sahaja. Sumbangan kaum lain seolah-olah tidak diiktiraf.

3. Perlu difahami, orang Melayu merupakan kaum teramai dan termiskin di dalam negara ini. Bantuan yang dihulurkan bukan bermakna menyisihkan kaum lain, tetapi membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu agar sebaris dengan kaum lain di negara ini. sila lihat angka ini:

Menurut perangkaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pada tahun 2004 Bumiputera memiliki 16.4 peratus bidang pertanian, 12.3 peratus perlombongan, 8.1 peratus pembuatan, 6.3 peratus utiliti, 35.2 peratus pembinaan, 20.4 peratus perdagangan borong dan runcit, 26.7 peratus pengangkutan, 12.5 peratus kewangan dan 18.7 peratus perkhidmatan.
Lihat sahaja senarai manusia terkaya di Malaysia, siapakah yang mendominasi? Sila klik sini untuk melihat senarainya. Penulis optimis, jika majoriti rakyat termiskin di Malaysia adalah bukan Melayu, pastinya mereka akan juga dibantu seperti mana yang berlaku pada orang Melayu. Mungkin ada kelemahan dari segi pengagihan bantuan, dan hal ini perlu diperbaiki. Walaupun bantuan banyak diberikan pada orang Melayu, kaum lain juga dibantu. Ini FAKTA.

4. Sebahagian bukan Melayu (kaum Cina terutamanya) seringkali menganggap bahawa merekalah yang bertungkus lumus membangunkan negara ini, menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara, dan ikon kepada kekayaan. Ini merupakan fakta yang sombong apabila mengenepi peranan kaum lain yang turut sama membangunkan negara ini.

5. Kaum Cina diakui, hebat dalam bidang perniagaan, namun itu tidak bermakna kaum lain itu bodoh, pemalas dan tidak tahu berniaga. Kita harus melihat dalam konteks realiti dan sejarah. Orang Cina sejak awal terdidik dengan ilmu niaga, lihat sahaja perniagaan mereka yang turun termurun diwariskan kepada keturunan mereka, manakala orang Melayu pula terdidik dengan pertanian berbentuk 'cukup makan' sahaja. Namun kini, orang Melayu sudah mampu menjadi peniaga yang baik walaupun mungkin jumlahnya tidak seramai kaum lain, tetapi ini satu kenyataan yang boleh dibanggakan. Proses ini memakan masa.

6. Mungkin mereka yang mendakwa kaum terhebat itu lupa, sumbangan besar kaum Melayu terhadap mereka. Jika kaum Cina memiliki perniagaan, maka kaum Melayu merupakan konsumer terbesar dan sumber tenaga manusia kepada perniagaan terbabit. Jangan dilupa juga, sumbangan terbesar orang Melayu yang menerima sejumlah besar pendatang (ketika sebelum merdeka) ke dalam Tanah Melayu. Kini keturunan mereka menjadi rakyat Malaysia, ini satu hakikat yang diterima oleh orang Melayu.

7. Mungkin akan ada yang berhujah, orang Melayu juga pendatang dari Jawa dan Sumatera. Orang asal Tanah Melayu adalah kaum asli di dalam hutan. Ya, orang Melayu pendatang. Begitu juga orang Cina di negara China, orang India di negara India dan semua bangsa di dalam dunia ini. Masakan tidak, bukankah tempat asal kita dulu di Syurga sebelum diturunkan ke dunia? Bukankah kita hanya penumpang sementara di atas muka bumi ini? Hujah ini mungkin tidak diterima oleh orang yang tiada asas agama samawi. Penulis membuat hujahan ini berdasarkan pemahaman 'pendatang' menurut mereka.

8. Pendatang yang sebenarnya menurut penulis adalah, sekumpulan manusia yang datang dari sebuah kawasan A ke kawasan B yang mana kawasan itu telah mempunyai masyarakat yang telah membina atau mempunyai tamadun sendiri dan berasimilasi dengan persekitarannya. Masyarakat Melayu telah membina tamadunnya sendiri sejak ratusan tahun yang lalu dan telah mengadaptasi persekitarannya di Alam Melayu. Hal ini diperakui oleh tokoh-tokoh sejarah di dunia. Hal yang sama berlaku di negara China, orang Cina telah berjaya membina tamadunnya sendiri di Tanah Besar China. Jika orang Melayu berhijrah dari Tanah Melayu ke negara China, pastinya orang Melayu itu pendatang.

9. Jika orang bukan Melayu melabel orang Melayu sebagai 'pemalas', tidak produktif dll, orang bukan Melayu juga ada label dan gelarannya. Orang Cina dilabel sebagai 'penipu', gila duit, dll, begitu juga orang India yang dilabel sebagai 'cakap putar belit', keling dll. Jika orang bukan Melayu melabel orang Melayu dengan gelaran seperti 'pemalas' berdasarkan pengalaman mereka, hal yang sama berlaku pada orang Melayu yang melabel kaum lain berdasarkan pengalaman. Namun bersetujukah orang Melayu, Cina dan Indin pada label yang diberikan itu? Pastinya tidak, oleh itu BERHENTI melabel orang lain dengan label nama yang buruk!

10. Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka, namun perpaduan antara kaum masih renggang. Penulis tidak percaya pada retorik yang mengatakan rakyat Malaysia bersatu padu, hubungan antara kaum sangat harmoni dll. Ini satu penipuan fakta. Kelihatan bersatu padu itu hanya berlaku apabila ada Rumah Terbuka Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, selebihnya hanya perpaduan saduran dan ia terlalu nipis. Penulis bercakap dalam konteks negara keseluruhannya, bukan mengambil kira perpaduan dalam jumlah kecil. Penulis menganggap kita tidak berjaya memupuk perpaduan antara kaum dalam negara secara menyeluruh, tetapi kita lebih baik dari kebanyakkan negara lain di dunia.

11. Penulis bukan seorang yang 'rasict'. Penulis menganggap orang Cina, India dll sebagai rakyat Malaysia. Penulis mengiktiraf sumbangan mereka dalam membangunkan negara, menaikkan nama Malaysia di pentas dunia dll. Tetapi penghormatan yang sama penulis minta diberikan kepada orang Melayu, sama seperti orang Melayu memberikan pernghormatan pada yang lain.

12. Tidak semua orang Melayu itu 'pemalas', tidak semua orang Cina itu 'penipu', dan tidak semua orang India itu cakapnya 'putar belit'.

December 18, 2009

Habis & Mula Dengan Sahih

Kita dianjurkan berdoa.  Sebaik-baik doa sebagaimana yang ada dalam Al-Quran itu sendiri, dan sudah tentu apa yang Nabi ajar sesuatu doa itulah yang kita cuba contohi.  Bagaimana pun doa dari hati kita dengan ayat kita sendiri juga adalah satu fitrah yakni permintaan dari kita sebagai hambaNya kepadaNya.  Apa jua ayat walau bukan dalam bahasa Arab sebagaimana kalam hadis adalah antara kita dan Allah.  

Cuma bila kita ditemukan dengan ayat-ayat doa yang dikhususkan untuk sesuatu perkara dan disandarkan kepada Nabi, sudah tentu ianya dari suatu hadis.  Bagi saya jika ianya hadis, janganlah pula hadis itu hadis yang palsu dan kita tahu wujudnya hadis-hadis palsu.  Menurut pemahaman saya sedangkan hadis yang daif tidak boleh kita utamakan untuk diamal guna, inikan pula hadis palsu.  Demikian juga jika pengamalan ayat-ayat suci Al-Quran dalam keadaan-keadaan tertentu atau dengan cara-cara tertentu akan mendapat sesuatu fadhilat, pastinya fadhilat itu diperoleh dari nas hadis yang sah.  

Bagaimana pun saya percaya sebarang doa dengan makna yang baik boleh kita amal tanpa berpegang pada kaifiat dan fadhilatnya (kerana itu sudah sepeti mengkhususkan ibadat dan. ketentuan seperti ini samada daripada al-Quran sendiri atau dari hadis Nabi) . Walaupun doa itu doa awal dan akhir tahun yang popular diamalkan. Saya juga percaya sebarang doa yang kita karang sendiri untuk akhir tahun dan seterusnya awal tahun boleh kita lakukan.


Mengulangi ungkapan daripada yang lain, quoting others:-

Melayu Sejati, Islam di Hati

December 28, 2008

Awal Muharram dan Doa awal dan akhir tahun

Filed under: Hadith Nabawi, Pendapat — aburuqayya @ 6:44 pm

Awal Muharram merupakan merupakan bermulanya tahun baru di dalam kalender Islam. Masyarakat kita telah didedahkan semenjak zaman berzaman lagi upacara membaca doa awal tahun dan akhir tahun.  Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si pengamal doa ini bahawa : “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.” dan juga “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.

Kata-kata siapakah ini? Apakah kata-kata dari manusia biasa boleh dijadikan sebagai hujah fadilat sesuatu amalan lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah? Sudah tentu sekali tidak boleh sama sekali. Perkara yang berkaitan dengan fadilat amal, dosa, pahala dan semua perkara yang berkaitan dengan akidah tidak boleh berhujah atau diambil dari kata-kata manusia biasa yang tidak maksum, meskipun ia merupakan seseorang yang begitu alim dan warak di dalam selok belok agama. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang berhak.
Yang paling menyedihkan sekali, kata-kata yang terkandung di dalamnya janji-janji syaitan itu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi sayangnya ujaran kata-kata di atas tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpun hadith-hadith baginda s.a.w seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’ie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi.
Maka jelaslah bahawa fadilat doa awal dan akhir tahun adalah palsu dan batil serta tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ketahuilah bahawa di situ terdapat amaran keras daripada Rasulullah s.a.w bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu perkara yang bukan dari baginda, Sabdanya: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


Beramal dengan riwayat palsu?

Berdasarkan hadith di atas, para ulama hadith menekankan bahawa haram beramal dan menyebarkan hadith-hadith palsu apatah lagi disandarkan kepada baginda s.a.w bagi sesiapa yang mengetahui status kepalsuannya, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu al-Solah di dalam karangannya ”Ulum al-Hadith‘ m.s 98: “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya“.

Al-Imam an-Nawawi juga menjelaskan hukum berkenaan dengan hadith palsu di dalam muqaddimah (pendahuluan sesuatu kitab) karangannya iaitu ‘Syarh Sahih Muslim‘: “Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadith ini palsu. Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya palsu serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad SAW di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam.

Seterusnya an-Nawawi berkata lagi: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.”.

Selain itu, kebatilan riwayat doa tersebut dan fadilatnya dikuatkan dengan tiada riwayat yang menyatakan amalan ini diamalkan oleh golongan salafussoleh yang terdiri dari golongan sahabat dan tabi’ien. Jika benar amalan ini dari Rasul dan digalakkan di dalam Islam, nescaya para sahabat dan tabi’ien berlumba-lumba untuk melakukannya demi mengarap kebaikan disebalik amalan tersebut yang kononnya hebat fadilatnya. Begitu juga tiada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a membaca doa tersebut secara berjemaah dan beramai-ramai. Apa yang thabit dari baginda s.a.w dan para sahabat r.a adalah membaca semua jenis doa secara bersendirian.


Bolehkah beramal dengan doa ini?

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini selagimana tidak terlintas di hati pembacanya bahawa ia disyarakkan atau diperintah oleh agama kita. Begitu juga kerana maknanya pun tidak menyalahi syarak. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan doa tersebut.
Pada pendapat penulis, doa ini adalah lebih baik tidak diamalkan samaada individu ada secara berjemaah. Kerana terbukti bahawa ia datang dari riwayat yang palsu dan batil. Kerana ia juga dikuatiri bahawa masyarakat akan menganggap bahawa amalan ini adalah sunnah yang datang dari baginda s.a.w atau dari sahabat nabi r.a. Lihat sahaja bilangan bacaan yang digalakkan untuk membacanya(sebanyak tiga kali), siapakah yang mengesyorkannya begitu? sudah tentu bukan sama sekali  dari Allah s.w.t dan  RasulNya.

Lihat realiti semasa, betapa ramainya individu muslim menganggap bahawa doa awal dan akhir tahun disyarakkan oleh agama sedangkan ia tidak termaktub sama sekali di dalam al-Quran dan Sunnah mahupun amalan salafussoleh. Jika anggapan seperti ini terus diyakini setelah mengetahui kebatilan riwayat, sanad dan matannya, maka secara jelasnya ini adalah Bid’ah di dalam agama dan perkara yang diketogarikan sesat dan ditolak oleh Islam.

Semua orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja tetapi ia adalah yang terbaik. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan keterlaluan, maka bacalah apa sahaja doa yang kita hajati.

Abu Ruqayyah, Cheetham Hill Manchester.



Also quoting another...


Amalan Sunnah pada Akhir Tahun?

Setiap kali menjelangnya akhir tahun kita sering diperingatkan dengan amalan-amalan tertentu yang dianjurkan supaya kita melakukannya. Mesej juga bertalu-talu dihantarkan dari seorang sahabat untuk sahabat yang lain memperingatkan hal ini. Keperihatinan ini seolah-olah ia merupakan satu tuntutan yang wajib atau sunnat Muakkad. Mereka menganjurkan amalan-amalan seperti berdoa dengan doa yang khusus di akhir tahun sebelum Maghrib dan diikuti dengan doa awal tahun apabila menjelangnya waktu Maghrib.
Persoalannya adakah amalan ini merupakan sunnah Rasulullah r yang sangat diambil perhatian oleh baginda?

Agak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana saya tidaklah merupakan seorang pengkaji sunnah tetapi hanya meneliti beberapa kitab sahaja. Di dalam kajian saya, saya tidak menjumpai adanya doa khusus atau amalan khusus yang diamalkan oleh baginda pada akhir dan awal tahun, tetapi saya berpendapat amalan berdoa tersebut bukanlah satu kesalahan kerana kita memang dituntut untuk berdoa sepanjang masa, ia termasuk di dalam perintah yang umum. Yang salah ialah jika kita menyandarkan sesuatu amalan itu kepada Rasulullah r sedangkan tidak ada nas yang mensabitkannya. Baginda melarang keras perbuatan tersebut sehingga beliau menyebut dalam satu sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang segaja mendustaiku maka sediakanlah tenpatnya di dalam neraka” (Na’uuzubillah)

Semasa saya belajar dahulu di Syria dan di Mesir apabila tibanya akhir tahun kebanyakan ulama’ mengajak muslimin dan muslimat supaya bermuhasabah terhadap amalan yang dilakukan sepanjang tahun tersebut.
(sesiapa yang ada menjumpai mana-mana kitab yang membincangkan masalah ini tolong maklumkan untuk manfaat bersama)

Wallahua’lam.
Ust Khairul Azmi
Sumber: Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pahang




And .... there are lot more but no more here in this personal entry... this matter has gone years and years, repeating the same... It's the matter of personal mindset.... Alas, we are all brothers in Islam....

December 16, 2009

Sayyidina

Maka ramailah yg bertanya..... "sayyidina" atau "saidina" dalam solawat, lanjutan dari posting sebelum ini.  Untuk meredakan bagi yang tidak puas hati, posting itu tidak secara terang menempelak sesiapa, tidak pula menuduh siapa yang menambah kalimah tersebut maka sesat.          Menurut penulisan Ust. Zaharuddin Abd. Rahman, secara dasarnya tiada terdapat dalil yang jelas tentang tambahan "sayidina" di dalam selawat.  

Jika diteliti hadis yang menyebut tentang bacaan ini di dalam riwayat Al-Bukhari (Fath al-Bari, Syarah Sahih al-Bukhari, no.831), Muslim (Sahih Muslim (dengan Syarah al-Nawawi, no.895,900,902,906, 4/336) dan Abu Daud (Sunan Abu Daud, no.968-981 ms 122-123) sememangnya tidak terdapat kalimah "sayidina Muhammad" dan "sayidina Ibrahim".

Justeru, majoriti para ulama tidak menggalakkan ia ditambah dalam tasyahud.  Sebahagian ulama' mazhab Syafi'i menyatakan bahawa penambahan "sayidina" adalah lebih elok dibuat atas dasar adab dengan Nabi s.a.w. dan menolak satu hadis larangan Nabi yang dikatakan daif (Syarh al-Ghazi ms 66).  

Selain ulama Syafi'i, terdapat juga ulama mazhab Hanafi yang berpendapat demikian.  Walau bagaimanapun, mazhab Hanafi secara umumnya tidak bersetuju penambahan "sayidina" ini.

Mazhab Maliki dan Hanbali secara sepakat tidak bersetuju dengan penambahan ini (Ashal al-Madarik, 1/210; Al-Mughni, 1/543 oleh Ibn Qudamah).

Ustaz Zaharuddin membuat kesimpulan dengan bersetuju terhadap apa yang disimpulkan oleh Prof.Dr. kamil Musa (Ahkam al-Ibadat, ms.160) bahawa sesungguhnya ikhtilaf dalam bab ini hanyalah dalam menentukan yang manakah yang lebih afdal, dan menurut semua hujah mereka, tiada sebarang masalah besar jika menambah, cumanya berpegang teguh dengan nas adalah lebih baik. 

Juga harus kembali kepada pemahaman bahawa isu bid'ah bukan dirujuk pada amalan muamalat harian seperti pemakaian dan hasil kemajuan sains (contohnya pandu kereta, tengok tv, pakai kot dll.) tetapi merujuk pada ibadat khusus yang mana telah diajar oleh Nabi s.a.w.  Saya berpendapat ibadat-ibadat khusus yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w semestinya ada nas hadis sahih yang menerangkannya.  Sehinggakan ada yang menyalah-anggap jika demikian tindakan mengagungkan raja saudi adalah lebih bid'ah, masakan mengagungkan Nabi s.a.w tidak boleh pula ?  Kembali pada kefahaman asas iaitu bid'ah merujuk pada apa jua tambahan tindakan dan sebutan dalam "ibadat khusus"....  



Wallahu A'lam

December 12, 2009

Solawat Ibadah

  SOLAWAT ITU IBADAH


قد أمرنا الله أن نصلى عليك ، فكيف نصلى عليك ؟ قال : قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل ابراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل ابراهيم ، والسلام كما قد علمتم.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah diperintahkan untuk berselawat ke atas kamu, maka bagaimanakah caranya kami ingin berselawat ke atas kamui?  Berkata Rasulullah s.a.w : Katakanlah oleh kamu:   'Allahumma solli ‘ala Muhammad  Wa ala aali Muhammad kama sollaita ala aali Ibraahim wa baarik ala Muhammad wa ala aali Muhammad kama baarakta alaa aali Ibrahim' dan berilah salam sebagaimana yang kamu ketahui." ...Hadis SAHIH Riwayat Imam Muslim: 1/305/405, Tirmizi: 3220, Malik (Al-Muwatto'):1/165/397, Ahmad:22406





"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberikan kurnia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung."...H/R Ahmad dan Thahawi dengan sanad sahih dan Bukhari dan Muslim tanpa lafadz 'ahlu baitihi' (anggota keluarganya).







“Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Ya Allah, berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammadn sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.”.....H/R Bukhari, Muslim, Nasa'i, Humaidi, Ibnu Mandahdan dia menyatakan hadis ini telah disepakati sahihnya.



"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.” ....H/R Ahmad, Nasa'i, dan Abu Ya'la dengan sanad sahih. 





"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi kurnia kepada [keluarga] Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung." ...H/R Muslim, Abu Awanah, Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, dan Nasa'i, disahkan oleh Hakim.




 "Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu], [dan keluarga Muhammad] sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. ...H/R Bukhari, Nasai, Thahawi, Ahmad, Isma'il Al-Qadhi dalam Kitab Fadhlush Shalah 'alan Nabiyyi  halaman 28.



"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [kepada] para isterinya dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim; dan berikanlah kurnia kepada Muhammad, [kepada] para isterinya, dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [keluarga] Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung." ...H/R Bukhari, Muslim, dan Nasa'i.




"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad dan berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat dan kurnia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung."  ...H/R Nasa'i, Thahawi, Abu Sa'id Ibnul A'rabi dalam Al-Mu'jam (79/2) dengan sanad sahih. Ibnul Qayyim dalam Kitab Al-lala' halaman 14-15 menisbatkan hadis ini kepada Muhammad bin Ishaq As-Siraj, kemudian beliau menyatakan sahihnya.  

"SAIDINA"


DALAM hadis-hadis di atas tidak ada satu pun kalimah "saidina" atau "sayyidina".  Terdapat larangan Rasulullah s.a.w kerana Ghulu' (mengagung-agungkan) beliau dengan hadis yang bermaksud:- 


“Dari Anas bin Malik, sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Muhammad, wahai tuan kami, wahai anak tuan kami dan anak orang baik kami! Maka bersabda Rasulullah SAW: Wahai manusia! Hendaklah kamu jaga kata-katamu, jangan sampai kamu diperdayakan oleh syaitan, aku adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan UtusanNya. Demi Allah, aku tidak suka kamu mengangkat kedudukanku lebih dari yang telah Allah Azza Wa Jalla mengangkat untuk aku” ...H/R Ahmad (13106) Musnad – Hadith Sahih 


Berkata Mahmud Hasan Salman: “Dan Imam Syafie sendiri, yang Allah angkatkan kedudukannya, dan yang paling banyak menta’zimkan Nabi SAW, memulakan kata-katanya di dalam kitab karangannya dengan lafaz: Allahumma Solli ‘Ala Muhammad (tanpa sayyidina). ...Al-Qaulul Mubin Fi Akhta’il Musollin, Mahmud Hasan Salman, ms 154


Kitab Al-UMM oleh Imam Syafie (dalam hal ini saya merujuk pada terjemahan Ringkasan Kitab Al-Umm ms 183), hadis riwayat Abu Daud no.963 yang mana Abu Hurairah r.a bertanya kepada Rasul tentang lafaz solawat dinyatakan oleh Imam Syafie menunjukkan tiada kalimah "saidina".


Mungkin ada kitab-kitab rujukan yang menambah kalimah tersebut dan dilafaz oleh ramai orang secara terang-terang dan kita mendengarnya lalu mengamalnya, tanpa merujuk adanya nas hadis yang sahih.  Perlu difahami bahawa lafaz-lafaz zikir dan solawat yang diajarkan nabi berserta dengan fadhilat-fadhilatnya yang tersebut adalah suatu bentuk ibadah yang tauqifiyah (bersifat tetap/baku). Tidak boleh kita menokok tambah dan mereka cipta dengan lafaz-lafaz yang baru selainnya.


Wallahu A'lam...

December 10, 2009

Ma'a Rafiqi Al-A'la


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Ali Imran: 144).

Ayat di atas dilaung oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ketika penduduk Madinah panik berikutan berita kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.   Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: "Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah mati."


KETIKA NAZAK RASUL
Ada pertembungan pelbagai cerita berkenaan saat Nabi meninggalkan kita.  Yang paling popular diceritakan oleh ustaz-ustaz dan pengendali blog adalah yang mengandungi kalimah "Ummati - Ummati - Ummati".  Kisah ini ada dinyatakan dalam kitab Durratun Nasihin tulisan Al-Khubawi.  Perlu diambil perhatian kitab Durratun Nasihin ini tidak boleh dijadikan bahan sandaran dan rujukan kerana banyak mengandungi hadis-hadis lemah dan palsu.



Menurut kitab Al-Raheeq Al-Makhtum tulisan Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri :-
(terjemahan)

Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya". Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.


Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :


Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi. Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. "Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".


Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.


Dalam buku TERPUTUSNYA WAHYU tulisan Syeikh Majdi Muhammad Asy-Syahawi dan Husain bin Audah Al-Awayisyah; dalam bab Rasulullah Ketika Sakaratul Maut ; menyatakan perihal yang sama dengan otoriti dari hadis-hadis riwayat Al-Bukhari, Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi, Abu Ya'ala, Al-Tabrani dalam Al-Kabir dan Al-Ausath, Ibnu Rahawaih, Ibnu Sa'd dan Ibnu Hisyam.

Buku ini juga menyatakan dalam satu riwayat dari Aisyah ada berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda tiada seorang nabi pun yang meninggal dunia kecuali diberi pilihan bersama Dzat yang mengurus dirinya."

Aisyah berkata "Aku mendapati Rasulullah terasa berat di pangkuanku dan di dadaku, kemudian jatuhlah siwak beliau dan aku mendengar beliau bersabda, `Akan tetapi bersama Al-Rafiq Al-A'la di jannah.'"

Perihal seorang nabi diberi pilihan oleh Allah Azza wa Jalla untuk mati ada dinyatakan dalam hadis-hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Nasai.

Wallahu A'lam........