January 05, 2010

A is for Allah & Muslim Malaya Bersatu

A is for Allah is a song composed by Yusuf Islam, recorded for his baby daughter to teach her the arabic alphabet.




Now, referring to our One God - Allah.  Dari isu panas terkini kita boleh lihat keadaan yang memungkinkan Muslim terutama Melayu di "Malaya" ini bersatu tanpa mengira ideologi politik.  Walaupun jika dirujukkan terma Allah ini sudah wujud sekian lamanya dan diguna pakai atau diakui Allah sebagai Tuhan tapi bukan tuhan yang satu kerana suatu ketika masyarakat yang mengakui wujudnya Allah mungkin tidak menerima Keesaan Allah, dalam masa yang sama mereka menyekutukan Allah dan meninggalkan sebahagian besar syariat.  Penerimaan agama lain untuk menggunakan terma ini selain dari Islam setelah berjayanya dakwah nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. dilihat hanya semata-mata untuk melebarkan dakyah mereka.

Walaupun masyarakat Arab Jahiliyyah tahu terma Allah itu tuhan, tetapi pada pemahaman mereka sudah tentu lain, mereka sebenarnya tidak kenal Allah.  Mereka hanya tahu nama Allah, seolah-olah Allah itu sebaris dengan tuhan-tuhan mereka yang lain.

Melihat kejayaan Islam yang sentiasa berkembang, walau ada yang terkakis akibat lemah iman dan terjerumus dengan pelbagai cara dakyah kafir ini terutamanya dari Kristian, ada kemungkinan besar satu cara memperhebatkan dan menambahkan lagi bilangan Muslim di Malaya jadi murtad adalah dengan penggunaan nama Allah, merujuk kepada makna Tuhan bagi mereka. Saya rasa niat mereka itu tidak lain hanya untuk memesongkan lagi akidah La Ilaha Illa Allah.

Mahkamah tidak akan menilai sensitiviti. Biar pun pergi ke peringkat rayuan kelak.  Inilah masanya Muslim Malaya tidak kira bangsa apa dan parti apa, bersatu menegakkan kalimah Allah.  Letakkan sempadan seumpama menahan air empangan, cegah sebelum parah.  Sambil menjaga kebebasan beragama, sedarlah wahai Kristian Malaya, jangan cucuh sumbu Muslim Malaya, bangkitlah Muslim Malaya, bangkitlah Raja Melayu, bangkitlah Perdana Menteri Muslim, kerana kita sudah menghidu bau busuk hati kamu..... JIHAD FI SABILILLAH


The Malaysian Insider:-

KOTA BARU, Jan 3 – PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has come out in support of the Catholic weekly Herald use of ‘Allah’ to describe the Christian God in the national language, saying it was permissible for those following the Abrahamic faith.
But the popular cleric expressed worry that the word “Allah” could be abused by certain quarters, echoing growing sentiment of Muslim Malaysians aghast at the Dec 31 High Court ruling that permitted its use.
“Its just a fear it can be abused. That’s the worry,” the Kelantan mentri besar said today when commenting on the landmark ruling.

1 comment:

  1. betul tu tuan haji...hendaknya seluruh umat islam bersatu atas dasar iman, dan kesatuan hati ni dalam semua hal agama...

    ReplyDelete