June 22, 2010

Bilaku Toreh Tangan

Tahun ini ambe amat kurang bertumpu pada kegiatan rutin yakni Taekwon-Do.  Bukannya tak ada langsung tapi secara berfasa melibatkan diri dalam hal-hal lain yang lebih penting.  Dunia Taekwon-Do ambe banyak mengundang pengalaman pahit manis dan begitu banyak berjasa pada diri.  Dari mendapat ramai kawan sehingga lawan, hatta musuh dalam selimut pun boleh dikira ada.  Macam politik.  Apa pun dunia Taekwon-Do negara yang semakin bercelaru dengan segala hal pengiktirafannya dan kepopularannya antara sebab diri ini menghadkan penglibatan, dalam masa yang sama mengambil kira Tok Guru yang banyak berjasa dan seolah masih memerlukan perahan keringat diri ini, ambe tolong jugak barang sedikit. Sabtu ni kena hadir meeting Pesuruhjaya Sukan, nak harap org muda lain tak nampak jalan.... nak harap coach tua lain...tak nampak jalan... tunggu "offer degree" baru nak jalan...

Minggu ni satu kejohanan rutin tahunan peringkat kebangsaan ambe declare tak boleh libatkan diri.  Dengan harapan "jaguh muda" dapat ambil alih mengetuai pasukan dan cari ganti segera.  Tak nampak jalan jugak sebab dua "jaguh muda" ni terpaksa hadir daftar  sambung master, sorang lagi terpilih ke pemilihan taekwondo negara (dua-dua penting).... Tok Guru pula dah tawar hati melihat karenah Tok Mahaguru (semoga Allah membuka hatinya) yang macam2.... takwillah sendiri.

Ketika ini beratus badan taekwondo baik atas nama 'persatuan negeri, kelab daerah, akademi dll. sibuk menjolok diri dan berlumba untuk diterima masuk ke dalam satu badan baru yang diilham kerajaan iaitu TM - Taekwondo Malaysia.  Ya, satu usaha yang bagus, tapi yang berdarah asal Taekwon-Do tahu isu yang berlaku dan yang bakal berlaku.  

Walau apa pun, badan-badan peringkat kebangsaan yang berteras Taekwon-Do asal atau original patut tampil juga mencadang supaya diterima masuk dalam TM.  Ambe tak nampak langsung usaha ini dibuat oleh tokoh-tokoh yang berstatus Mahaguru dan Tok Guru ayah pin. Masing2 tunjuk belang tunjuk bekeng.  Program-program nampak tak berapa menjurus ke arah perpaduan sesama taekwondo.  

Do-Jang ambe berjalan seperti sedia kala.  Ada muka-muka baru, dan ada muka lama yang kembali.   Amat molek ambe treat Do-Jang ambe ni bebas dari sebarang anutan.  Insya-Allah, Do-Jang akan lebih maju.  Sabtu ni meeting dengan pesuruhjaya sukan mungkin ditemani oleh isteri ambe yang setia sokmo, dan dua "jaguh muda" yang ambe rasa jalan yang dia ambil betul dah tu... teruskan... Dalam masa yang sama ambe faham hasrat Tok Guru yang nak ambe "jaga" dua jaguh muda ni supaya legasi Taekwon-Do yang asli tidak terkubur....  

Apa jua "F" atau "TF" di belakang Do-Bok atau apa2 jua "Gi" yang ambe atau dia pakai atau jaguh muda kita yang pakai, Bilaku Toreh Tangan...darah asal juga yang keluar....... 




حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ وَهُوَ يَنْقُلُ التُّرَابَ حَتَّى وَارَى التُّرَابُ شَعَرَ صَدْرِهِ وَكَانَ رَجُلًا كَثِيرَ الشَّعَرِ وَهُوَ يَرْتَجِزُ بِرَجَزِ عَبْدِ اللَّهِ اللَّهُمَّ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا
وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا فَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا وَثَبِّتْ الْأَقْدَامَ إِنْ لَاقَيْنَا إِنَّ الْأَعْدَاءَ قَدْ بَغَوْا عَلَيْنَا إِذَا  أَرَادُوا فِتْنَةً أَبَيْنَا يَرْفَعُ بِهَا صَوْتَ
هُ

(BUKHARI - 2808) : Telah bercerita kepada kami Musaddad telah bercerita kepada kami Abu Al Ahwash telah bercerita kepada kami Abu Ishaq dari Al Baro' radliallahu 'anhu berkata; Aku melihat Nabi Shallallahu'alaihiwasallam pada perang Khondaq sedang mengangkut tanah hingga tanah itu menutup bulu dada Beliau. Beliau memang seorang yang berbulu lebat Saat itu Beliau menyenandungkan sya'ir 'Abdullah: "Ya Allah, kalau bukan karena Engkau, tentu kami tidak akan mendapat petunjuk. Dan tidak akan pula kami bershodaqoh dan sholat". Maka turunkanlah sakinah kepada kami dan teguhkanlah kaki berpijak kami karena kami sedang berhadapan"."Dengan musuh yang telah durjana terhadap kami. Jika mereka menghendaki fitnah terhadap kami, kami akan mengabaikannya". Beliau menyenandungkannya dengan suara keras.




==================

EIZAM said...
y mu tak muncul muncul


=== Al-Jawab:  Doh mu takmboh ajok akuuuuuuuuuu......siyanggg akuuuu...


** Bagi yang masih blur, makhluk bernama Eizam ni is my close brother in taekwon-do, salah seorang yang menaikkan nama negara dalam tahun 1994. My sparring partner masa beliau ambil test 4th Dan, aku ambik 3rd...... Walaupun dia tua rambut beruban tak terurus, ayam KFC dia dapat free.... kalau tak, tak lepas audit KFC....

** Ada sorang lagi brother aku anak pak Mamat, tak angkat2 telefon.... ada spital lagi ke apa... ; )

================================================================






1 comment:

  1. merajuk weh mu tak masok...asyik mato sepet je menang...keciwa, hampeh dan sakit jiwa tgk toournament taraf tertutup...huhuhu...tukar parti ler gua

    ReplyDelete