Bro. Eizam di blognya yang penuh sawan (tapi comel) mengomen tentang keadaan tempat kita sekarang yang mungkin juga sedang dilanda wabak yang pelbagai... Dan sememangnya di tempat saya pun klinik-klinik makin maju penuh dengan pesakit... Kami anak-beranak pun ada tempias batuk2 dan demam tapi bergilir-gilir tak kena sekali gus, alhamdulillah... Kebetulan pula satu tempat yang agak kerap saya singgah, ada pakcik lori situ lama sangat batuknya tak sembuh, dia pun pergi spital terus kena tahan wad confirm TB....
Kelas di Kemaman Do-Jang bertuah ada dua jurulatih senior PTNT yang tegap dan sihat, so kelas-kelas malam sentiasa segar dan terisi, boleh la saya ponteng rehat sekejap...
Dr.Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Madani) di blognya hari ini juga menyentuh pasal sakit dan menyenaraikan tuntunan sunnah bila menziarahi pesakit. Sangat-sangat bermanfaat.
Bila sihat biasanya sakitnya "Lupa" ... bila sakit kita akan dapat "Ingat"....
Dari Abdillah bin Mas’ud ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: ((Tiada seorang muslimin yang menanggung derita kesakitan atau yang selainnya, melainkan Allah menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun daripada pokoknya.)) [Hadis riwayat: Al-Bukhari: 5647, Muslim: 2571]
No comments:
Post a Comment