March 29, 2011

Bila Terpanggil II


Alhamdulillah, selamat semua. Masa flight pulang dari KL ke KT, plane tak dapat landing sbb hujan di KT teramat lebat, so pilot buat U-Turn, kami "disembark"  dan tunggu hingga jam 12:00am utk boarding semula. Walaupun hujan lagi lebat dari yang pertama tadi, pilot kali ni landing jugak dengan beraninya... fuhhh.... 

Segalanya baik di Tanah Haram, tidak ada kelibat penunjuk perasaan ke apa ke.  Cuma plan asal kami untuk ke sana bersama-sama 2 pasangan kawan kami Pok Zahang iPhone dan Pok Yeh RHB yg baru kawin serta 5 lagi yang nak mengikut tapi tak jadi sebabnya visa ditangguh...  So kali ni menjadi rezeki kami dapat bawak anak-anak dan bila Tok & Tokki tahu cucu nak pergi, mereka pun nak ikut sama bersekali dengan 3 anak-beranak, yang tak jadi pergi berganti dengan ahli keluarga... 

Di KLIA penuh dengan jemaah, pelik jugak umrah kali ni, rupanya di situ travel agency bagi penerangan memaklumkan bahawasanya umrah ini memang seperti musim haji, para mutowwif menggelarkan 'mini-haji' kerana visa yang tertangguh sebelum ini dikeluarkan serentak, bukan Malaysia shj bahkan seluruh dunia.  

Bawa anak-anak perempuan sorang yang 3thn dan yg kakaknya sudah 8thn. Hotel kali ni agak jauh dari yg sebelum ini.  Susah-susah pun kita harungi segalanya dengan doa-doa. Susah pun seronok dan amat amat bersyukur kerana peluang dan pengalaman berharga ini.

Buat pertama kali kami tawaf dalam hujan lebat jam 1.00am, sehingga lapangan tawaf ada macam bertakung dan jemaah mengharung. Saya dukung anak saya sepanjang tawaf dan sebahagian saei.  Tahniah buat anak sulungku Nur Najihah yang berjaya habiskan umrah dan kuat berjalan, hehe, masa nak habis saei dia ada start komplen lenguh kaki so kita bagi chan dia naik wheelchair sama adik dia ditolak oleh pak arab.
Dpt mesej dari classmate uia dulu Mr.Musyaini dan isterinya Pn. Sharina (pun classmate), mereka baru je sampai tanahair, tak sempat jumpa. Alhamdulillah, bro, mu meme bijok paka spek nge bini...haha...



Dapat pula jumpa junior uia-kusza bro.Shapizan (was a student of mine and also a good pious taekwondoist and martial artist, now a lecturer), memang kerja dia selalu bawak jemaah ke Tanah Haram utk umrah dan haji, lama tak jumpa dan Allah menemukan kami di Tanah Suci Madinah, waktu Subuh dia panggil saya... wah happy betul.  

 with Ustaz Shapizan Johari di Madinah

di luar Masjidil Haram, Makkah


Antara personel agama yang kebetulan saya jumpa iaitu fadhilatus-Syeikh Hussein Yee (Yayasan al-Khadeem) dan guru saya Dr. Abdul Basit Abdul Rahman a.k.a Abu Anas Madani (penterjemah kitab Hisnul Muslim, ada dijual oleh sykt Telaga Biru),  seronok dapat bersemuka dengan beliau dan dapat berbicara sejenak di Masjid Ja'rannah dan lebih seronok masa itu juga dapat kenal anak-anaknya - kecek kelate belako pahtu belaja taekwondo pulok samo denge kito, under Pok Nik mungkin...



Antara yg nak sangat saya jumpa - rakan blog ternama 
(ni takde buat appointment, taqdir temukan kami):-
Bersama Che Lie, eksekutif di Hotel al-Safwah Royale Orchard 
Saya mengikuti perkembangan harian Makkah melalui blog beliau  
(http://manzlie-makkah.blogspot.com/)

 
Bersama (org gelar Dato Bandar Makkah) Tn.Hj.Arshad, super-muttowwif 
(yg ni saya yg letak la)
(http://hajiarshad.blogspot.com/)


Sebahagian Kenangan
 
Semoga anak-anak kami menjadi penyejuk mata dan hati buat kami



mmmmm....sapa nak pegi lagiii ???......

إبن أشعري

March 10, 2011

Sharing Eizam & Abu Anas Madani : Musim Sakit ?

Bro. Eizam di blognya yang penuh sawan (tapi comel)  mengomen tentang keadaan tempat kita sekarang yang mungkin juga sedang dilanda wabak yang pelbagai... Dan sememangnya di tempat saya pun klinik-klinik makin maju penuh dengan pesakit... Kami anak-beranak pun ada tempias batuk2 dan demam tapi bergilir-gilir tak kena sekali gus, alhamdulillah... Kebetulan pula satu tempat yang agak kerap saya singgah, ada pakcik lori situ lama sangat batuknya tak sembuh, dia pun pergi spital terus kena tahan wad confirm TB....  

Kelas di Kemaman Do-Jang bertuah ada dua jurulatih senior PTNT yang tegap dan sihat, so kelas-kelas malam sentiasa segar dan terisi, boleh la saya ponteng rehat sekejap...

Dr.Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Madani) di blognya hari ini juga menyentuh pasal sakit dan menyenaraikan tuntunan sunnah bila menziarahi pesakit. Sangat-sangat bermanfaat.

Bila sihat biasanya sakitnya "Lupa" ... bila sakit kita akan dapat "Ingat"....  

Dari Abdillah bin Mas’ud ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: ((Tiada seorang muslimin yang menanggung derita kesakitan atau yang selainnya, melainkan Allah menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun daripada pokoknya.)) [Hadis riwayat: Al-Bukhari: 5647, Muslim: 2571] 

"tutup mulut & hidung anda, jauhi wabak"

إبن أشعري