Showing posts with label Festivals. Show all posts
Showing posts with label Festivals. Show all posts

La Hot Springers...

November 23, 2010

Raya Haji seperti biasa...takbir raya, sunat Eid berjemaah, korban lembu, test pisau yg tak berapa best, gi ngator daging.... Yang tambah nilai kisah korban Lembu Gergasi dekat Tmn Safiah Murni, sebelah kampung je ni, harga RM11,000.00 , satu bahagian RM1,600 (ada masuk paper), dirasmi oleh "TG Ayah Chik"...  Satu lagi kelainan sempena raya haji ni ada buat trip ke Besut, buat simple family day, mandi kolam air panas, mandi pantai, barbeque etc...

  كل عام و انتم بخير 
  

 Lembu RM11k



Klik Collages utk tumbesaran jelas

 



Alur sungai di bwh ni tak panas, jernih, sesuai utk kanak2...


Hari pertama selepas solat Jumaat di Masjid Ibnu Abbas Besut kami bertujuh kenderaan menghungga ke La Hot Spring dari tempat menginap kami di Pantai Air Tawar, perjalanan hampir 40 minit.  Mula-mula sampai rasa macam malas dah nak masuk sebab parking penuh dan kelihatan berduyun-duyun pengunjung. Alhamdulillah nasib baik dapat spot parking yang bagus, cuma semua barang berharga ditinggal dalam kenderaan masing2, termasuk kamera dan handphone....so tak ada gambar langsungdi hari pertama.. Penjaga parking cakap, musim cuti ni memang sampai ke malam orang mari mandi...

Mula-mula celup kaki, rasa macam tak sanggup nak masuk..... tapi bila body dah adapt, boleh berendam, cuma tak berani nak menyelam....panas oooo.... Air dari kolam asal disalur turun ke kolam kedua (buatan) di bawah, panas juga tapi kurang sedikit dari yang atas.  Kolam atas telah dipermolekkan dengan mozek utk keselesaan dan sesuai utk berendam kaki.

Awal pagi jam 6:30 kami bersiap lagi utk ke kolam air panas, sebelum bertolak saya sorang sempat terjun laut dulu mandi pagi....tapi tak pergi semua ke Kg La kali ni, keutamaan utk warga emas, yang lain aktiviti sukaneka menunggu... Sungguh tak disangka keadaan lengang, kolam pun clear, hanya ada 2 keluarga saja yang mandi-manda, puas hati.... baru boleh bwk masuk kamera....  Balik ke homestay Pantai Air Tawar, saya terjun laut lagi..... 





Ekstrak dari gambar di atas:-
Kolam Air Panas Kg. La, Hulu Besut atau lebih dikenali dengan nama LA HOT SPRING telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim bin Haji Mat ketika memburu sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi. Lantaran keadaan semasa itu dan kedudukan kolam ini yang jauh di tengah hutan, tidak ada orang yang berminat berkunjung ke sini.  Apabila penerokaan tanah oleh FELDA bermula, kolam ini mulai dikenali dan dikunjungi ramai.  Takungan air dalam kolam mini adalah dari sumber mata air yang keluar dari celah-celah batu dengan kepanasan suhunya mencecah hampir 100 darjah celcius.  Apa yang menarik di kolam ini ialah khasiat air kolam ini yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti lumpuh, darah tinggi, gatal-gatal,lelah dan angin ahmar.  Air kolam ini juga boleh diminum dan pernah dibotolkan dan dijualkan kepada umum. Di samping itu LA HOT SPRING juga menjadi tarikan kepada peminat-peminat batu permata, merentas denai dan air terjun, berkhemah, mandi-manda dan berbagai-bagai lagi aktiviti lasak.

  • Bab boleh menyembuhkan penyakit, penyakit tertentu dengan izin Allah air ni boleh menjadi ubat kalau secara konstan kita berendam mungkin kerana suhunya dan kandungan sulfur dan mineral.  
  • Bab dikatakan boleh diminum saya kurang yakin, sebab ada sulfur, bahkan ada papan larangan tidak membenarkan masak telur di situ (sebarang telur).
  • Berendam terlalu lama boleh menyebabkan pengsan, dinasihati oleh pengunjung biasa supaya berendam tidak lebih 15 minit, rehat utk sejuk dan boleh sambung balik. Ada di kalangan kami rasa "kenaling" (pening-pening) sikit sebab berendam kaki lama. 

Read more...

Album Aidilfitri 2009

September 27, 2009

Tahun ni pagi raya di Kerteh rumah abg ambe (first time bukan beraya di kampung ambe, dan bukan kampung bini ambe).... Maybe next year kembali beraya di Simpang Tok Ku. Still this is Raya...Hari Untuk Kita Bergembira Bersama Keluarga.... Paling happy pada akhir Ramadhan dan malam raya tu ialah anak-anak ambe sebab dpt main kolam & main bunga api sama sepupu-sepupunya... Special raya ni hari ulangtahun kelahiran ayah ambe Mahaguru Tn. Hj.Ashari Hj.Ali An-Najjari yg ke-70 ..


(klik untuk imej lebih jelas)


Seperti biasa Raya di KT kami tak keluar sangat. Rumah mertua mcm rumah sendiri, wife kena layan tetamu. Maklumlah ibu mertua berkerusi roda. Tok Wan pula umur dekat 100 tahun (atau lebih, tapi masih kuat berjalan ke surau), ayah mertua pula biasala org kuat kampung dan ajk surau serta amil zakat, juga tukang sembelih lembu kambing - selalu je ada aktiviti luar. Patut la wife ambe bila raya je sibuk mengemas rumah mak ayah (dari dulu lagi dah mak ayah duk harap ke dia....). Kalau beraya di Simpang Tok Ku senang sikit ambe nak berulang alik dua rumah keluarga. Rumah 922B masih dalam renovation dan akan diduduki oleh my 2nd brother bersama-sama ayah, tahun depan siap insya-Allah.

Malam Raya Ketiga diisi dengan aktiviti majlis tahlil dan solat hajat....seterusnya makan-makan.

Alhamdulillah....Semoga Hubungan Kekeluargaan Sentiasa Akrab...


Vid presentation made by A. Danial Zulhilmi:-








Dua Hari Sebelum Raya kami bungkus tapai di rumah mertua, bersama cikgu Sally Mat Saleh, (bukan Sally upin & ipin):-

Solat Aildilfitri di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kerteh




Ziarah Makam Keluarga di Pulau Duyong Besar:-

Beraya di shipyard keluarga (sebelah ibu ambe) di Pulau Duyong, warisan yang diteruskan oleh bapa saudara kami Ayah Chik Hasan .






Akhir Raya di KT bersama-sama Master Najmi di Secret Recipe:-













Read more...

Kad Khas Utk Bloggers....

September 17, 2009

KHAS BUAT BLOGGERS : Sila klik untuk paparkan Kad Raya anda...

"AKU CIKGU LAMA" "SIDEKICK"

"SEJENAK BERSAMAKU" "SIR.NORDIN"


"MANG'S TKD" *HKMHZHR*

"MYBLOG-EIZAM" "TAE KWON DO"

"KOULOONG"


من العائدين الفاءزين وكل عام و انتم بخير

Read more...

من العائدين الفاءزين

September 16, 2009

من العائدين الفاءزين وكل عام و انتم بخير
Maaf Zahir & Batin
Segala Kebaikan Kepada Anda Sepanjang Tahun




My Raya Oldies back in 1970's & 1980's :-







Read more...

Aku Jawab...

March 25, 2009

Ok lah Kak Pah... ini jawabannyaa.....
(selepas diwarning dalam e-mail Tok Kapor)

Tag : Make a list of what u want on your birthday.
1. Rahsia ... dah dapat
2. Receive wish from my wife early in the morning
3. Signboard Do-Jang secara rasmi ... dah pasang yesterday ... unplanned
4. Jam Mahal - mahal sikit dari pasar malam punya pun takpe
5. Make my old adult taekwon-do students sparring with tehniques & confidence ... berjaya semalam ... macam singa
6. Arsenal Goodies
7. Majlis Baca Yaasin di Do-Jang
8. Make-Up kereta sikit.

-- Then? ... Lapan je ye...

Many gratitude to my students & friends yang ingat birthday. Not like before, I even forgot my own birthday. Normally surprised by my wife in the morning.

~ Sambut Birthday dengan melepak dan mengayuh di Pantai Chendor ~
(click the image to enlarge)


Added 3:30PM:-

~Thank you Amal Hakimah for this:-


Read more...

SYAWAL 1429H - Aidilfitri 2008

October 07, 2008

1st Day Raya di Bukit Payong...

  • 1) Tetamu ramai sebab Father-In-Law is public figure in this kampung - former JKKK, former Imam Masjid & still an Amil for Zakat.
  • 2) Mother-In-Law patah peha, so we didn't go jalan-jalan, hanya terima tetamu.
  • 3) Nadhirah mula sibuk kesana kemari baru dapat berjalan...
My Ayah Hj.Ashari raya at Kerteh & Dungun :-
Birthday Nabilah
From Aidil-Fitri 2008

Birthday Nadiah on 1st Syawal
From Aidil-Fitri 2008
Dungun Family
From Aidil-Fitri 2008

Lepak Macam Biasa
From Aidil-Fitri 2008


2 Syawal = 2 Oktober
= Birthday bersama Najihah & Abg Awang (My-Biras)







From Aidil-Fitri 2008

3rd Syawal = Kutip Rambutan & Durian di kebun bukit

4th Syawal = Raya Trip with my Siblings & Family
  • 1) Ziarah Pusara Ibu-Datuk-Nenek & Abg di Pulau Duyong
  • 2) Raya di rumah Pok Sedara di Pulau Duyong
  • 3) Raya di Mengabang Telipot
  • 4) Raya di Airport - hantar Imi balik Jerman
  • 5) Raya di Gong Badak
  • 6) Raya di MRSM hantar Nadiah & Dayana
  • 7) Raya di Gelugor
  • 8) Raya atas Jambatan Sultan Mahmud sejam lebih sebab traffic-jam

From 4th SHAWAL 1429


From 4th SHAWAL 1429

Hidangan Khas Hari Raya rumah Ayah Chik Hasan
From 4th SHAWAL 1429

From 4th SHAWAL 1429
Raya di Airport
From 4th SHAWAL 1429

From 4th SHAWAL 1429

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP