Showing posts with label Martial Arts. Show all posts
Showing posts with label Martial Arts. Show all posts

Bilaku Toreh Tangan

June 22, 2010

Tahun ini ambe amat kurang bertumpu pada kegiatan rutin yakni Taekwon-Do.  Bukannya tak ada langsung tapi secara berfasa melibatkan diri dalam hal-hal lain yang lebih penting.  Dunia Taekwon-Do ambe banyak mengundang pengalaman pahit manis dan begitu banyak berjasa pada diri.  Dari mendapat ramai kawan sehingga lawan, hatta musuh dalam selimut pun boleh dikira ada.  Macam politik.  Apa pun dunia Taekwon-Do negara yang semakin bercelaru dengan segala hal pengiktirafannya dan kepopularannya antara sebab diri ini menghadkan penglibatan, dalam masa yang sama mengambil kira Tok Guru yang banyak berjasa dan seolah masih memerlukan perahan keringat diri ini, ambe tolong jugak barang sedikit. Sabtu ni kena hadir meeting Pesuruhjaya Sukan, nak harap org muda lain tak nampak jalan.... nak harap coach tua lain...tak nampak jalan... tunggu "offer degree" baru nak jalan...

Minggu ni satu kejohanan rutin tahunan peringkat kebangsaan ambe declare tak boleh libatkan diri.  Dengan harapan "jaguh muda" dapat ambil alih mengetuai pasukan dan cari ganti segera.  Tak nampak jalan jugak sebab dua "jaguh muda" ni terpaksa hadir daftar  sambung master, sorang lagi terpilih ke pemilihan taekwondo negara (dua-dua penting).... Tok Guru pula dah tawar hati melihat karenah Tok Mahaguru (semoga Allah membuka hatinya) yang macam2.... takwillah sendiri.

Ketika ini beratus badan taekwondo baik atas nama 'persatuan negeri, kelab daerah, akademi dll. sibuk menjolok diri dan berlumba untuk diterima masuk ke dalam satu badan baru yang diilham kerajaan iaitu TM - Taekwondo Malaysia.  Ya, satu usaha yang bagus, tapi yang berdarah asal Taekwon-Do tahu isu yang berlaku dan yang bakal berlaku.  

Walau apa pun, badan-badan peringkat kebangsaan yang berteras Taekwon-Do asal atau original patut tampil juga mencadang supaya diterima masuk dalam TM.  Ambe tak nampak langsung usaha ini dibuat oleh tokoh-tokoh yang berstatus Mahaguru dan Tok Guru ayah pin. Masing2 tunjuk belang tunjuk bekeng.  Program-program nampak tak berapa menjurus ke arah perpaduan sesama taekwondo.  

Do-Jang ambe berjalan seperti sedia kala.  Ada muka-muka baru, dan ada muka lama yang kembali.   Amat molek ambe treat Do-Jang ambe ni bebas dari sebarang anutan.  Insya-Allah, Do-Jang akan lebih maju.  Sabtu ni meeting dengan pesuruhjaya sukan mungkin ditemani oleh isteri ambe yang setia sokmo, dan dua "jaguh muda" yang ambe rasa jalan yang dia ambil betul dah tu... teruskan... Dalam masa yang sama ambe faham hasrat Tok Guru yang nak ambe "jaga" dua jaguh muda ni supaya legasi Taekwon-Do yang asli tidak terkubur....  

Apa jua "F" atau "TF" di belakang Do-Bok atau apa2 jua "Gi" yang ambe atau dia pakai atau jaguh muda kita yang pakai, Bilaku Toreh Tangan...darah asal juga yang keluar....... 




حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ وَهُوَ يَنْقُلُ التُّرَابَ حَتَّى وَارَى التُّرَابُ شَعَرَ صَدْرِهِ وَكَانَ رَجُلًا كَثِيرَ الشَّعَرِ وَهُوَ يَرْتَجِزُ بِرَجَزِ عَبْدِ اللَّهِ اللَّهُمَّ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا
وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا فَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا وَثَبِّتْ الْأَقْدَامَ إِنْ لَاقَيْنَا إِنَّ الْأَعْدَاءَ قَدْ بَغَوْا عَلَيْنَا إِذَا  أَرَادُوا فِتْنَةً أَبَيْنَا يَرْفَعُ بِهَا صَوْتَ
هُ

(BUKHARI - 2808) : Telah bercerita kepada kami Musaddad telah bercerita kepada kami Abu Al Ahwash telah bercerita kepada kami Abu Ishaq dari Al Baro' radliallahu 'anhu berkata; Aku melihat Nabi Shallallahu'alaihiwasallam pada perang Khondaq sedang mengangkut tanah hingga tanah itu menutup bulu dada Beliau. Beliau memang seorang yang berbulu lebat Saat itu Beliau menyenandungkan sya'ir 'Abdullah: "Ya Allah, kalau bukan karena Engkau, tentu kami tidak akan mendapat petunjuk. Dan tidak akan pula kami bershodaqoh dan sholat". Maka turunkanlah sakinah kepada kami dan teguhkanlah kaki berpijak kami karena kami sedang berhadapan"."Dengan musuh yang telah durjana terhadap kami. Jika mereka menghendaki fitnah terhadap kami, kami akan mengabaikannya". Beliau menyenandungkannya dengan suara keras.




==================

EIZAM said...
y mu tak muncul muncul


=== Al-Jawab:  Doh mu takmboh ajok akuuuuuuuuuu......siyanggg akuuuu...


** Bagi yang masih blur, makhluk bernama Eizam ni is my close brother in taekwon-do, salah seorang yang menaikkan nama negara dalam tahun 1994. My sparring partner masa beliau ambil test 4th Dan, aku ambik 3rd...... Walaupun dia tua rambut beruban tak terurus, ayam KFC dia dapat free.... kalau tak, tak lepas audit KFC....

** Ada sorang lagi brother aku anak pak Mamat, tak angkat2 telefon.... ada spital lagi ke apa... ; )

================================================================






Read more...

ISTAC 2009

August 03, 2009

ISTAC: 27th Terengganu Inter-Schools Taekwon-Do Annual Championship 2009

Kejohanan ini diadakan setiap tahun oleh Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu sejak penubuhan dan sejarah penganjurannya bermula dari era gabungan ITF. Singkatan ISTAC mula diperkenal pada tahun 1995 oleh En.Mohd Agus Othman (Setiausaha Agung PTNT pada masa itu) dan saya sendiri bersama-sama En.Jani sebagai pereka grafik. ISTAC 1995 ketika itu memperkenalkan Piala Presiden Dato' Abd Rashid bin Ngah yang kini menjadi simpanan tetap SMK Tg Mizan Zainal Abidin (STEMZA). Sehingga kini singkatan ISTAC ini melekat.


Tahun 1997 di KUSZA adalah titik mula penglibatan saya sebagai pengarah penuh untuk ISTAC. Jawatankuasa ketika itu terdiri daripada ahli-ahli PTNT dan penuntut IPT IIUM-KUSZA. Penyertaan mencecah 1,500 peserta, suatu yang di luar jangkaan. Ketika itu saya masih menuntut di KUSZA dan pada tahun yang sama menubuhkan KUSZA International Taekwon-Do Association (KITA). Tanpa kawan-kawan saya baik yang menuntut di bawah payung KUSZA mahupun di bawah payung UIA, kejohanan itu mungkin amat-amat sukar dijayakan. Banyak cerita berkenaan ISTAC 1997 ini, tapi tak mahu dipanjangkan di sini. It is a great success for our taekwondo and for my colleagues from IIUM-KUSZA. Thank you for my two close assistants at that time
Ahmad Faiz Syahrir & Ahmad Rusydan. Thank you Prep & Tech Team - pembuat banner secara tradisional - dulu mana ada printer banner mcm sekarang.

ISTAC sudah menjadi tradisi hingga Master Najmi tidak sanggup menerima kalau-kalau program ini dibatalkan. Kejohanan tahunan ini adalah untuk anak-anak murid taekwondo yang berpayung di bawah PTNT. Mesti dilaksanakan walaupun rugi dari segi kewangan, kerana belanjanya bukan sedikit dan PTNT mengambil kira susah payah anak-anak murid dalam negeri ini yang majoritinya bukan orang senang. Walau sekecil mana pun bentuk penganjuran, ISTAC tetap akan cuba dilaksanakan.


Tahun ini menjadi tahun pertama Cik Nasriah menjadi pengarah. Sudah tentu ada perkara yang menjadi pengajaran untuk dia perbaiki. Alhamdulillah, banyak perkara berjaya dia atasi. Saya hanya membantu amat sedikit (kerana kekangan masa dan kerja). Dia berjaya menggesa dalam pelbagai hal termasuk kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Negeri. Tempat kejohanan di MSNT tahun ini kita dapat guna matras terbaru. Disebabkan bilangan kakitangan terhad, hanya tiga (3) gelanggang dibuka. Dan ini kali pertama juga kami berusaha menghabiskan kejohanan dalam tempoh 12 jam lebih, tidak dilanjutkan ke hari kedua. Kekurangan yang dihadapi sudah dijangka kerana Nasriah hanya diberi masa 2 bulan untuk semua persiapan. Pujian harus diberi kepada Nasriah dan adik-adiknya serta pelatih dari Center KT.

Penyertaan juga, kalau dilihat hampir mencecah 400 peserta. Rata-ratanya hadir mendaftarkan diri pada hari kejohanan, mengakibatkan urusetia terpaksa bertungkus-lumus untuk menyegerakan data. Pn.Normaizaiah a.k.a my bini pun nampak sangat sibuk di meja urusetia, suatu yang tidak boleh dia ignore di setiap ISTAC. Seperti biasa dalam hal teknikal ad-hoc diberi kepada saya jika senior-senior seperti Abe Din DTA atau Abe Napi dok mari.... (sori tak jemput sebab kami tahu anda ada seminar grandmaster).


Khas juga saya ucap terima kasih kepada jurulatih senior yang bernaung di bawah pusat latihan KEMTA yakni Rahman (malangnya team beliau dari Politeknik tak dapat disediakan kerana isu H1N1), jurulatih-jurulatih junior Aizuddin, Yasir, Takhairi, Amir Harunsyam dan Amal Hakimah.


Tahun ini SKKB Kerteh tanpa teraju Kak Pah Cikgu Lama, juara pasukan terbaik Bawah 12 tahun 2007 dan 2008 hanya bawa pulang 3 emas 2 perak dan 1 gangsa dengan hanya penyertaan seramai 6 orang sahaja. Tahniah kepada IPD Marang juara Bawah 12 terbaru. Begitu pun IMTIAZ Dungun di bawah Aizuddin masih kekal Juara Bawah 17. Syabas.

Pasukan Dewasa Center Kemaman ? Ada 5 orang peserta. hanya tiga daripada mereka membawa pulang pingat. Pencapaian terbaik menerusi Hafiz dengan pingat perak. Saya tahu mereka bukan kejar pingat. Mereka puas bila ada peluang penyertaan. Paling bagus apabila Master Najmi sendiri spotted them as good prospect. Paling suka bila saya dengar, "Sir, saya rasa kena berenti rokok la, cepat semput...." That will be a good start! - "Bakpe mu dok gi ambik hadiah pingat? Mu lari mana?" - "Saya gi mutoh belakang, abih gas" - "Padan muke mung, kuat sangat isap rokok..."




Dua hari sebelum tarikh ISTAC, Kak Pah Cikgu Lama contact Puan Tok Kapor minta buat surprise buat Kak Cik (Amal Hakimah) sempena birthdaynya. Sebelum Kak Cik tiba di dewan Tok Kapor memberi arahan kepada mereka yang rapat dan tahu birthday Kak Cik, buat donno je, tak payah ucap selamat lagi, tunggu penghujung malam ISTAC...so abis je majlis penutup ISTAC - kumpulan Tok Kapor pun memproducekan kek secret recipe untuk birthday girl dari Kemamang. Boleh laaaa..... Sori aaa Kak Pah, simple je.... Takde topi and belon...




ISTAC 2009 yang simple dan berjaya. Many things to learn, many things have to be done. Semoga pada ISTAC seterusnya blackbelt PTNT yang tidak sempat hadir akan diluangkan masa dan diberi kesenangan supaya boleh juga menabur bakti....Insya-Allah....


- Senarai Pemenang Piala (klik)




Sisipan Majlis Harijadi di penghujung kejohanan
-Facebook: http://www.facebook.com/album.php?aid=32466&id=1310608169&ref=nf












Read more...

MGTF National 2009

June 23, 2009

Terengganu : 4 Emas - 2 Perak - 7 Gangsa


Photos by Tok Kapor

Klik gambo utk beso...

Tadop citer .... wi gambo doh lah dulu...

Paling bagus bila dapat jumpa kawan lama dan Angkatan Belia Perut TKD Malaysia spt Nordin, Eizam, Ripin etc. (Adam, Mahesan, Alvin ...belum boleh daftar masuk lagi kerana saiz minimum belum tercapai). Presiden angkatan bagaimana pun tidak menghadirkan diri...ehem...ehemm...

Kali ni senior member PTNT pun turun menyokong macam Rahman, Buden, Tun & Faiz ... mereka ini juga ahli angkatan ...

Macam biasa bos dan ahli kontinjen PTNT buat gempak gempur dan gertak....

Nasree tolong 3 Emas (2 individual event + 1 special technique - tidak dikira dalam kutipan keseluruhan kontinjen) dan 2 Gangsa (team pattern + team sparring).

Another 2 golds by Raidah (Mid.Weight sparring) and sorang lagi yg pattern 4th Dan ....

Esoknya Nasree masuk MHI jam 7:00am yg mana ramai tak tengok sebab tido...































Read more...

Pre MGTF National 2009

June 15, 2009


Night Training
At Kuala Terengganu GTF Center



Terengganu GTF Team 2009

Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MGTF 2009
19-21 Julai 2009
Politeknik Sultan Sallehuddin Shah,
Shah Alam, Selangor













"Aku dok rok........"


Read more...

New GTF?

June 12, 2009


For MGTF TKD exponents... brought to you by I don't know who....

Read more...

SHAMS - Training Seminar 2009

May 02, 2009

SHAMS Taekwon-Do Club hari ini menganjurkan Seminar Latihan Bersama Master di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. SHAMS adalah singkatan nama sekolah ini, tempat saya menimba ilmu sehingga SPM. Aktiviti ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar perempuan kelab ini.



Tatkala zaman persekolahan saya, keahlian taekwondo dibuka kepada lelaki sahaja pada awalnya, sewaktu saya dalam tingkatan 4 barulah kelas taekwondo perempuan berjaya dibuka kerana PTNT mempunyai jurulatih wanita, Tg.Norjitah namanya, salah seorang anak didik Master Najmi dari PERKAYA (Pertubuhan Anak-anak Yatim Yayasan Terengganu). Taekwon-Do SHAMS melahirkan aktivis dan pejuang seni selain saya sendiri; Kamal Zaki Lokman, Ahmad Faiz Syahrir Hanafi Rosli (kini bersama Classic TKD di bawah En.Khaldun), Shaharbuden Hussin, Ahmad Rusydan Suhaimi, Hj.Abdul Hafiz Ariffin., Tun Mazukie Tun Ibrahim....dan beberapa lagi lelaki. Kini taekwondo di SHAMS hanyalah dibuka kepada pelajar perempuan. Suatu ketika kelas taekwondo lelaki dibubar oleh seorang guru di situ yang membenarkan Kelab Taekwondo Gemilang beroperasi dengan alasan untuk menyerap masuk pelajar SHAMS ke dalam pemilihan acara-acara yang diiktiraf oleh olimpik....... langsung tak munasabah.... wujud lagikah kelas berkenaan... dengar katanya dah "mampus"...yang masih survive dengan jumlah ahli yang ramai adalah Kelab Taekwon-Do GTF SHAMS.... Fuh!!! Hebat adik-adik saya ni... Saya masih ingat ketika usaha untuk melenyapkan legasi ITF/GTF di sekolah ini, adik-adik inilah yang bangkit mengumpulkan keahlian dan bertegas untuk terus mengadakan latihan di bawah PTNT. Kelas itu kini dibimbing oleh Nasriah Najmi - anak kepada Master sendiri.



Saya kecewa dengan sikap guru yang langsung tidak cakna dengan sejarah taekwon-do SHAMS. Ia bermula pada tahun 1986, seawal penubuhan SHAMS (sekolah ini diasas pada 1984 - kalau tidak silap - dikenali dengan nama Seri Budiman). Master Najmi adalah jurulatih pelopor. Ketika itu penggiat silat juga aktif, namun perihal seni bela diri taekwon-do sebagai seni asing mendapat reaksi negatif pengamal silat, pelajar terutamanya dan ustaz-ustaz yang sempit pemikiran. Sesempit-sempitnya sehinggakan tulisan korea (ITF) yang bermaksud Tae Kwon Do itu pun minta dipadamkan. Maka dengan kebenaran Master Sabree, saya rasa hanya SHAMS sahaja yang dibenarkan mengguna-pakai do-bok tradisional (tanpa apa-apa tulisan di belakangnya) - fuh..hebat SHAMS... Master Najmi pada masa itu mempunyai hubungan baik dengan jurulatih silat di sana. Hari dan masa latihan silat dan taekwondo adalah sama - setiap kali habis latihan semua pelatih-pelatih ini bersalaman dan tidak ada lagi prasangka bahawa seni ini adalah seni "kafir". Ramai pelatih silat tak sangka "keling" yang ajar taekwondo ini datang beri salam - tak jawab berdosa. Tak sampai tahap mengkafirkan - Alhamdulillah - pelajar SHAMS tahu menilai. Amalan bersalam-salaman selepas latihan mengakrabkan lagi hubungan Master dengan guru di sini. Itulah uniknya pada masa itu.



Pelatih di SHAMS yang agak agresif bukan hanya menjalankan latihan di sekolah, bahkan menambah latihan peribadi di Pusat Latihan Kuala Terengganu di Jalan Kamaruddin, pada masa itu center inilah yang terbesar di negeri ini dan pernah digunapakai oleh Gen.Choi Hong Hi. Saya yakin Sdr.Eizam juga pernah menjalani latihan di sini ketika bersama pasukan negara pada tahun 1994. Saya rasa Sdr.Sharifuddin pun lebih-lebih lagi pernah training di sini.



Dalam seminar anjuran pelatih SHAMS ini, pengisian slot pertama diberikan kepada saya dalam penumpuan teknik asas stance dan pattern di peringkat bawahan. Slot terakhir dijana oleh Master Najmi secara ringkas dalam self-defense. Akitiviti diselang-seli dengan beberapa persembahan demo taekwondo anak-anak kecil dari Taska An-Nur dan Do-Jang Kuala Terengganu. Jemputan yang saya terima agak short notice, sehinggakan majlis penutup juga saya terpaksa berucap bagi pihak PTNT, kelam-kabut ucapan saya. sebab tak bersedia. Majlis ditutup secara rasmi oleh Pengetua sekolah tersebut.



Saya boleh berbangga dengan status sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah terpilih dalam negeri ini sejak dari zaman persekolahan saya, hingga kini. SHAMS dianggap setara dengan sekolah-sekolah seperti SM Sains Sultan Mahmud dan SMA Tok Jiring. Pada pagi ini sekian lama saya tidak menjejak kaki di tanah SHAMS, akhirnya dengan jemputan kelab tersebut saya dan isteri saya, yang juga bekas pelajar SHAMS, meluangkan masa bersama-sama lebih 200 peserta dari segenap umur.



Seminar yang lebih serius dan pengisian yang lebih teratur harus sentiasa diadakan dalam negeri ini. Saya yakin jurulatih aktif dan penggiat muda yang hadir seperti Rahman, Aizuddin dan Hanif akan lebih menyokong penganjuran seminar sebegini dengan lanjutan masa yang lebih panjang serta pengisian yang lebih serius seperti sains sukan dan pengadilan dalam pertandingan.



Semangat pelatih SHAMS yang tidak luntur saya puji, sokongan jurulatih muda yang hadir saya kagumi.



Pictures taken by Tok Kapor, the camerawoman



More pics in

SHAMS Training Seminar 2009




Read more...

Kejohanan PG Global - Seberang Perai

April 26, 2009


Just got back from Penang with my wife last night for one day tournament at Politeknik Seberang Perai. My team sent "nearly" 2 buses of students consisting Under 12, Under 17 and young adult colored belt participants. Four of my adult students from Kemaman Do-Jang were just new and even white belt holders - I salute them for their willingness to gain experience and to try fighting amid less techniques but their bravery and "semangat bertempur" is what I adore and the first thing first when you want to enter a competition. Apart from this they need to be well prepared in person for endurance and tactics - ingredients of a champion. These guys are still new in martial arts but I'm happy to hear all of them saying "I want to train more and I want to get ready for next tournament.".



I'd like to express my gratitude to the host-instructors from PG Global Taekwon-Do Academy:- Ustaz Mansor (5th Dan), Mr. Nanda (6th Dan) and Mr. Bala (6th Dan) for their warm welcoming and hospitality to my team and myself. I appreciate Master Siva (7th Dan) for spending some time with me on the stage. Thank to my wife for supporting me, I know she's tired but she seems strong and calm. Also to my young Kuro-Obi Yaser (1st Dan) for becoming my driver.



I congratulate my fellow Kuro-Obi instructors - Mr.Rahman (2nd Dan) and Aizuddin (1st Dan) for their commitment in training towards preparing this team. I believe Rahman will write more on this in his blog. For every event there will be pleasant and unpleasant scenes, maybe Rahman would share this with us. The moment I'm writing this, he is still in the bus full of warriors heading back to Terengganu.


Terengganu bagged: 6 Golds - 6 Silvers - 14 Bronzes.



Read more...

Careful When You Do Martial Arts...

April 21, 2009

Just For Viewing Pleasure....

Read more...

Azri: Jack Of All Trade Master Of None?

April 10, 2009

From Azri's website tetiba...aku belum "Master" lagi la...Macam-macam si Azri, the oldest among my adult students at the moment. He's a yellow belt but pursuing for the next level soon after mastering compulsory 8th kup techniques. I trust he's doing hard in training.

Bertempat di Pusat Latihan Taekwon do Cawangan kemaman, majlis solat hajat dan bacaan yassin diadakan. majlis dimulakan dengan sembahyang Isyak berjemaah diimamkan oleh Yang berbahagia Tuan Haji Saiful ‘Master’.

Selesai solat Isyak adalah solat hajat diikuti dengan bacaan yassin yang diketuai oleh Master.

supper
Selesai bacaan yassin dan doa adalah jamuan ringan, dimana hidangan istimewa ’satar’ dan ‘otak-otak’. Memang puas namun tidak lengkap seperti yang disuarakan kepada Master. Air teh tak ada ke? Sila kunjungi Kemaman Dojang

Read more...

Cekur-Cekur Ah...Cekak-Cekak Ih...

March 24, 2009

Panjangan dari blogger Sharifuddin, Adam & Eizam dan komen-komen berkaitan...

Semasa di Kusza - saya berjaya meyakinkan pihak atasan kolej untuk membenarkan penubuhan persatuan berbentuk seni bela diri. Polisi mereka menghalang kegiatan seni bela diri di dalam kolej mungkin ada sebabnya - yang pasti pengamal seni pada masa itu mungkin terlibat dengan pergaduhan. Kelulusan persatuan taekwon-do dikurniakan bersama-sama dengan persatuan silat - sudah tentu tidak adil jika mereka hanya luluskan taekwon-do sahaja, sedangkan penggemar silat sudah lama memohon aktiviti mereka diterima sah sebagai sebuah kelab. Bukan senang nak bertapak. Hubungan saya dengan sesetengah pelopor silat di situ agak baik dan pernah kami berlatih free-sparring bersama.

Satu malam pulang dari kuliah, saya lalu hadapan foyer Dewan Besar Kusza, di situ rakan-rakan silat sedang giat berlatih tempur. Salah seorang ajak saya sparring - saja cuba-cuba katanya. Saya cakap nanti saya naik tukar seluar martial arts sekejap - bimbang koyak. Eh tak payah katanya, lambat, pakai slack tu je. Saya pakai baju melayu putih dan seluar kerja warna hitam. Sayang baju melayu putih, saya tanggal baju sambil tunjuk body gedeber. Pakai body protector silat (berat). Ingat lawan yang mencabar pakai body protector, tapi tak pakai - dia tak nak sparring. Lawan dengan rakan silat yg sekarang dah jadi ustaz Azizi (tahap silat dia org gelar papan sekeping). Dia ni ok dan tak sombong - boleh buat kawan. Perlawanan tak ada kalah tak ada yang menang tapi terpaksa dihentikan sebab rakan saya tu mata dia dah pedih kena ibu jari kaki saya - sorry la ustaz. Kemudian dengan Fadhil (gurulatih - wakil untuk SUKMA Trg), pun terpaksa stop - silap saya reverse kuat sangat kena buah pinggang - masa tu dia nak ajar saya teknik baru - sori la ustaz Fadhil. Dua-dua okey dengan saya. Kami berbincang untuk anjur demo silat sempena ISTAC 1996 di KUSZA - lebih kurang 1,500 peserta. Tapi still yang mencabar tak nak sparring - katanya anak-anak buah cukuplah. Tapi yang si Fadhil tu anak buah jugak ke???

Transfer ke UIA Gombak - saya join Karate Shotokan dan WTF. Lecturer masa tu Dr.Zaid - org tua yg suka naik gunung dan pemegang 2nd Dan Shotokan. Semasa dia berjawatan dekan HEP, aktiviti lasak dan martial arts - tanpa mengira jenis - semua dpt sponsor baik punya. Satu ketika saya berbual dengan Dr.Zaid, dia menceritakan pengamal silat Cekak di UIA suka merendah-rendahkan seni lain dan pernah satu ketika mereka mengatakan silatnya tidak mungkin dapat ditewas lawan. Maka terjadilah satu insiden bila sekumpulan pelajar Russia tidak berpuas hati dengan seorang pengamal silat ini dan pesilat malang ini dipukul teruk dalam lif. Mana perginya buah silat yang terhebat yang diagung-agungkan sangat. Sejak insiden itu mulut mereka agak terkawal, hati mereka barangkali mungkin tekad yang silat mereka itu tetap yang terhebat - seni lain cap ayam - mungkin.

Bukan semua pengamal silat begitu. Kebanyakannya adalah waras, baik dan memahami kepelbagaian seni. Kita juga tidak boleh mengatakan taekwon-do kita adalah terbaik kerana penumpuan terhadap teknik seni bela diri / self-defense. Taekwon-Do atau Taekwondo atau Tae Kwon Do semua pronunciation yang sama. Saya yakin rakan-rakan bersetuju yang menjadi kita lebih baik adalah pembawaan, matlamat dan nilai-nilai murni serta elemen tradisional.

Cerita orang silat cakap besar belakang ni tak habis. Selepas tamat pengajian dari kolej, masih ada yang kenal dan tahu yang saya daripada Kusza - dan masih ada cerita pelik yang suka sebut nama saya contohnya "Setakat turning kick Hj.Saiful tu saya kuis dengan jari je." - salah seorang peserta grading yang cakap beritahu ada tok guru silat cakap macam tu - masa tu Master Najmi pun ada - dia gelak je - saya pulak yang bengang - tapi fikir-fikir biar la anggap seronok kita dengar.

Cabaran seterusnya adalah di Do-Jang saya terbaru. I rest my finger first, lets throw the Jew down the well....

"Buat Pada Nak Kondengnya Taekwon-Do Kita.........."
(Gaya percakapan frasa di atas hendaklah dirujuk kepada En.Sharifuddin kita atau Mang Dungun....sila rujuk maknanya sekali)


Relevant links:
1) http://dinstkd.blogspot.com/2005/08/silat-cekak.html
2) http://eizam1974.blogspot.com/2009/03/tkd-dan-agama-satu-cabaran.html
3) http://admtkd.blogspot.com/2009/03/tkd-ada-unsur2-keugamaan.html

Read more...

Kanak-kanak Dojang

March 16, 2009

"Menjadi kesilapan apabila ibubapa menghantar anak-anak mengikuti kelas taekwon-do dengan hasrat menyerah beban mendisiplinkan anak-anak dan dengan hasrat melihat anak-anak maju (kenaikan talipinggang) dengan kadar yang cepat semata-mata kerana melihat mereka seronok...."


Artikel ini saya peroleh dengan kebenaran penulis bebas yang juga pengamal taekwondo di Milwaukee.

Tajuk: CHILDREN IN THE DOJANG by Rachel David

I have been inspired to write up a set of guidelines as to how a child relates to members of a martial arts community. It’s a general thing I wish that all parents would be able to see before sending their children off to train. I’ve seen a lot of good kids enter our community, but after some bad kids (and parents) started entering the scene, some groups became skeptical of allowing children to train. I don’t think that the situation is nearly as bad as some believe, but I think that we do need to talk to children and their parents before they begin training.


Martial Arts for Children


As a high belt in a Martial Arts school, I’ve seen people come and go and while each person is individual, a fact remains: attitudes stay the same. Children and their parents approach the Martial Arts with certain attitudes – for better or for worse – and I think it helps to have a little idea of what roles children should play in the dojang.


How early can a child start?


It’s a tough question that requires parents to take an objective look at their children. While they may be ahead of their age, are they prepared to shoulder the responsibility of being a member? I generally say that school-aged children are about as young as a child should be, but if your child shows great maturity and understanding, then use your best discretion. The most important thing is to make sure that your child understands the work that’s involved in training. Historical facts, simple Korean words, patterns, the list goes on – if s/he won’t be discouraged by all that, it might be time to enroll!


Attitude


Attitude is the biggest downfall in dojangs today. Parents become angry about testing procedures and children take their new-found talents to the playground. I’m going to have to be a bit stern about this, but that’s only because a few bad apples have gone and ruined the bunch. Here are a few things to remember:


1. We are not a behavior counseling center – our schools do instill a sense of discipline, but it only works if the student is willing to cooperate. It’s the parents’ responsibility to deal with a sassy mouth at home and an unruly child is bad for both our community and the obedient children.


2. The Martial Arts are for defense – we are given an unfair advantage in any fight and we find it irresponsible to run around boasting. I’ve met “black belts” outside my school who thought that they were better than everyone; they clearly missed the boat. Please talk to your children about time and place: the time for martial arts is during practice and the place is the dojang or practicing at home.


3. You are not the exception to the rule – instructors are very understanding of problems. We all have physical difficulties (my back prevents me from many things!). However, we can’t jeopardize the rest of our community. For example, a child acting in a fit of rage in our dojang is dangerous. Allowing a child to test for rank when he isn’t up to his best ability demeans the other students. We just want to keep things fair.


The Benefits


I’m sorry for all the previous negativity, but it was the nitty-gritty that we should cover first. Let’s switch to something a bit more positive: the benefits of training.


Allowing a young one to train reaps huge benefits, providing that the child is ready. They have a sense of community early on and I find that they end up gaining maturity. In fact, I met a 13 year old black belt (I was 19 and a red belt) who was a kind and understanding teacher. He took his leadership responsibilities seriously and helped me accomplish a number of things.


I’ve also found that the children are the most welcoming members. They will greet new members with a smile and a helping hand. They respect everyone – a quality which lacks in all people (not just children) these days. Children are not limited by their ages in the dojang: they’re just as expert as the rest of us.


The Bottom Line


The bottom line is that no one knows a child better than the parent. When you think the child is ready, start investigating schools. It’s tough going at first, but after plugging away, a child could develop a love for this life-long sport.




Read more...

Bapa Cakna TKD

February 19, 2009


Ini kandungan surat yang saya peroleh salinannya daripada seorang bapa yang kini menghantar anaknya ke pusat latihan di bawah PTNT setelah tidak berpuas hati dengan kegiatan sebuah badan taekwondo jurusan WTF yang tersohor di negeri Terengganu.....sangat-sangat tersohor konon-konon dia je yang bagus. Yang tahu tu...tahu lah...yang tak dapat nak agak tu nasib la yer...

Walaupun pihak persatuan saya diminta untuk Masuk Kacau Tukar kelas di situ, pihak PTNT tidak akan sekali-kali berbuat demikian sebab itu tindakan yang tidak beretika. Biar pihak sekolah yang membuat keputusan, jika kelas mereka dah tutup, barulah pihak PTNT akan cuba wujudkan kelas. Ribut-ribut mengacau kelas orang, nah bacalah surat keluhan ini, macam surat layang tetapi jelas menunjukkan orientasi badan taekwondo terbabit. Sebab utama bapa ini enggan mendedahkan nama sebenar ialah keselamatan diri.






Apa sebenarnya kelab ni ajar yer? Setakat yang saya kelih-kelih awak tu duk tiup wisel je poo--paa--poo--paa suruh budak-budak lari. Berlatih lumba lari ke ? Ooooo nak tambah stamina kena lari yer? Patut la cepat dapat "blackbelt". Lepas tu dapat title "Master" foohhh hebat tu .... boleh jadi He-Man Master Of The Universe ....


.... satu sahaja cabaran sepanjang masa saya : "KALAU BAGUS SANGAT MARI SINI BERDEBAT SECARA FIZIKAL. SEND YOUR SO CALLED KURO-OBI FIGHTER."
..................



Read more...

Jom Training

January 29, 2009

SALAM......

Memperkenalkan
Kemaman Do-Jang iaitu platform terbaru untuk ahli taekwon-do di Kemaman dan sekitar aktiviti Pusat Latihan ini. So untuk dedikasi mereka, wife aku memerintah supaya satu laman simple dibuat sebagai penghargaan yang hadir berlatih dan yang membantu menceriakan Do-Jang. Usaha mewujudkan Do-Jang ini sebenarnya dicetus oleh wife aku sebab terletak di atas pejabat kami. So senang nak monitor dan boleh dijadikan tempat menumpang berteduh yang selesa untuk staff kami, yang tak dapat balik kalau hujan lebat atau banjir...nah lepak lah disitu...

Perkataan "Do-Jang" tidak dipaparkan pada papan tanda untuk mengelak kekeliruan orang ramai. Jadi pada kain rentang ditulis "Pusat Latihan Taekwon-Do" dan pada papan tanda kecil "Taekwon-Do & Kickboxing Studio" .

Bentuk latihan kickboxing ala barat hanya diajar kepada golongan remaja dan dewasa serta teknik-teknik kekunci pertahanan diri menjadi tumpuan golongan bekerja. Setakat ini kesemua murid yang menyertai center ini mendapat maklumat kewujudan tempat ini melalui website tanpa apa-apa iklan media cetak.

Matlamat kami adalah penyediaan latihan yang berterusan terutama kepada jurulatih-jurulatih muda khususnya yang berada dalam daerah Kemaman dan Dungun. Do-Jang ini juga menjadi pejabat urusan Persatuan Taekwon-Do Daerah Kemaman (GTF)...

Kunjungi dan link-kan center kami:-

kemamando-jang.blogspot.com


Jangan bertukar dengan komando...



Read more...

Testing my camera

January 12, 2009


From left: SN, Takhairi, Amir & Zudin

Still Not The Best. Need to learn more on this cam. Anyway, we had good training night. These are some of my blackbelt students who attended training last night. After class when other colored belt adult students dispersed, we gave test to our new compact camera.






Amir's downward kick


Read more...

EVER READY - A KURO-OBI ATTITUDE

December 04, 2008

KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KEBANGSAAN 2008
Di Pulau Pinang Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan
- Acara Taekwon-Do MGTF

From Karnival 2008 (Penang)

TAHNIAH kepada adik-adik yang berjaya membawa pulang pingat dan yang kandas juga saya ucapkan terima kasih kerana setidak-tidaknya anda berusaha dan tunjuk kesungguhan.

Kami memahami persediaan mewujudkan pasukan yang mantap sebagaimana sebelum ini tidak tercapai sepenuhnya kerana kesuntukan masa latihan dan panggilan/pengesahan jemputan dari penganjur yang agak lewat daripada biasa. Tambahan pula ramai fighters sedang menumpukan pada peperiksaan baik dari ahli yang bersekolah menengah (SPM & STPM) mahu pun dari IPT seperti PSMZA terutamanya.

Bagaimana pun keadaan ini harus menjadi iktibar dan pengajaran kepada peserta yang mengikuti sesi pemilihan di Pusat Latihan Kuala Terengganu. Mesej yang ingin saya sampaikan kepada ahli taekwon-do negeri ini terutama yang sudah bertalipinggang hitam ialah
anda seharusnya sentiasa bersedia dari segi fizikal, keupayaan teknikal dan mental.

Saya lihat pencapaian emas Mohamad Abu Dzar adalah wajar kerana dia bersedia. Wajahnya tampak keyakinan. Mungkin hasil dari pengalaman mengikuti kejohanan-kejohanan dalam negeri dan juga Sukma Karate. Dia juga pernah dinobatkan Peserta Terbaik ISTAC (Inter-Schools Taekwon-Do Annual Championship) sebelum ini.

Dari segi teknikal sudah tentu semua yang mewakili kontinjen ini masih belum dapat menandingi pasukan senior Terengganu. Semasa sesi pemilihan akhir di Kuala Terengganu saya dapati persembahan Abu Dzar memberangsangkan dan mampu diketengahkan. Justeru tidak hairanlah Abu Dzar membawa pulang kilauan emas untuk dirinya dan kontinjen ini. Dia bersedia dari segi fizikal. walaupun lawannya hebat dari segi teknikal. Semangat untuk berjuang memang wujud dalam dirinya. SYABAS!

Kebanyakan fighters Terengganu menyambung pelajaran di IPT di negeri-negeri lain. Yang ada dalam negeri sendiri buat masa ini masih tidak dapat menyaingi jaguh-jaguh Terengganu yang merantau. Untuk kejohanan sebegini, Persatuan menyenarai pendek nama-nama pemenang dan yang berpotensi dari ISTAC. Malangnya kebanyakan daripada mereka sedang menduduki peperiksaan dan ada juga yang gagal menghadirkan diri semasa sesi pemilihan diadakan.

Bezanya ialah pada sikap. Atas sebab yang sama Persatuan menuntut mereka pulang sekejap dan "mengabdikan" diri untuk pasukan Terengganu - bagi mereka yang mengenang budi maka mudahlah Persatuan membentuk pasukan - bagi yang sebaliknya mungkin mereka kurang faham dengan keadaan negeri sendiri atau ingin mencari pengalaman baru atau ada faktor lain yang membuatkan mereka enggan berkorban. Kadang-kadang apa yang Tok Guru hanya harapkan adalah berhubung dengannya, sekurang-kurang dimaklumkan sebab-sebab tidak dapat mewakili negeri sendiri. Hal ini akan sentiasa berterusan jika tidak ada yang memberi kefahaman dan kesedaran.

Pujian harus diberikan kepada saudara Nasirewan yang mengurus kebajikan peserta sepanjang kejohanan tersebut dan saudara Aizuddin sebagai pembantu beliau. Tidak ketinggalan juga kepada En.Rahman dari PSMZA yang berusaha dengan kudrat 4-wheel drivenya membawa ahli dari PSMZA untuk diuji. Hasilnya seorang daripada mereka layak mendapat tempat dan berjaya ke peringkat akhir dengan pingat perak.

Sikap "tunggu jurulatih panggil training" tidak boleh diamalkan. Sudah terbukti semasa sesi pemilihan, yang kurang rajin berlatih akan diketepikan berbanding mereka yang sanggup mencuri masa dan berlatih sendiri.

Apa pun atmosfera dan disiplin ahli kontinjen adalah baik dan kelihatan gembira. - Syabas! Anda masih mampu mencapai yang terbaik jika anda lebih bersedia. Masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Rajinlah berfikir dan berusaha. Wujudkan latihan wajib untuk diri anda.

-Kuro-Obi-

Read more...

ISLAM & YOGA & TAEKWON-DO

November 23, 2008

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan Yoga kerana mempunyai elemen yang bertentangan dengan Islam dan Tawhid. Matlamat mengamalkan Yoga pada asasnya adalah untuk menjaga kesihatan, kecantikan badan dan mengurangkan tekanan. Semuanya bermula dengan latihan fizikal dan apabila tiba peringkat seterusnya barulah elemen-elemen spiritual diserap masuk. Trend amalan Yoga merebak dengan cepatnya dan begitu banyak pusat latihan Yoga diwujudkan di bandar-bandar utama dalam negara.


YOGA DALAM TAEKWON-DO?
Di dalam sesi Taekwon-Do ada sesi Meditasi seumpama Yoga biasanya dilakukan selepas latihan. Apabila kita menjana latihan berat dan banyak berpeluh, Meditasi banyak membantu menjana semula tenaga dan semangat secara dalaman. Saya diajar oleh Master Najmi amalan ini dibuat dengan cara mengingati perkara-perkara indah dan sebaiknya mengingati apa yang Allah kurniakan segala nikmat dan kemudahan kepada kita, sambil menjaga pernafasan. Ianya berkesan dan selepas latihan kita berasa kurang letih dan lebih fokus.


Justeru ianya bukanlah Yoga dan tidak pernah mengadaptasi Yoga. Sit, Breath and Relax. Konsep meditasi berakar umbi bukan sahaja dari amalan Oriental tetapi dalam setiap peradaban dan agama yang bertujuan memberi ketenangan jiwa.

Pada awalnya saya anggap meditasi is nonsense, mengarut, dan dibuat saja-saja - semasa saya bersekolah dahulu di awal pembelajaran seni Taekwon-Do. Tetapi dalam suatu masa guru saya menasihat anaknya (salah seorang ahli seni Taekwon-Do terbaik dalam negara ini yang berjaya mewakili negara dalam cabang GTF, WTF dan juga Karate-Do) - mengamalkan Meditasi ringkas sebelum latihan, selepas latihan dan sebelum perlawanan!. Mana mungkin seorang bapa memberi tip yang semberono kepada anaknya di saat-saat penting seperti pertandingan.

Itulah uniknya Taekwon-Do Tradisional yang saya perjuangkan kini.

SOLAT
Begitu pun dalam Islam sendiri wujud amalan gerakan tubuh badan seharian yang mampu menandingi Yoga dan sebagaimana Yoga, ianya spiritual. Amalan SEMBAHYANG atau SOLAT sebenarnya adalah satu amalan harian yang sihat dan begitu penting sehingga Allah S.W.T meletakkannya sebagai perkara WAJIB dilaksanakan oleh hambaNya.

Amalan SOLAT adalah untuk merealisasikan matlamatnya iaitu bagi mendekatkan diri dengan Allah sebagai hambaNya dan untuk keperluan fizikal, ianya hendaklah dilakukan dengan tertib dan penuh kesabaran lengkap dengan apa yang dikatakan 'toma'-ninah'.

Solat "sukar" dilakukan jika diri tidak membiasakannya. Sama seperti amalan lain. Jika sudah biasa dengan Solat Ekspres (sembahyang laju), maka berterusannya Solat dengan tertib perlahan akan dianggap susah.

Elemen Yoga seperti Meditation / Bertafakur juga digalakkan dalam Islam. Apabila kita berada di dalam Masjid dan duduk dengan keadaan diam sambil mengingati Allah di dalam hati, itu dipanggi Iktikaf.

Apa pun Solat dari segenap individu Muslim hendaklah dijaga sebagai "Tiang Agama" - tiang individu itu sendiri. Berikut adalah satu artikel yang ditulis pada tahun 2001 dan nasib baik masih ada dalam online, saya sebenarnya sudah mengikuti artikel ini beberapa tahun sebelum ini. Apa yang baik kita ambil iktibar dan yang mungkin kurang tepat kita ketepikan:-




The “Yoga” of Islamic Prayer
By Karima Burns, MH, ND
11/01/2001
Called “one of the oldest systems of personal development encompassing body, mind and spirit” by the Journal of the Royal Society of Medicine, yoga has become one of the fastest growing health trends today. It has been renowned for centuries for its curative powers of movement.

Yoga consists of a number of “asnas,” or body positions, which one retains for a desired length of time while either reciting “mantras” or breathing in a rhythmic manner. Its benefits have been researched by many doctors who now recommend it to their patients, by many medical schools such as Harvard, and by many foundations such as the Menninger Foundation.

In fact, yoga has become so popular that secretaries have developed a simplified sitting version that they can do at their desks. The elderly, pregnant women and athletes also have their own versions.

Interestingly, for the millions of people enrolled in yoga classes, the Islamic form of prayer has provided Muslims for fourteen centuries with some of yoga’s same (and even superior) benefits. This simple form of “yoga” offers physical, mental, and spiritual benefits five times a day as Muslims assume certain positions while reciting Qur’an and athkar (remembrances).

Of course, not all the yoga positions are found in the Islamic prayer. However, hospital researchers have concluded that patients benefit from even a simplified version of yoga, and most hospital yoga programs, such as those at the Spaulding Rehabilitation Center in Massachusetts, consist of only five to seven positions.

The Muslim prayer has five positions, and they all (as well as the recitations we make while performing the prayer) have a corresponding relationship with our spiritual and mental well being, according to modern scientific research. The benefits of performing specific movements and recitations each day come from the correct rendition of the position or action itself, the length of time the position is held, and from careful and correct recitation techniques.
Each of the five prayer positions has a corresponding yoga position, and the positions together “activate” all seven “chakras” (energy fields) in the body. The idea of activating a chakra may sound linguistically strange, but it is easier to understand once one translates that word into more familiar language.
Eastern healers believe that each of the chakras correlate to major nerve ganglia that branch forth from the spinal column. Thus, the concept of activating these nerve centers is akin to getting a chiropractic adjustment or installing a medical stimulating device on the spine to correct corresponding bodily malfunctions.
In layman’s terms, the idea of chakras can be understood by thinking about how the sense of “feeling” functions. One notices, when touching any part of the body, that that part responds by being more “awake” and aware. Another part of the body that was not touched, but is along the same nerve pathway, may also respond.
When a person is sitting, for instance, they may not be thinking about their legs, which are momentarily at rest; however, if someone touches them, they will again be “aware” of them. Chakras work in much the same way.
Studies have found that varying areas of the body, when activated by touch, movement or thought, evoke specific emotional and physical responses in much the same way that a smile can evoke the feeling of happiness, and actually increase circulation – even if one was feeling sluggish and unhappy before smiling. This is one of the reasons that it is so important to perfectly perform all of the movements of the Islamic prayer, rather than haphazardly rushing through them.
The Takbir and Al Qiyyam together are very similar to the Mountain Pose in yoga, which has been found to improve posture, balance, and self-awareness. This position also normalizes blood pressure and breathing, thus providing many benefits to asthma and heart patients.
The placement of the hands on the chest during the Qiyyam position are said to activate the solar plexus “chakra,” or nerve pathway, which directs our awareness of self in the world and controls the health of the muscular system, skin, intestines, liver, pancreas, gallbladder and eyes. When the hands are held open for du’a, they activate the heart “chakra,” said to be the center of the feelings of love, harmony, and peace, and to control love and compassion. It also governs the health of the heart, lungs, thymus, immune system, and circulatory system.
Muslim researchers have shown that when Muslims recite the Qur’an, old thoughts, feelings, fears and guilt are released or healed, and blood pressure and stress levels are reduced. Virtually all of the sounds of the Arabic language are uttered while reciting Qur’an, creating a balance in all affected areas of the body.
Some specific sounds, in fact, correspond to major organs in the body. In his research and creation of eurhythmy, Rudolph Steiner (founder of the Waldorf Schools), , found that vibrations made when pronouncing the long vowels, 'A', 'E' and 'U,' stimulated the heart, lungs, and the thyroid, pineal, pituitary, and adrenal glands during laboratory tests.
The position of Ruku is very similar to the Forward Bend Position in yoga. Ruku stretches the muscles of the lower back, thighs, legs and calves, and allows blood to be pumped down into the upper torso. It tones the muscles of the stomach, abdomen, and kidneys. Forming a right angle allows the stomach muscles to develop, and prevents flabbiness in the mid-section.

This position also promotes a greater flow of blood into the upper regions of body – particularly to the head, eyes, ears, nose, brain, and lungs – allowing mental toxins to be released. Over time, this improves brain function and ones personality, and is an excellent stance to maintain the proper position of the fetus in pregnant women.
The Sujud is said to activate the “crown chakra,” which is related to a person’s spiritual connection with the universe around them and their enthusiasm for spiritual pursuits. This nerve pathway is also correlated to the health of the brain, nervous system, and pineal gland. Its healthy function balances ones interior and exterior energies.
In Sujud, we also bend; thus activating the “base chakra,” which controls basic human survival instincts and provides essential grounding. This helps to develop levelheaded and positive thinking along with a highly motivated view of life, and maintains the health of the lymph and skeletal systems, the prostate, bladder, and the adrenal glands. We also bend the “sacral chakra” during Sujud, thus benefiting and toning the reproductive organs.
The position of Al Qaadah, (or Julus) is similar to the Thunderbolt Pose in yoga, which firms the toes, knees, thighs, and legs. It is said to be good for those prone to excessive sleep, and those who like to keep long hours. Furthermore, this position assists in speedy digestion, aids the detoxification of the liver, and stimulates peristaltic action in the large intestine.
Last, but not least, the “throat chakra” is activated by turning the head towards first the right and then the left shoulder in the closing of the prayer. This nerve path is linked to the throat, neck, arms, hands, bronchials, and hearing – effecting individual creativity and communication.

It is believed that a person who activates all seven nerve pathways at least once a day can remain well balanced emotionally, physically and spiritually. Since this is the goal of all sincere Muslims, we all should strive to attain the perfection of stance, recitation, and breathing recommended in the Hadith while performing our prayers – the very same techniques of perfection taught in popular yoga, Tai Chi, and many other exercise classes.

http://www.antomlife.net/English/Science/2001/01/article6.shtml



Berikut adalah pandangan DR.MOHD ASRI bekas Mufti Perlis:-

“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.
Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.
Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa ‘yoga’.
“Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.
“Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri.
Kata Dr Asri lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya tidak terlalu kaku.
“Fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan.
“Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,” jelas Dr Asri.
Beliau juga berharap Majlis Fatwa memberi ruang untuk umat Islam melihat alternatif.





Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP