Mafia Tkd Yearbook ...

August 06, 2009


THE SOPRANOSJangan marah aaaa....



Read more...

ISTAC 2009

August 03, 2009

ISTAC: 27th Terengganu Inter-Schools Taekwon-Do Annual Championship 2009

Kejohanan ini diadakan setiap tahun oleh Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu sejak penubuhan dan sejarah penganjurannya bermula dari era gabungan ITF. Singkatan ISTAC mula diperkenal pada tahun 1995 oleh En.Mohd Agus Othman (Setiausaha Agung PTNT pada masa itu) dan saya sendiri bersama-sama En.Jani sebagai pereka grafik. ISTAC 1995 ketika itu memperkenalkan Piala Presiden Dato' Abd Rashid bin Ngah yang kini menjadi simpanan tetap SMK Tg Mizan Zainal Abidin (STEMZA). Sehingga kini singkatan ISTAC ini melekat.


Tahun 1997 di KUSZA adalah titik mula penglibatan saya sebagai pengarah penuh untuk ISTAC. Jawatankuasa ketika itu terdiri daripada ahli-ahli PTNT dan penuntut IPT IIUM-KUSZA. Penyertaan mencecah 1,500 peserta, suatu yang di luar jangkaan. Ketika itu saya masih menuntut di KUSZA dan pada tahun yang sama menubuhkan KUSZA International Taekwon-Do Association (KITA). Tanpa kawan-kawan saya baik yang menuntut di bawah payung KUSZA mahupun di bawah payung UIA, kejohanan itu mungkin amat-amat sukar dijayakan. Banyak cerita berkenaan ISTAC 1997 ini, tapi tak mahu dipanjangkan di sini. It is a great success for our taekwondo and for my colleagues from IIUM-KUSZA. Thank you for my two close assistants at that time
Ahmad Faiz Syahrir & Ahmad Rusydan. Thank you Prep & Tech Team - pembuat banner secara tradisional - dulu mana ada printer banner mcm sekarang.

ISTAC sudah menjadi tradisi hingga Master Najmi tidak sanggup menerima kalau-kalau program ini dibatalkan. Kejohanan tahunan ini adalah untuk anak-anak murid taekwondo yang berpayung di bawah PTNT. Mesti dilaksanakan walaupun rugi dari segi kewangan, kerana belanjanya bukan sedikit dan PTNT mengambil kira susah payah anak-anak murid dalam negeri ini yang majoritinya bukan orang senang. Walau sekecil mana pun bentuk penganjuran, ISTAC tetap akan cuba dilaksanakan.


Tahun ini menjadi tahun pertama Cik Nasriah menjadi pengarah. Sudah tentu ada perkara yang menjadi pengajaran untuk dia perbaiki. Alhamdulillah, banyak perkara berjaya dia atasi. Saya hanya membantu amat sedikit (kerana kekangan masa dan kerja). Dia berjaya menggesa dalam pelbagai hal termasuk kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Negeri. Tempat kejohanan di MSNT tahun ini kita dapat guna matras terbaru. Disebabkan bilangan kakitangan terhad, hanya tiga (3) gelanggang dibuka. Dan ini kali pertama juga kami berusaha menghabiskan kejohanan dalam tempoh 12 jam lebih, tidak dilanjutkan ke hari kedua. Kekurangan yang dihadapi sudah dijangka kerana Nasriah hanya diberi masa 2 bulan untuk semua persiapan. Pujian harus diberi kepada Nasriah dan adik-adiknya serta pelatih dari Center KT.

Penyertaan juga, kalau dilihat hampir mencecah 400 peserta. Rata-ratanya hadir mendaftarkan diri pada hari kejohanan, mengakibatkan urusetia terpaksa bertungkus-lumus untuk menyegerakan data. Pn.Normaizaiah a.k.a my bini pun nampak sangat sibuk di meja urusetia, suatu yang tidak boleh dia ignore di setiap ISTAC. Seperti biasa dalam hal teknikal ad-hoc diberi kepada saya jika senior-senior seperti Abe Din DTA atau Abe Napi dok mari.... (sori tak jemput sebab kami tahu anda ada seminar grandmaster).


Khas juga saya ucap terima kasih kepada jurulatih senior yang bernaung di bawah pusat latihan KEMTA yakni Rahman (malangnya team beliau dari Politeknik tak dapat disediakan kerana isu H1N1), jurulatih-jurulatih junior Aizuddin, Yasir, Takhairi, Amir Harunsyam dan Amal Hakimah.


Tahun ini SKKB Kerteh tanpa teraju Kak Pah Cikgu Lama, juara pasukan terbaik Bawah 12 tahun 2007 dan 2008 hanya bawa pulang 3 emas 2 perak dan 1 gangsa dengan hanya penyertaan seramai 6 orang sahaja. Tahniah kepada IPD Marang juara Bawah 12 terbaru. Begitu pun IMTIAZ Dungun di bawah Aizuddin masih kekal Juara Bawah 17. Syabas.

Pasukan Dewasa Center Kemaman ? Ada 5 orang peserta. hanya tiga daripada mereka membawa pulang pingat. Pencapaian terbaik menerusi Hafiz dengan pingat perak. Saya tahu mereka bukan kejar pingat. Mereka puas bila ada peluang penyertaan. Paling bagus apabila Master Najmi sendiri spotted them as good prospect. Paling suka bila saya dengar, "Sir, saya rasa kena berenti rokok la, cepat semput...." That will be a good start! - "Bakpe mu dok gi ambik hadiah pingat? Mu lari mana?" - "Saya gi mutoh belakang, abih gas" - "Padan muke mung, kuat sangat isap rokok..."




Dua hari sebelum tarikh ISTAC, Kak Pah Cikgu Lama contact Puan Tok Kapor minta buat surprise buat Kak Cik (Amal Hakimah) sempena birthdaynya. Sebelum Kak Cik tiba di dewan Tok Kapor memberi arahan kepada mereka yang rapat dan tahu birthday Kak Cik, buat donno je, tak payah ucap selamat lagi, tunggu penghujung malam ISTAC...so abis je majlis penutup ISTAC - kumpulan Tok Kapor pun memproducekan kek secret recipe untuk birthday girl dari Kemamang. Boleh laaaa..... Sori aaa Kak Pah, simple je.... Takde topi and belon...




ISTAC 2009 yang simple dan berjaya. Many things to learn, many things have to be done. Semoga pada ISTAC seterusnya blackbelt PTNT yang tidak sempat hadir akan diluangkan masa dan diberi kesenangan supaya boleh juga menabur bakti....Insya-Allah....


- Senarai Pemenang Piala (klik)




Sisipan Majlis Harijadi di penghujung kejohanan
-Facebook: http://www.facebook.com/album.php?aid=32466&id=1310608169&ref=nf












Read more...

Menuju Hira'

July 07, 2009



Mei 20, 2009 : Tentatif malam bagi mereka yang berkemampuan dari segi fizikal, jam 10:00pm naik bas menuju ke Jabal Nur. Sebenarnya group kami sudah terlepas event ini sebabnya ahli jemaah keluarga ada agenda lain. Jadi kami mencelah bertanyakan ustaz muttawwif bila lagi nak panjat bukit? Katanya dia akan cuba iklankan, kalau sambutan bagus dia akan bawak. Dengan yuran tambahan untuk sewa bas sebanyak S.Riyal 30 seorang kalau tak silap, kami pun join jemaah ini. Hanya saya, isteri saya dan anak saudara yang bersungguh-sungguh nak pergi. Bapa mertua, ibu, nenek, adik ipar, biras dan dua lagi ahli keluarga tak berapa minat panjat-memanjat. Menurut bapa, dia sudah pergi sebelum ini, cuma tak sampai ke atas.

Alang-alang pergi pada musim bukan haji ni, dan selagi kudrat ada, baik jangan lepaskan peluang. Sementara kerajaan Saudi masih membenarkan orang melawat tempat ini, dengar ceritanya lambat laun mereka akan melarang jemaah mendaki bukit ini kerana bimbangkan amalan khurafat berlaku. Ini kerana ia tidak menjadi sunnah bagi umat Islam pergi mendaki. Jabal Nur dan Gua Hira kekal sebagai tinggalan sejarah penting dalam Islam. Tidak ada saranan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk pergi ke sini. Jadinya, tujuan kita hanyalah untuk mengenal tempat yang mana Rasul kita menerima wahyu yang pertama dari Allah S.W.T. iaitu pada malam 17 Ramadhan :-

http://www.apbif.org/Images/Qouran/Jouz_Amma/Sourat19.gif

Nak cerita tentang keadaan bukit ini, saya ingin memetik penulisan blogger En.Manzlie di http://manzlie-makkah.blogspot.com

.. alhamdulilllah...sampai sahaja kami di kaki bukit Jabar Nur 6.00pagi..alangkah terperanjat nye aku bila melihat sendiri dengan mata kepala ku yakni..aduhh curam dan tinggi gunung ni...aku macam rasa tak sanggup nak naik bukit ni tetapi si Samad memberikan kata kata perangsang bagi ku...bukannye apa sebab aku ingat ada tangga atau railing ker yang boleh aku pegang kalau nak naik tetapi lain lak di sebaliknye..cuma yang ada curam curam dan batu bata dari gunung.dah lah aku ni fobia di tempat tempat yang tinggi heheheheh..

En.Manzlie bekerja di
HOTEL AL SAFWAH ROYALE ORCHID, Makkah (betul2 hadapan Masjidil Haram). Blognya berkenaan pengalaman beliau di sana. Gambar-gambarnya lebih jelas. Ada 11 bahagian yang beliau tulis berkenaan pengalamannya mendaki Jabal Nur.

Kami mula mendaki dari lembah Jabal Nur kira-kira jam 10:30 malam dan tiba di puncak jam 12:00 tengah malam. Keadaan bukit ini gersang, berbatu dan berpasir. Dalam perjalanan mendaki kami berhenti kerap juga, sebab tak fit dan dahaga. Patut la mereka ajak mendaki malam sebab pada sebelah siang sangat panas. Tak berapa gelap kerana pancaran cahaya lampu jalan dan bandar membantu dan nama bukit ini sendiri "Nur" bermaksud cahaya - bukit yang bercahaya. Tak payah takut, mesti nampak jalan.

Pengalaman merasai pendakian Jabal Nur betul-betul menyedarkan kita betapa kuatnya Rasul kita pada zamannya mendaki bukit ini pada masa itu berumur 55 tahun. Dan betapa kuatnya isteri Rasul, Saidatuna Khadijah yang hari-hari mengunjungi Rasul di Gua Hira' untuk menghantar bekalan. Ini kita baru je satu malam panjat, kalau nak panjat esoknya lagi rasanya dah tak larat.

Kami bertiga antara yang paling awal tiba di puncak Jabal Nur, ingatkan dah sampai terus Gua Hira', kena tunggu muttawwif jugak nampaknya sebab tak tahu mana arah Gua Hira'. Untuk ke gua, kita perlu menuruni lagi Jabal Nur di sebelah yang satu lagi dan keadaannya amat curam. Di tepian tidak ada sebarang penahan, alamatnya jika tergelincir jatuh......piunggggg tang ke tepi....bedebok....(bacalah dengan ritma loghat Teganu)

Menuruni cerun yang curam sebelum tiba Gua Hira'



Semasa pendakian, kami jumpa sekumpulan kambing gurun dan kucing. Di Gua Hira', setelah kesemua ahli jemaah tiba dan berkumpul, ustaz muttawwif pun melaksanakan tugasnya bercerita tentang bukit dan gua ini. Katanya, dalam perjalanan tadi ada jumpa binatang-binatang, jangan diganggu, mungkin itu bukannya binatang tetapi jin dan berilah salam. Semasa Rasul mendaki, makhluk-makhluk Allah iaitu batu-batu bukit ini sentiasa berselawat dan khabarnya Rasul mendengar suara-suara mengucap salam kepadanya. Menurut muttawwif lagi, Allah merahmatkan gua-gua yang Rasul kita singgah dan keadaan semua 4 gua tersebut didapati mengadap kiblat.

Marmar diletak oleh penduduk setempat. Kita dibolehkan sujud syukur di sini.



Cahaya terang benderang dari Masjidil Haram kelihatan dari puncak Jabal Nur
dan dari Gua Hira'


Semasa menuruni bukit, agak perlahan dari mendaki. Sebabnya, ada ahli kami yang gayat nak turun.

Buat LATEPACKERS-IIUM yang bercadang menziarahi Tanah Suci, sudah tentu kepingin nak mendaki bukit ini, jangan ketinggalan. Rugi tak panjat.


Gambar-gambar kami di Jabal Nur boleh ditatapi di sini :-
http://picasaweb.google.com/snaco77/Umrah0910JabalNurGuaHira#


Read more...

Rebut Peluang Ke Sana...

July 02, 2009

Student aku pulak yang pergi umrah kali ni...Md Yasir Nordin (1st Dan)... Bersungguh-sungguh dia bertanya keadaan di sana selepas kami pulang dari tanah suci... Rupa-rupanya dia dapat peluang - pergi berdua dengan bapanya melalui agensi yg sama... الحمد لله ...

Dia berjaya menguncup batu suci Hajarul-Aswad beberapa kali dengan "tidak melawan arus"... Bukan mudah nak menghampiri kawasan itu.


Gambar tok arab mana pulak dia ajak join... ikut pada gaya, arab ni pegawai masjid Al-Nabawi...

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah. Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu, beliau berkata:-

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Menciumnya tidak wajib. Kalau tak dapat cium kerana keadaan jemaah yang bersesak, cukup untuk melambainya dan menguncup tangan sendiri tanda hormat. Sebagaimana setiap kali mula dan cukup tawaf iaitu di penjuru dan garisannya (kini tiada lagi garisan dan ianya bergantung pada iktikad sendiri, dengan yakin yang tubuh kita sudah betul-betul tiba di penjuru Hajarul Aswad).

Ada dua penjuru disunatkan melambai dan mencium, satunya di Hajarul Aswad dan satu lagi di penjuru sebelum tiba Hajarul Aswad yakni Rukun Yamani. Terdapat juga batu bujur seumpama Hajarul Aswad pada Rukun Yamani tetapi bentuknya berbeza dan lebih kecil. Saya tidak pasti ada atau tidak sunnah Nabi kita mencium batu ini, namun ada yang berpusu-pusu ke situ dan menciumnya.

Bagaimana pun ada sumber hadis bahawa Nabi hanya mengusap (bukan mencium):-
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w mengusap benda yang ada di Kaabah melainkan rukun Yamani dan batu Hitam (Hajarulaswad)."



Waaa...sudah ditebas semuanya....

Sebagaimana yang terjadi kepada ramai jemaah, menjadi TetamuNya, akan ada dugaan ... Nasihat saya kepada orang muda seperti Yasir, sabarlah... kesukaran yang dia hadapi hanyalah kecil, ramai lagi yang diduga lebih hebat, ucaplah setelah pulang ...
" الحمد لله"


Seperti kebanyakan juga, dia berkata: "Seronok - Insaf - Rindu" . Rasa nak pergi lagi.

So, kita tanam niat untuk ke sana lagi untuk seboleh-bolehnya mengerjakan ibadat penuh Haji & Umrah tatkala nikmat kekuatan dan kesihatan masih lagi ada pada diri ini. Niatlah untuk mengerjakan ibadat dengan lebih baik dari sebelum ini. إن شاء الله‎


(Al-Baqarah) 2:196
"وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ




Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP