Ifthar Kemta & Firm

September 11, 2009


On the seat: Rahman, me, Tun, Zudin, Shahrul & John Doe
Standing Behind: Yasir, Takhairi & Abg Zul

Maghrib tadi kami berbuka bersama-sama keluarga staff pejabat dan sebilangan penganut Kemta Taekwon-Do, kesemuanya 50 orang di Bangkok Kitchen, Geliga, Kemaman.

Menu pakej x 3 meja:-
-Ikan Siakap Pet Sat |-Ikan Siakap 3 Rasa | -Ikan Siakap Padprik
-Ikan Siakap Stim Asam Boi | -Tauhu Sonkreng |-Tomyam Campur
-Daging Masak Merah |-Puyuh Goreng Kunyit |-Padprik Ayam
-Kailan Ikan Masin|-Sayur Campur |-Kerabu Seafood
-Kerabu Mangga |-Nasi Putih |-Buah-buahan |-Air Sirap Thai |-Telur Dadar
-Air Buah |-Air Teh
|-Kurma











Rahman, Tun, Me, Yasir & Zudin

Nasib baik Tun Marzuki tak tersilap pergi ke Bangkok Restoran Kerteh, 45 minit jugak tu kalau terlajak. Walau bukan semua jemputan ahli Kemta yang dapat hadir, majoriti dapat meluangkan masa berbuka bersama walau hungga dari Kota Bharu. Pelopor dari PSMZA juga hadir bersama Rahman. Si Takhairi pulak datang macam tok imam tapi datang lewat so tak boleh la dia mengetuai tahlil, pada masa yang sama dihalang dari membaca doa jemaah....

Harap-harap berpuas hati dan berselera hendaknya (mana tak selera kalau dah lapar kan). Yang ketinggalan insya-Allah kita anjur lain kali (kalau ada bajet).

Majlis ini ditaja oleh
The Firm... Alhamdulillah.



Read more...

Birthday Nadhirah

September 06, 2009

Happy Birthday Nur Nadhirah ... genap 2 tahun...
5 Sept.









Read more...

DARUL FALAH @ PERKASA

September 01, 2009



Baru-baru ni saya berbuka puasa di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Falah di Bukit Payung. Majlis juga menjemput YB Tn. Asha'ari Idris, ADUN Langkap yang juga exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat & Wanita. Di kesempatan ini juga YB menyampaikan duit raya kepada setiap anak yatim di sini. Menurut Yang Dipertua PERKASA (dikenali sebagai Cikgu Yusof) dalam ucapan beliau, anak-anak yatim pada bulan puasa lebih kerap berbuka puasa di hotel-hotel atas tajaan organisasi dan individu tertentu.

Rumah ni wujud sejak 1962 dan diurus oleh Persatuan Kebajikan Islam Terengganu (PERKASA) . Bagi menampung kos saraan dan kebajikan anak-anak yatim ini yang mencecah RM800,000 setahun, program penjanaan ekonomi oleh AJK Perkasa menjadi begitu penting antaranya melibatkan pembinaan bangunan untuk dijadikan sewa dan jualan rumah.

Blog Darul Falah masih under construction oleh Sdr. Muhammad Al-Hafiz.

Mana-mana individu dan organisasi yang ingin menghulur derma boleh hubungi pejabat Asrama Darul Falah di talian 09-619 2667 atau untuk maklumat akaun.








Read more...

Selamat Berpuasa...

August 24, 2009

JOM CUBA ..........
"Madu Terbaik Di Dunia"
http://madu-sidir.blogspot.com

عسل صدر من اليمن

Tetamu Allah di Mekah berpeluang membeli Madu Yaman Hadhramaut. Harganya bukannya murah, boleh mencecah S.Riyal 200 . Madu Yaman yang dikenali sebagai Madu Sidr Hadhrami sememangnya madu yang Terbaik Di Dunia menurut kajian oleh University of Ottawa. Madu yang setara dengannya ialah Madu Manuka dari New Zealand.

Saya suka cuba madu pelbagai jenis. Madu Tualang adalah madu tempatan yang biasa kita tahu yang terbaik setakat ini. Tapi ini adalah yang paling bagus dan berkesan...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP