SiCKO - The American Truth

December 15, 2008

Filem dokumentari oleh penerbit kontroversi yang dilabel sebagai sosialis oleh kerajaan Amerika Syarikat. Dia ni banyak buat filem yang membuka mata orang ramai khususnya rakyat USA.

Kandungan filem ini membuat kita rakyat Malaysia setidak-tidaknya bersyukur dengan nikmat kemudahan dan bantuan perubatan yang sedia ada di negara kita. Tidak salah untuk kita memperelokkan apa yang ada tetapi adalah tidak adil jika kita menganggap negara maju seperti USA lebih memperjuangkan kebajikan rakyat sendiri.


Recommended to all my fellow friends who like documentaries esp. to Choy HH The Explorer
--------------------------------------------------

Writer/producer Michael Moore interviews Americans who have been denied treatment by our health care insurance companies -- companies who sacrifice essential health services in order to maximize profits. The consequences for the individual subscribers range from bankruptcy to the unnecessary deaths of loved ones.

Moore then looks at universal free health care systems in Canada, France, Britain, and Cuba, debunking all the fears (lower quality of care, poorer compensation for doctors, big-government bureaucracy) that have been used to dissuade Americans from establishing such a system here. The roots of those health care systems are explored, and our failure to establish free health here care is traced to a) President Richard Nixon's deceptive support of the then-emerging HMOs pursuing huge profits and b) subsequent pressures for Congress to sacrifice sound health care in favor of corporate profit.

A group of Americans who became ill from volunteering at 911 Ground Zero, but were refused health coverage for their illnesses, are ferried by Moore to Cuba, where they receive the top-rate, free care one would hope they'd get here at home.

In his interviews, historical reportage, and typical sarcastic wit, Moore soundly condemns American health insurance companies and pharmaceutical companies, as well as the politicians who have been paid millions to do their bidding. He makes the case that there is something wrong with Americans that we cannot learn from the successes of other countries in providing better quality-of-health than we enjoy in the USA.

1) "Yang paling best diorang ni siap pergi ke Guantamo Bay untuk minta rawatan sebab tahanan di sana memang diberi rawatan rapi. Kerajaan US nak tunjuk kepada dunia yang tahanan dijaga dengan baik, tidak ada yang sakit."

2) Kerajaan US dan medianya memang suka condemn negara lain terutama negara jirannya Kanada, tapi realitinya rakyat US sendiri sanggup dan terpaksa berpura-pura mempunyai pasangan rakyat Kanada untuk membolehkan mereka mendapat rawatan secara percuma.

3) Cuba mempunyai kepakaran dalam perubatan dan antara pengeluar ubat penting dunia. Rakyatnya menikmati kemudahan perubatan percuma dan bekalan ubat yang jauh lebih murah dari USA. Satu inhaler yang berharga USD235 hanya berharga USD0.05 di farmasi Cuba.

4) Michael Moore mendedahkan satu realiti yang boleh berlaku di negara kita sendiri. Harap-harap negara kita tidak menjadikan USA sebagai model dalam kebajikan rakyat.

5) General Healthcare perlu dijadikan keutamaan dalam sesebuah kerajaan.

6) Jangan cepat percaya propaganda kerajaan.







Read more...

EVER READY - A KURO-OBI ATTITUDE

December 04, 2008

KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KEBANGSAAN 2008
Di Pulau Pinang Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan
- Acara Taekwon-Do MGTF

From Karnival 2008 (Penang)

TAHNIAH kepada adik-adik yang berjaya membawa pulang pingat dan yang kandas juga saya ucapkan terima kasih kerana setidak-tidaknya anda berusaha dan tunjuk kesungguhan.

Kami memahami persediaan mewujudkan pasukan yang mantap sebagaimana sebelum ini tidak tercapai sepenuhnya kerana kesuntukan masa latihan dan panggilan/pengesahan jemputan dari penganjur yang agak lewat daripada biasa. Tambahan pula ramai fighters sedang menumpukan pada peperiksaan baik dari ahli yang bersekolah menengah (SPM & STPM) mahu pun dari IPT seperti PSMZA terutamanya.

Bagaimana pun keadaan ini harus menjadi iktibar dan pengajaran kepada peserta yang mengikuti sesi pemilihan di Pusat Latihan Kuala Terengganu. Mesej yang ingin saya sampaikan kepada ahli taekwon-do negeri ini terutama yang sudah bertalipinggang hitam ialah
anda seharusnya sentiasa bersedia dari segi fizikal, keupayaan teknikal dan mental.

Saya lihat pencapaian emas Mohamad Abu Dzar adalah wajar kerana dia bersedia. Wajahnya tampak keyakinan. Mungkin hasil dari pengalaman mengikuti kejohanan-kejohanan dalam negeri dan juga Sukma Karate. Dia juga pernah dinobatkan Peserta Terbaik ISTAC (Inter-Schools Taekwon-Do Annual Championship) sebelum ini.

Dari segi teknikal sudah tentu semua yang mewakili kontinjen ini masih belum dapat menandingi pasukan senior Terengganu. Semasa sesi pemilihan akhir di Kuala Terengganu saya dapati persembahan Abu Dzar memberangsangkan dan mampu diketengahkan. Justeru tidak hairanlah Abu Dzar membawa pulang kilauan emas untuk dirinya dan kontinjen ini. Dia bersedia dari segi fizikal. walaupun lawannya hebat dari segi teknikal. Semangat untuk berjuang memang wujud dalam dirinya. SYABAS!

Kebanyakan fighters Terengganu menyambung pelajaran di IPT di negeri-negeri lain. Yang ada dalam negeri sendiri buat masa ini masih tidak dapat menyaingi jaguh-jaguh Terengganu yang merantau. Untuk kejohanan sebegini, Persatuan menyenarai pendek nama-nama pemenang dan yang berpotensi dari ISTAC. Malangnya kebanyakan daripada mereka sedang menduduki peperiksaan dan ada juga yang gagal menghadirkan diri semasa sesi pemilihan diadakan.

Bezanya ialah pada sikap. Atas sebab yang sama Persatuan menuntut mereka pulang sekejap dan "mengabdikan" diri untuk pasukan Terengganu - bagi mereka yang mengenang budi maka mudahlah Persatuan membentuk pasukan - bagi yang sebaliknya mungkin mereka kurang faham dengan keadaan negeri sendiri atau ingin mencari pengalaman baru atau ada faktor lain yang membuatkan mereka enggan berkorban. Kadang-kadang apa yang Tok Guru hanya harapkan adalah berhubung dengannya, sekurang-kurang dimaklumkan sebab-sebab tidak dapat mewakili negeri sendiri. Hal ini akan sentiasa berterusan jika tidak ada yang memberi kefahaman dan kesedaran.

Pujian harus diberikan kepada saudara Nasirewan yang mengurus kebajikan peserta sepanjang kejohanan tersebut dan saudara Aizuddin sebagai pembantu beliau. Tidak ketinggalan juga kepada En.Rahman dari PSMZA yang berusaha dengan kudrat 4-wheel drivenya membawa ahli dari PSMZA untuk diuji. Hasilnya seorang daripada mereka layak mendapat tempat dan berjaya ke peringkat akhir dengan pingat perak.

Sikap "tunggu jurulatih panggil training" tidak boleh diamalkan. Sudah terbukti semasa sesi pemilihan, yang kurang rajin berlatih akan diketepikan berbanding mereka yang sanggup mencuri masa dan berlatih sendiri.

Apa pun atmosfera dan disiplin ahli kontinjen adalah baik dan kelihatan gembira. - Syabas! Anda masih mampu mencapai yang terbaik jika anda lebih bersedia. Masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Rajinlah berfikir dan berusaha. Wujudkan latihan wajib untuk diri anda.

-Kuro-Obi-

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP