Menuju Hira'

July 07, 2009



Mei 20, 2009 : Tentatif malam bagi mereka yang berkemampuan dari segi fizikal, jam 10:00pm naik bas menuju ke Jabal Nur. Sebenarnya group kami sudah terlepas event ini sebabnya ahli jemaah keluarga ada agenda lain. Jadi kami mencelah bertanyakan ustaz muttawwif bila lagi nak panjat bukit? Katanya dia akan cuba iklankan, kalau sambutan bagus dia akan bawak. Dengan yuran tambahan untuk sewa bas sebanyak S.Riyal 30 seorang kalau tak silap, kami pun join jemaah ini. Hanya saya, isteri saya dan anak saudara yang bersungguh-sungguh nak pergi. Bapa mertua, ibu, nenek, adik ipar, biras dan dua lagi ahli keluarga tak berapa minat panjat-memanjat. Menurut bapa, dia sudah pergi sebelum ini, cuma tak sampai ke atas.

Alang-alang pergi pada musim bukan haji ni, dan selagi kudrat ada, baik jangan lepaskan peluang. Sementara kerajaan Saudi masih membenarkan orang melawat tempat ini, dengar ceritanya lambat laun mereka akan melarang jemaah mendaki bukit ini kerana bimbangkan amalan khurafat berlaku. Ini kerana ia tidak menjadi sunnah bagi umat Islam pergi mendaki. Jabal Nur dan Gua Hira kekal sebagai tinggalan sejarah penting dalam Islam. Tidak ada saranan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk pergi ke sini. Jadinya, tujuan kita hanyalah untuk mengenal tempat yang mana Rasul kita menerima wahyu yang pertama dari Allah S.W.T. iaitu pada malam 17 Ramadhan :-

http://www.apbif.org/Images/Qouran/Jouz_Amma/Sourat19.gif

Nak cerita tentang keadaan bukit ini, saya ingin memetik penulisan blogger En.Manzlie di http://manzlie-makkah.blogspot.com

.. alhamdulilllah...sampai sahaja kami di kaki bukit Jabar Nur 6.00pagi..alangkah terperanjat nye aku bila melihat sendiri dengan mata kepala ku yakni..aduhh curam dan tinggi gunung ni...aku macam rasa tak sanggup nak naik bukit ni tetapi si Samad memberikan kata kata perangsang bagi ku...bukannye apa sebab aku ingat ada tangga atau railing ker yang boleh aku pegang kalau nak naik tetapi lain lak di sebaliknye..cuma yang ada curam curam dan batu bata dari gunung.dah lah aku ni fobia di tempat tempat yang tinggi heheheheh..

En.Manzlie bekerja di
HOTEL AL SAFWAH ROYALE ORCHID, Makkah (betul2 hadapan Masjidil Haram). Blognya berkenaan pengalaman beliau di sana. Gambar-gambarnya lebih jelas. Ada 11 bahagian yang beliau tulis berkenaan pengalamannya mendaki Jabal Nur.

Kami mula mendaki dari lembah Jabal Nur kira-kira jam 10:30 malam dan tiba di puncak jam 12:00 tengah malam. Keadaan bukit ini gersang, berbatu dan berpasir. Dalam perjalanan mendaki kami berhenti kerap juga, sebab tak fit dan dahaga. Patut la mereka ajak mendaki malam sebab pada sebelah siang sangat panas. Tak berapa gelap kerana pancaran cahaya lampu jalan dan bandar membantu dan nama bukit ini sendiri "Nur" bermaksud cahaya - bukit yang bercahaya. Tak payah takut, mesti nampak jalan.

Pengalaman merasai pendakian Jabal Nur betul-betul menyedarkan kita betapa kuatnya Rasul kita pada zamannya mendaki bukit ini pada masa itu berumur 55 tahun. Dan betapa kuatnya isteri Rasul, Saidatuna Khadijah yang hari-hari mengunjungi Rasul di Gua Hira' untuk menghantar bekalan. Ini kita baru je satu malam panjat, kalau nak panjat esoknya lagi rasanya dah tak larat.

Kami bertiga antara yang paling awal tiba di puncak Jabal Nur, ingatkan dah sampai terus Gua Hira', kena tunggu muttawwif jugak nampaknya sebab tak tahu mana arah Gua Hira'. Untuk ke gua, kita perlu menuruni lagi Jabal Nur di sebelah yang satu lagi dan keadaannya amat curam. Di tepian tidak ada sebarang penahan, alamatnya jika tergelincir jatuh......piunggggg tang ke tepi....bedebok....(bacalah dengan ritma loghat Teganu)

Menuruni cerun yang curam sebelum tiba Gua Hira'



Semasa pendakian, kami jumpa sekumpulan kambing gurun dan kucing. Di Gua Hira', setelah kesemua ahli jemaah tiba dan berkumpul, ustaz muttawwif pun melaksanakan tugasnya bercerita tentang bukit dan gua ini. Katanya, dalam perjalanan tadi ada jumpa binatang-binatang, jangan diganggu, mungkin itu bukannya binatang tetapi jin dan berilah salam. Semasa Rasul mendaki, makhluk-makhluk Allah iaitu batu-batu bukit ini sentiasa berselawat dan khabarnya Rasul mendengar suara-suara mengucap salam kepadanya. Menurut muttawwif lagi, Allah merahmatkan gua-gua yang Rasul kita singgah dan keadaan semua 4 gua tersebut didapati mengadap kiblat.

Marmar diletak oleh penduduk setempat. Kita dibolehkan sujud syukur di sini.



Cahaya terang benderang dari Masjidil Haram kelihatan dari puncak Jabal Nur
dan dari Gua Hira'


Semasa menuruni bukit, agak perlahan dari mendaki. Sebabnya, ada ahli kami yang gayat nak turun.

Buat LATEPACKERS-IIUM yang bercadang menziarahi Tanah Suci, sudah tentu kepingin nak mendaki bukit ini, jangan ketinggalan. Rugi tak panjat.


Gambar-gambar kami di Jabal Nur boleh ditatapi di sini :-
http://picasaweb.google.com/snaco77/Umrah0910JabalNurGuaHira#


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP