Office Trip To Sumatera Barat
June 07, 2010
Kami ke negeri kelahiran HAMKA, tapi tak sempat melawat ke rumah kelahiran beliau di Tasik Maninjau. Kalau nak pergi lagi pun ok, kena plan 3 - 4 hari baru puas hati sbb perjalanan dari satu lokasi 'wisata' ke satu yg lain agak jauh, habis masa dalam bas. Gunung berapi pun boleh pergi kalau trip dilanjutkan lagi. Makan minum group kami amat puas hati...selera nasi padang asli .... Kpd ahlul bayt ofisku, nak pergi jauh lagi?... "kerja kuat & berdoa semoga rezeki bertambah"
- Pusat Sulaman Hjh Rosma di Bukittinggi menjalankan kerjasama dengan kerajaan Negeri Kelantan sbg medan latihan anak-anak Melayu yang ingin belajar cara sulaman halus ala Hjh Rosma (kini berusia kurang lebih 80thn).
- Tanah berbukit, bersungai dan udara nyaman menjadikan sebahagian besar bumi Bukittinggi ini subur dengan tanaman.
- Ikan air tawar segar. Boleh dikatakan setiap rumah kediaman dikelilingi kolam ikan sendiri. Sawah padi juga hijau yang amat.
- Bukittinggi juga mempunyai peninggalan sejarah yang banyak, juga menjadi negeri kelahiran ulama.
| LAGI GAMBAR DI LINK ALBUM: Office Trip 2010 -Sumatera Barat |
Kunjungan Hormat Sir Noordin
March 12, 2010
Sampai jugak Sir Noordin ke Kemaman Do-Jang. Anak-anaknya yang kesemuanya ahli taekwon-do ambil peluang melompat merangkak memanjat berguling menumbuk menerajang punching bags dll. Kebetulan juga pagi Jumaat ni hari aku mengangkut barang2 berpindah ke rumah sendiri, tapi Noordin tak sempat nak tolong sebab lori dah sampai 6 jam lebih awal. ; ) Selepas Ayasu training berjubah dengan anak-anak Noordin yg semuanya hero, kami pergi makan sbb heronya yg paling kecik sound "dah lapar ni" .... kuat juga budak2 ni makan.... Next time Noordin dah janji nak bagi ambe gohek motor besornya .... Ambe tungguuuu....
Office Family Trip Lagi
October 27, 2009
Jalan-jalan sebelum cuti sekolah. Kali ni kami decide nak hiburkan anak-anak staffs...dan mak bapaknya sekali lah... di Sunway Lagoon. Trip yg mudah. Tempah The Zon KLCC apartment. Mission of the Trip: Rehat di apartmen sambil makan2... jalan kaki je ke KLCC sekejap2 dah. Esoknya satu hari berendam. Lusanya balik semula Kemaman. Tulatnya masuk kerja...
Kalau dah cuti sekolah kekgi masing2 mesti ada plan lain. Kenduri kawin la biasanya. Sementara bebanan kerja terkawal, kami pakat declare cuti sehari...sama anak-anak pun ambil cuti sekolah extra sehari. Release tension. Kena dengan masa, salah sorang suami staff tu akan offshore minggu ni. Anak2 kami mcm dah biasa dgn anak2 staff... happy betul diorang. Yang sakit pun tak jadi sakit... Siapa ambil gambar? Tak byk gambar pulak dlm simpanan kami kali ni...sbb seronok sgt kut...walhal kamera ada, camera phone pun ada... so no sidekick pose this time. Cadang nak ke Subang visit Pak Din DTA, tapi tak terpergi. Apa pun Pak Din dpt la something dari kami utk dia rasa...harap sembuh cepat.
Satu malam tu kaum bapa ada sesi minum teh tarik & mee goreng mamak di Restoran Nasi Kandar Lotus. Kaum ibu dan anak2 rehat betul2 di hotel...Sambil2 tu dengar cerita pengalaman masing2.... Biasala citer laki2 je.....
Bila ada rezeki Allah dikongsi bersama....
Bila Runtuh...
June 13, 2009
Ambil peluang menjenguk stadium baru tapi dah runtuh. Nothing wrong with the design. Seperti sokmo, nak benda cantik tapi nak bayar murah... ok boleh buat... Maintenance-nya ????
Nah...Maintain lah macam ni je... jadi muzium...
Tunjuk Jalan...
April 20, 2009
16th April 2009...
Should students received this news, it is their moral responsibility to at least message a sympathy and pray for blessing to the Arwah. I hope Rahman receives such feedback.
A Deep Condolence To Rahman's Family.الفاتحة
Azri: Jack Of All Trade Master Of None?
April 10, 2009
From Azri's website tetiba...aku belum "Master" lagi la...Macam-macam si Azri, the oldest among my adult students at the moment. He's a yellow belt but pursuing for the next level soon after mastering compulsory 8th kup techniques. I trust he's doing hard in training.
Bertempat di Pusat Latihan Taekwon do Cawangan kemaman, majlis solat hajat dan bacaan yassin diadakan. majlis dimulakan dengan sembahyang Isyak berjemaah diimamkan oleh Yang berbahagia Tuan Haji Saiful ‘Master’.
Selesai solat Isyak adalah solat hajat diikuti dengan bacaan yassin yang diketuai oleh Master.

Selesai bacaan yassin dan doa adalah jamuan ringan, dimana hidangan istimewa ’satar’ dan ‘otak-otak’. Memang puas namun tidak lengkap seperti yang disuarakan kepada Master. Air teh tak ada ke? Sila kunjungi Kemaman Dojang
Family Day 2009
March 08, 2009
This time we planned a trip farther a bit; we flew to Langkawi Island. Some of them were first timers plane passengers. Think this would be one of their best experience. Hectic but fun.
Among pics taken.
Also joined in this trip my young Kuro-Obi Aizuddin & Takhairi.
More pics at
![]() |
| Office Family Day 2009 - Langkawi |
Happy Birthday To My Wife
March 02, 2009
Read more...
Meh Gi Pattaaa
February 02, 2009
Pantai D'Monica Bay Kemaman
Nama Lama: Pantai Teluk Mak Nik



Tak Hujan Tapi Banjir
January 08, 2009
3 hari lepas - hujan dah tak turun di Kemaman tapi air naik cepat. Satu sebabnya air sungai Kemaman meningkat dengan arus deras - air hulu turun orang cakap. Maksudnya di kawasan Hulu Terengganu dan Besut hujan masih lebat. Kawasan rumah kami Bukit Mentok terkenal 3 tahun lepas dengan rekod tenggelamnya - kawasan banjir. Rumah sewa kami sebelum ini sudah dimasuki air paras lutut - sebelum saya sewa. Sejak kami tinggal di situ tak pernah banjir. Tahun ini pengalaman pertama - "hampir banjir".















































