Naga Pelangi

November 18, 2009




NAGA PELANGI adalah nama Perahu Besar Melayu Terengganu, dibina oleh arwah datuk saya Tuan Hj.Ali Ngah untuk seorang berbangsa Jerman, Christoph Swoboda.  Beliau fasih berbahasa Melayu. Abang-abang saya amat beruntung kerana sempat mengikuti perkembangan projek arwah datuk secara langsung.  Post ini sekadar mengenang jasa arwah datuk dan bangsa asing ini dalam khazanah seni pembinaan kapal kayu besar.

      

 Daripada Chris:-


" Pulau Duyong adalah sebuah pulau kecil di muara Sungai Terengganu, Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bawah keredupan pohon-pohon kelapa yang tumbuh subur di sini para tukang perahu yang berkemahiran tinggi mencari nafkah dengan menukang perahu.  Sejak berabad lamanya tukang-tukang di sini membina perahu daripada kayu yang berupaya meredah samudera. Antara perahu yang dibina di sini ialah perahu layar jenis skuner yang telah menjadi lagenda melampaui perbatasan Malaysia seperti perahu PINIS dan perahu BEDAR


        
Model perahu BEDAR                                    Model perahu PINIS


Leluhur orang Melayu yang mulanya menghuni pulau-pulau di seluruh Asia Tenggara Tenggara telah mengembara jauh ke timur sehingga ke Kepulauan Polinesia dan belayar ke sebelah barat sehingga ke Pulau Madagasar dan pantai barat Afrika. Sehingga hari ini keturunan mereka masih mendiami tempat-tempat ini.

Menongkah arus pemodenan, kaedah pembinaan perahu yang sukar ditandingi ini walaupun masih diamalkan di Duyong tetapi sedang menghadapi kepupusan. Dengan lenyapnya kemahiran membina perahu kayu secara tradisional ini, akan hilanglah satu tradisi perkapalan bangsa Melayu yang cukup dikagumi.



Che Ali bin Ngah bekerja meletak lunas Naga Pelangi, 1980

Pada tahun 1980, saya menempah sebuah perahu Bedar di Pulau Duyong dan diberi nama Naga Pelangi. Ia sekaligus menjadi kapal dan rumah yang sempurna kepada kami sekeluarga sepanjang pelayaran kami.  

Naga Pelangi merupakan sebuah perahu Melayu asli yang pertama berjaya mengelilingi dunia apabila kami kembali ke tempat pembinaannya pada tahun 1997 dan menurunkan sauh di luar Pulau Duyong Kuala Terengganu. Saya menjualnya pada tahun 2000 dan pada bulan April 2003 saya memulakan satu projek baru yang belum pernah dilakukan dalam masa setengah abad kebelakangan ini iaitu:"

Saya difahamkan bahawa ketika Chris berlabuh di Pulau Duyong untuk berjumpa semula dengan arwah datuk saya, beliau tersentak setelah mendapati Haji Ali tukang asal Naga Pelangi sudah tiada dan dikhabarkan beliau amatlah sedih, kerana hasrat untuk menunjukkan kejayaan keutuhan binaan arwah tidak dapat disampaikan.


Tapi "mat saleh" ini seorang yang cekal.  Seperti yang dinyatakan Naga Pelangi dijualnya untuk tujuan pelancongan dan beliau kembali ke pulau ini untuk projek Naga Pelangi II yang mana saiznya adalah 2x ganda lebih besar.  Kali ini ketua tukang adalah bapa saudara saya, Ayah Chik Hassan (nama sebenar Hasni).






Kumpulan tukang bersama model awal Naga Pelangi II pada May 2003. Perhatikan papan-papan yang disusun untuk mengeringkannya. 





NAGA PELANGI II 2008 (Pinis) :
NAGA PELANGI in 2008 :







Ayah Chik memilih kayu cengal yang sesuai....

Building the Naga Pelangi, selecting the timber:

Pembinaan :  memasukkan "sternpost"

Construction detail, fitting the sternpost :
 
Proses membentuk kayu secara tradisional:-

Firebending the planks :

Kayu pertama yang sudah dibentuk dimasukkan ke pasak:-

Mounting the first plank :

Skaf kayu:-

A plank scarf :
 
Rangka permulaan:-

Construction without frames :

Craftsman applying the caulking bark :

All planks are joined with wooden dowels :
 
Skrew silikon gangsa

Like all through-hull fasteners these screws are made of silicon bronze :

Still no frames yet :
Frames are fitted :

Frames and stringers are in place :

Ready for launching : 

Pandangan dalam dan luar Dek :-

Deck view; skylight of main state room and main cabin:
 
Kokpit

Cockpit with sandalwood steering wheel :

Cockpit view aft, door to skippers cabin open :

Ke Kabin Utama:-

Cockpit, entrance to main cabin:

Cockpit, skippers cabin door closed :

Kabin Skipper:-

Interior of skippers cabin :

Wardrobe and drawers in skippers cabin :
 
Ke ruang Main State 


Skylight and deckshouse, entrance to main state room :
 
Tangga ke Main State

Spiral staircase leading to main state room :

Main state room with double berth and drawers  :

Main state room with single berth and wall panels :
 
Kuarters Kru :-

Crew quarters, first mates berth :

Wardrobe in crew quarters :


Kini hanya tinggal beberapa kerat pakar bot kayu tradisional di Pulau Duyong dan salah seorangnya ialah Ayah Chik saya dan krew2 antaranya bapa-bapa saudara saya yang lain.   Anak-anak mereka ?..... Mungkin ini generasi terakhir pembinaan bot kayu di Pulau Duyong.





The Bedar-Pinis mix BILBO, (LOD 52'), built 1995 by Hadschi Ali bin Ngah & sons in Duyong


 "my late Tok Ki & I"


Late Tok Ki & my brother with Naga Pelangi I
 

2 comments:

badrul December 29, 2009 at 11:53 PM  

great stuff...now put also my pics with arwah tokki..:)

Mr.IX January 15, 2011 at 10:20 PM  

nice ..bru je dgr tv3 tadi pasal perahu naga pelangi 2 ni..mintk share link yer....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP