Jom Training
January 29, 2009
Memperkenalkan Kemaman Do-Jang iaitu platform terbaru untuk ahli taekwon-do di Kemaman dan sekitar aktiviti Pusat Latihan ini. So untuk dedikasi mereka, wife aku memerintah supaya satu laman simple dibuat sebagai penghargaan yang hadir berlatih dan yang membantu menceriakan Do-Jang. Usaha mewujudkan Do-Jang ini sebenarnya dicetus oleh wife aku sebab terletak di atas pejabat kami. So senang nak monitor dan boleh dijadikan tempat menumpang berteduh yang selesa untuk staff kami, yang tak dapat balik kalau hujan lebat atau banjir...nah lepak lah disitu...
Perkataan "Do-Jang" tidak dipaparkan pada papan tanda untuk mengelak kekeliruan orang ramai. Jadi pada kain rentang ditulis "Pusat Latihan Taekwon-Do" dan pada papan tanda kecil "Taekwon-Do & Kickboxing Studio" .
Bentuk latihan kickboxing ala barat hanya diajar kepada golongan remaja dan dewasa serta teknik-teknik kekunci pertahanan diri menjadi tumpuan golongan bekerja. Setakat ini kesemua murid yang menyertai center ini mendapat maklumat kewujudan tempat ini melalui website tanpa apa-apa iklan media cetak.
Matlamat kami adalah penyediaan latihan yang berterusan terutama kepada jurulatih-jurulatih muda khususnya yang berada dalam daerah Kemaman dan Dungun. Do-Jang ini juga menjadi pejabat urusan Persatuan Taekwon-Do Daerah Kemaman (GTF)...
Read more...