Cedok Ajim: "Keliru"

January 14, 2010

Antara bentuk dakyah yang MUNGKIN AKAN turut berleluasa di tanahair kita, bakal mengganggu-gugat kefahaman akidah anak-anak terutamanya....




Sumber gambar YB Zul4kulim

1. Anda keliru tatkala membaca petikan di atas? Adakah kefahaman akidah Islam anda telah terjejas?

2. Jika fahaman akidah Islam anda tidak terjejas walaupun sedikit, ini bermakna anda mempunyai kefahaman akidah Islam yang jelas dan utuh. Mungkin anda telah menghayati dengan penuh firman Allah dalam surah Al-Ikhlas.

3. Jika anda keliru, dan mula meragui akidah Islam anda, maka ada suatu kelemahan yang perlu diperbaiki. Isu akidah merupakan perkara fundamental yang perlu dipegang utuh oleh setiap orang Islam.

4. Penulis yakin, terdapat dua kelompok orang Islam di Malaysia yang mempunyai ciri seperti di atas. Kelompok yang merasakan akidah mereka tidak terjejas, pastinya tiada halangan terhadap isu penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian. Manakala kelompok yang lain, mungkin beranggapan ia bermasalah.

5. Penulis masih tidak tahu, membenarkan nama Allah digunakan oleh penganut Kristian lebih membawa manfaat atau mudharat. Tetapi, Allah itu lebih tahu! 

(Penulis: Azim Roslan) 

1 comments:

ajako January 14, 2010 at 11:34 AM  

pbetul jugak pasal 2 golongan yg akan wujud biler dah baca artikel kat atas. aku ingat kalau dibenarkan penggunaannya kpd selain Islam pasti akan mendatangkan lebih keburukan drp kebaikan...haramkan ajelah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP