Dok Wahi Sore Bunuh Semer

May 23, 2010

Minggu ni saya pulang ke Kuala Terengganu berjumpa dengan sahabat-sahabat lama satu sekolah, di samping saya akan menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Alumni Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu (AMTA) yang pada mulanya dijadualkan pada 22 Mei 2010 (Sabtu) di  Dewan Kuliah Utama, Universiti Darul Iman, Kampus KUSZA, Kuala Terengganu tetapi telah bertukar tempat di Dewan Sri Kenanga, Terengganu Equestrian Resort ( TER ), Kuala Ibai, Kuala Terengganu  -  lagi ok tempat ni, baru dan saya belum pernah pergi lagi ke sini.  Dewan Kuliah Utama pun ok tapi dah banyak kali ke sini dulu masa belajar.  

Sehari sebelum seminar Ustaz Sahari dari Kemaman call, katanya ada masalah dan saya tanya direct, masalah campurtangan mufti ke?  Dengan bertapis dia jawab, campurtangan orang yang ada kuasa agama yang tinggi, yang tak mahu seminar begini ada di tanah Terengganu.  Memandangkan penganjur pun ada melibatkan pelajar-pelajar tahfiz, budak-budak ni macam takut sebab ada unsur "gertakan".  Jawabnya nak sambung belajar pun susah lepas ni kalau program berjalan. Ust Sahari pun ada bagi hint, asalnya dia kena tukar ke Kemaman pun sebab unsur-unsur tuduhan bahawa beliau penyokong pembangkang, pejabat agama tak suka.....


Sumber lain pula berbunyi ada kebencian terhadap seorang dua panelis seminar.  Ahli panel terbabit mencadangkan tukar sahaja beliau dan ganti panelis - program tak perlu batal.   

Nampaknya cadangan bertolak ansur begini pun tidak menjadi.  Kuasa penjawat bidang agama boleh buat apa sahaja tanpa perlu dialog.  Call semua orang kerajaan atau pemilik dewan - jangan sekali-kali benarkan rakyat dengar ceramah macam ni....  Apa kena ni..... 

Di bawah ini petikan dari salah seorang ahli panel yang sentiasa keluar TV9.  Dan saya rasa dia bukan menjadi sebab program ini dikuburkan.  Berkobar-kobar semangat saya nak jumpa ustaz ni, nak ambil kesempatan bertanya berkenaan buku-buku beliau dan kenal lebih dekat lagi.   

~~~~~ : (  ~~~~~~~




Email Dari Dr Abu Anas Abd Basit
:



Seminar SPIS Batal.

Seminar Pemikiran Islam Semasa, anjuran: Alumni Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu ( AMTA ) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) Institut Al-Quran Terengganu. Yang akan berlangsung pada hari Sabtu 22 Mei 2010. Dengan matlamat dan objektif yang jelas, [lihat maklumat seminar di: http://spis2010.blogspot.com/].

Dalam masa dunia sedang berkembang dengan ilmu dan lonjakan akademik, tiba-tiba muncul sekumpulan manusia yang tidak mahu menggunakan hujjah / akademik tapi menggunakan kekuasaan untuk berdepan dengan hujjah. Maka seminar ini telah dihalang dan dibatalkan dengan berbagai alasan diluar batas ilmu dan akhlaq. Untuk tidak menghampakan harapan peserta yang telah mendaftar untuk menyertai seminar dan memberi peluang kepada pihak yang menghalang untuk membuat penilaian, maka ana kemukakan di sini kertas yang akan dibincangkan pada seminar itu. [ http://www.mediafire.com/?yymy2mnkc3n]

Semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah ke jalan kebenaran dan menjauhkan kita dari sifat angkuh, sombong dan takabbur. Ingatlah pesanan Allah: Maksudnya: {Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah/cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan; kemudian mereka tidak bertaubat. Maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar}. [Al-Buruj:10].

=======================================


MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR - LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN ...


Abdul Basit Abdul Rahman - Kehebatan al-Fatihah Tanyalah Ustaz TV9 7 Mei 2010 from prof.sumi@gmail.com on Vimeo.


Mengenai Abu Anas

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP