La Hot Springers...
November 23, 2010
Raya Haji seperti biasa...takbir raya, sunat Eid berjemaah, korban lembu, test pisau yg tak berapa best, gi ngator daging.... Yang tambah nilai kisah korban Lembu Gergasi dekat Tmn Safiah Murni, sebelah kampung je ni, harga RM11,000.00 , satu bahagian RM1,600 (ada masuk paper), dirasmi oleh "TG Ayah Chik"... Satu lagi kelainan sempena raya haji ni ada buat trip ke Besut, buat simple family day, mandi kolam air panas, mandi pantai, barbeque etc...
كل عام و انتم بخير
Lembu RM11k
Klik Collages utk tumbesaran jelas
Alur sungai di bwh ni tak panas, jernih, sesuai utk kanak2...
Hari pertama selepas solat Jumaat di Masjid Ibnu Abbas Besut kami bertujuh kenderaan menghungga ke La Hot Spring dari tempat menginap kami di Pantai Air Tawar, perjalanan hampir 40 minit. Mula-mula sampai rasa macam malas dah nak masuk sebab parking penuh dan kelihatan berduyun-duyun pengunjung. Alhamdulillah nasib baik dapat spot parking yang bagus, cuma semua barang berharga ditinggal dalam kenderaan masing2, termasuk kamera dan handphone....so tak ada gambar langsungdi hari pertama.. Penjaga parking cakap, musim cuti ni memang sampai ke malam orang mari mandi...
Mula-mula celup kaki, rasa macam tak sanggup nak masuk..... tapi bila body dah adapt, boleh berendam, cuma tak berani nak menyelam....panas oooo.... Air dari kolam asal disalur turun ke kolam kedua (buatan) di bawah, panas juga tapi kurang sedikit dari yang atas. Kolam atas telah dipermolekkan dengan mozek utk keselesaan dan sesuai utk berendam kaki.
Awal pagi jam 6:30 kami bersiap lagi utk ke kolam air panas, sebelum bertolak saya sorang sempat terjun laut dulu mandi pagi....tapi tak pergi semua ke Kg La kali ni, keutamaan utk warga emas, yang lain aktiviti sukaneka menunggu... Sungguh tak disangka keadaan lengang, kolam pun clear, hanya ada 2 keluarga saja yang mandi-manda, puas hati.... baru boleh bwk masuk kamera.... Balik ke homestay Pantai Air Tawar, saya terjun laut lagi.....
Ekstrak dari gambar di atas:-
Kolam Air Panas Kg. La, Hulu Besut atau lebih dikenali dengan nama LA HOT SPRING telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim bin Haji Mat ketika memburu sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi. Lantaran keadaan semasa itu dan kedudukan kolam ini yang jauh di tengah hutan, tidak ada orang yang berminat berkunjung ke sini. Apabila penerokaan tanah oleh FELDA bermula, kolam ini mulai dikenali dan dikunjungi ramai. Takungan air dalam kolam mini adalah dari sumber mata air yang keluar dari celah-celah batu dengan kepanasan suhunya mencecah hampir 100 darjah celcius. Apa yang menarik di kolam ini ialah khasiat air kolam ini yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti lumpuh, darah tinggi, gatal-gatal,lelah dan angin ahmar. Air kolam ini juga boleh diminum dan pernah dibotolkan dan dijualkan kepada umum. Di samping itu LA HOT SPRING juga menjadi tarikan kepada peminat-peminat batu permata, merentas denai dan air terjun, berkhemah, mandi-manda dan berbagai-bagai lagi aktiviti lasak.
- Bab boleh menyembuhkan penyakit, penyakit tertentu dengan izin Allah air ni boleh menjadi ubat kalau secara konstan kita berendam mungkin kerana suhunya dan kandungan sulfur dan mineral.
- Bab dikatakan boleh diminum saya kurang yakin, sebab ada sulfur, bahkan ada papan larangan tidak membenarkan masak telur di situ (sebarang telur).
- Berendam terlalu lama boleh menyebabkan pengsan, dinasihati oleh pengunjung biasa supaya berendam tidak lebih 15 minit, rehat utk sejuk dan boleh sambung balik. Ada di kalangan kami rasa "kenaling" (pening-pening) sikit sebab berendam kaki lama.
1 comments:
besor ngat lembu?pergh!
Post a Comment