Bila Terpanggil II
March 29, 2011
Muqaddimah : "Bila terpanggil kita pasti pergi lagi. Itulah yang terjadi bila anda pernah menjejak kaki ke Tanah Suci dan setelah meninggalkannya kembali ke tanahair. Kerinduan yang teramat pasti melanda hati." ...(...entry Bila Terpanggil)
Alhamdulillah, selamat semua. Masa flight pulang dari KL ke KT, plane tak dapat landing sbb hujan di KT teramat lebat, so pilot buat U-Turn, kami "disembark" dan tunggu hingga jam 12:00am utk boarding semula. Walaupun hujan lagi lebat dari yang pertama tadi, pilot kali ni landing jugak dengan beraninya... fuhhh....
Segalanya baik di Tanah Haram, tidak ada kelibat penunjuk perasaan ke apa ke. Cuma plan asal kami untuk ke sana bersama-sama 2 pasangan kawan kami Pok Zahang iPhone dan Pok Yeh RHB yg baru kawin serta 5 lagi yang nak mengikut tapi tak jadi sebabnya visa ditangguh... So kali ni menjadi rezeki kami dapat bawak anak-anak dan bila Tok & Tokki tahu cucu nak pergi, mereka pun nak ikut sama bersekali dengan 3 anak-beranak, yang tak jadi pergi berganti dengan ahli keluarga...
Di KLIA penuh dengan jemaah, pelik jugak umrah kali ni, rupanya di situ travel agency bagi penerangan memaklumkan bahawasanya umrah ini memang seperti musim haji, para mutowwif menggelarkan 'mini-haji' kerana visa yang tertangguh sebelum ini dikeluarkan serentak, bukan Malaysia shj bahkan seluruh dunia.
Bawa anak-anak perempuan sorang yang 3thn dan yg kakaknya sudah 8thn. Hotel kali ni agak jauh dari yg sebelum ini. Susah-susah pun kita harungi segalanya dengan doa-doa. Susah pun seronok dan amat amat bersyukur kerana peluang dan pengalaman berharga ini.
Buat pertama kali kami tawaf dalam hujan lebat jam 1.00am, sehingga lapangan tawaf ada macam bertakung dan jemaah mengharung. Saya dukung anak saya sepanjang tawaf dan sebahagian saei. Tahniah buat anak sulungku Nur Najihah yang berjaya habiskan umrah dan kuat berjalan, hehe, masa nak habis saei dia ada start komplen lenguh kaki so kita bagi chan dia naik wheelchair sama adik dia ditolak oleh pak arab.
Dpt mesej dari classmate uia dulu Mr.Musyaini dan isterinya Pn. Sharina (pun classmate), mereka baru je sampai tanahair, tak sempat jumpa. Alhamdulillah, bro, mu meme bijok paka spek nge bini...haha...
Dapat pula jumpa junior uia-kusza bro.Shapizan (was a student of mine and also a good pious taekwondoist and martial artist, now a lecturer), memang kerja dia selalu bawak jemaah ke Tanah Haram utk umrah dan haji, lama tak jumpa dan Allah menemukan kami di Tanah Suci Madinah, waktu Subuh dia panggil saya... wah happy betul.
with Ustaz Shapizan Johari di Madinah
di luar Masjidil Haram, Makkah
Antara personel agama yang kebetulan saya jumpa iaitu fadhilatus-Syeikh Hussein Yee (Yayasan al-Khadeem) dan guru saya Dr. Abdul Basit Abdul Rahman a.k.a Abu Anas Madani (penterjemah kitab Hisnul Muslim, ada dijual oleh sykt Telaga Biru), seronok dapat bersemuka dengan beliau dan dapat berbicara sejenak di Masjid Ja'rannah dan lebih seronok masa itu juga dapat kenal anak-anaknya - kecek kelate belako pahtu belaja taekwondo pulok samo denge kito, under Pok Nik mungkin...
Antara yg nak sangat saya jumpa - rakan blog ternama
(ni takde buat appointment, taqdir temukan kami):-
Bersama Che Lie, eksekutif di Hotel al-Safwah Royale Orchard
Bersama (org gelar Dato Bandar Makkah) Tn.Hj.Arshad, super-muttowwif
(yg ni saya yg letak la)
(http://hajiarshad.blogspot.com/)
(yg ni saya yg letak la)
(http://hajiarshad.blogspot.com/)
Sebahagian Kenangan
Semoga anak-anak kami menjadi penyejuk mata dan hati buat kami
mmmmm....sapa nak pegi lagiii ???......