Lailatul Qadr
September 17, 2008
Pesanan daripada rakan saya "Kepet"....
Hukum Iktikaf
Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.
Jadual Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti dibawah:
Jika Awal Ramadhan jatuh pada hari - Maka Malam Laitul Qadar
- Ahad/Rabu - Malam 29 Ramadhan
- Isnin - Malam 21 Ramadhan
- Selasa/Jumaat - Malam 27 Ramadhan
- Khamis - Malam 25 Ramadhan
- Sabtu - Malam 23 Ramadhan
Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"
Moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat. Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari. Wallahu 'alam bis sawab.
0 comments:
Post a Comment