Rebut Peluang Ke Sana...
July 02, 2009
Student aku pulak yang pergi umrah kali ni...Md Yasir Nordin (1st Dan)... Bersungguh-sungguh dia bertanya keadaan di sana selepas kami pulang dari tanah suci... Rupa-rupanya dia dapat peluang - pergi berdua dengan bapanya melalui agensi yg sama... الحمد لله ...
Dia berjaya menguncup batu suci Hajarul-Aswad beberapa kali dengan "tidak melawan arus"... Bukan mudah nak menghampiri kawasan itu.
Gambar tok arab mana pulak dia ajak join... ikut pada gaya, arab ni pegawai masjid Al-Nabawi...
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Menciumnya tidak wajib. Kalau tak dapat cium kerana keadaan jemaah yang bersesak, cukup untuk melambainya dan menguncup tangan sendiri tanda hormat. Sebagaimana setiap kali mula dan cukup tawaf iaitu di penjuru dan garisannya (kini tiada lagi garisan dan ianya bergantung pada iktikad sendiri, dengan yakin yang tubuh kita sudah betul-betul tiba di penjuru Hajarul Aswad).
Ada dua penjuru disunatkan melambai dan mencium, satunya di Hajarul Aswad dan satu lagi di penjuru sebelum tiba Hajarul Aswad yakni Rukun Yamani. Terdapat juga batu bujur seumpama Hajarul Aswad pada Rukun Yamani tetapi bentuknya berbeza dan lebih kecil. Saya tidak pasti ada atau tidak sunnah Nabi kita mencium batu ini, namun ada yang berpusu-pusu ke situ dan menciumnya.
Bagaimana pun ada sumber hadis bahawa Nabi hanya mengusap (bukan mencium):-
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w mengusap benda yang ada di Kaabah melainkan rukun Yamani dan batu Hitam (Hajarulaswad)."
Waaa...sudah ditebas semuanya....
Sebagaimana yang terjadi kepada ramai jemaah, menjadi TetamuNya, akan ada dugaan ... Nasihat saya kepada orang muda seperti Yasir, sabarlah... kesukaran yang dia hadapi hanyalah kecil, ramai lagi yang diduga lebih hebat, ucaplah setelah pulang ..." الحمد لله"
Seperti kebanyakan juga, dia berkata: "Seronok - Insaf - Rindu" . Rasa nak pergi lagi.
So, kita tanam niat untuk ke sana lagi untuk seboleh-bolehnya mengerjakan ibadat penuh Haji & Umrah tatkala nikmat kekuatan dan kesihatan masih lagi ada pada diri ini. Niatlah untuk mengerjakan ibadat dengan lebih baik dari sebelum ini. إن شاء الله
(Al-Baqarah) 2:196 "وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ
0 comments:
Post a Comment