ISTAC 2009
August 03, 2009
ISTAC: 27th Terengganu Inter-Schools Taekwon-Do Annual Championship 2009
Kejohanan ini diadakan setiap tahun oleh Persatuan Taekwon-Do Negeri Terengganu sejak penubuhan dan sejarah penganjurannya bermula dari era gabungan ITF. Singkatan ISTAC mula diperkenal pada tahun 1995 oleh En.Mohd Agus Othman (Setiausaha Agung PTNT pada masa itu) dan saya sendiri bersama-sama En.Jani sebagai pereka grafik. ISTAC 1995 ketika itu memperkenalkan Piala Presiden Dato' Abd Rashid bin Ngah yang kini menjadi simpanan tetap SMK Tg Mizan Zainal Abidin (STEMZA). Sehingga kini singkatan ISTAC ini melekat.
Tahun 1997 di KUSZA adalah titik mula penglibatan saya sebagai pengarah penuh untuk ISTAC. Jawatankuasa ketika itu terdiri daripada ahli-ahli PTNT dan penuntut IPT IIUM-KUSZA. Penyertaan mencecah 1,500 peserta, suatu yang di luar jangkaan. Ketika itu saya masih menuntut di KUSZA dan pada tahun yang sama menubuhkan KUSZA International Taekwon-Do Association (KITA). Tanpa kawan-kawan saya baik yang menuntut di bawah payung KUSZA mahupun di bawah payung UIA, kejohanan itu mungkin amat-amat sukar dijayakan. Banyak cerita berkenaan ISTAC 1997 ini, tapi tak mahu dipanjangkan di sini. It is a great success for our taekwondo and for my colleagues from IIUM-KUSZA. Thank you for my two close assistants at that time Ahmad Faiz Syahrir & Ahmad Rusydan. Thank you Prep & Tech Team - pembuat banner secara tradisional - dulu mana ada printer banner mcm sekarang.
ISTAC sudah menjadi tradisi hingga Master Najmi tidak sanggup menerima kalau-kalau program ini dibatalkan. Kejohanan tahunan ini adalah untuk anak-anak murid taekwondo yang berpayung di bawah PTNT. Mesti dilaksanakan walaupun rugi dari segi kewangan, kerana belanjanya bukan sedikit dan PTNT mengambil kira susah payah anak-anak murid dalam negeri ini yang majoritinya bukan orang senang. Walau sekecil mana pun bentuk penganjuran, ISTAC tetap akan cuba dilaksanakan.
Tahun ini menjadi tahun pertama Cik Nasriah menjadi pengarah. Sudah tentu ada perkara yang menjadi pengajaran untuk dia perbaiki. Alhamdulillah, banyak perkara berjaya dia atasi. Saya hanya membantu amat sedikit (kerana kekangan masa dan kerja). Dia berjaya menggesa dalam pelbagai hal termasuk kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Negeri. Tempat kejohanan di MSNT tahun ini kita dapat guna matras terbaru. Disebabkan bilangan kakitangan terhad, hanya tiga (3) gelanggang dibuka. Dan ini kali pertama juga kami berusaha menghabiskan kejohanan dalam tempoh 12 jam lebih, tidak dilanjutkan ke hari kedua. Kekurangan yang dihadapi sudah dijangka kerana Nasriah hanya diberi masa 2 bulan untuk semua persiapan. Pujian harus diberi kepada Nasriah dan adik-adiknya serta pelatih dari Center KT.
Penyertaan juga, kalau dilihat hampir mencecah 400 peserta. Rata-ratanya hadir mendaftarkan diri pada hari kejohanan, mengakibatkan urusetia terpaksa bertungkus-lumus untuk menyegerakan data. Pn.Normaizaiah a.k.a my bini pun nampak sangat sibuk di meja urusetia, suatu yang tidak boleh dia ignore di setiap ISTAC. Seperti biasa dalam hal teknikal ad-hoc diberi kepada saya jika senior-senior seperti Abe Din DTA atau Abe Napi dok mari.... (sori tak jemput sebab kami tahu anda ada seminar grandmaster).
Khas juga saya ucap terima kasih kepada jurulatih senior yang bernaung di bawah pusat latihan KEMTA yakni Rahman (malangnya team beliau dari Politeknik tak dapat disediakan kerana isu H1N1), jurulatih-jurulatih junior Aizuddin, Yasir, Takhairi, Amir Harunsyam dan Amal Hakimah.
Tahun ini SKKB Kerteh tanpa teraju Kak Pah Cikgu Lama, juara pasukan terbaik Bawah 12 tahun 2007 dan 2008 hanya bawa pulang 3 emas 2 perak dan 1 gangsa dengan hanya penyertaan seramai 6 orang sahaja. Tahniah kepada IPD Marang juara Bawah 12 terbaru. Begitu pun IMTIAZ Dungun di bawah Aizuddin masih kekal Juara Bawah 17. Syabas.
Pasukan Dewasa Center Kemaman ? Ada 5 orang peserta. hanya tiga daripada mereka membawa pulang pingat. Pencapaian terbaik menerusi Hafiz dengan pingat perak. Saya tahu mereka bukan kejar pingat. Mereka puas bila ada peluang penyertaan. Paling bagus apabila Master Najmi sendiri spotted them as good prospect. Paling suka bila saya dengar, "Sir, saya rasa kena berenti rokok la, cepat semput...." That will be a good start! - "Bakpe mu dok gi ambik hadiah pingat? Mu lari mana?" - "Saya gi mutoh belakang, abih gas" - "Padan muke mung, kuat sangat isap rokok..."
Dua hari sebelum tarikh ISTAC, Kak Pah Cikgu Lama contact Puan Tok Kapor minta buat surprise buat Kak Cik (Amal Hakimah) sempena birthdaynya. Sebelum Kak Cik tiba di dewan Tok Kapor memberi arahan kepada mereka yang rapat dan tahu birthday Kak Cik, buat donno je, tak payah ucap selamat lagi, tunggu penghujung malam ISTAC...so abis je majlis penutup ISTAC - kumpulan Tok Kapor pun memproducekan kek secret recipe untuk birthday girl dari Kemamang. Boleh laaaa..... Sori aaa Kak Pah, simple je.... Takde topi and belon...
ISTAC 2009 yang simple dan berjaya. Many things to learn, many things have to be done. Semoga pada ISTAC seterusnya blackbelt PTNT yang tidak sempat hadir akan diluangkan masa dan diberi kesenangan supaya boleh juga menabur bakti....Insya-Allah....
- Senarai Pemenang Piala (klik)
Sisipan Majlis Harijadi di penghujung kejohanan
-Facebook: http://www.facebook.com/album.php?aid=32466&id=1310608169&ref=nf

| ||||
5 comments:
ni nk tournament ke nk sambut besday?..hu..hu..
X per x jemput pong...klau jemput pung frust nanti kalu yg dijemput x leh nk turun. Aper2 pung mmg frust x leh nk support tournament gu-gu kiter especially ISTAC ni.
Tahniah2..
Ni la lepas tournament...gambar masa tournament aku x ambik, masa mana nak pegang kamera...
Next year mu kena mari ah.... byk tahun dah mu skip ... most probably at new stadium sebelah yg runtuh tu...
Tqvm sir saiful n jie.. Jasamu dikenang. suprise bangat. Tahun depan tarikh istac buat tarikh hari jadi mak pulak oktober... haha
mmg suprise pung.
patutla pelik blake senyap je aritu.
huhu..
ape2 pun, thanks again la sir n ciksu.mintak2 taun depan dpt cake bentuk dobok plak ke.hehe..
bukan cake je.
dobok betul2 pun best gak.
huhuhu..
Post a Comment