Hantu "W"

July 19, 2011

Kisah semasa di KUSZA dulu, masa duk asrama Blok Abu Bakar...

Suatu pagi aku balik ke asrama dari rumah aku dengan menggohek motor bruce lee ku yg bijok, sampai kat bilik, jiran aku tegur:-

Jiran : "Mu dok dengo citer ke? Roommate mu kena 'ngosek'" 

Aku: "Dok pon, dia gi mana doh?"

Jiran:"Ada tu dlm bilik si "A".

Aku gi la cari dia, nok tahu citer, masuk bilik A :-

Aku:"Weh W, guaner mung aku dengo mu kena ngosek?"

W: "Biasa la, x dok mende pon."

W mcm xmboh citer panjang, muka buat selamber mcm macho.

W: "Dok la, aku semalam aku masuk bilik mung, aku letih ngak aku tetido atas katil mung, pahtu pagi tadi nok bangun dokleh, aku rasa doh ni kena tindih ah ni"

Aku: "Doh mung wat ganer?"

W:" Aku rilek jer, aku teringat ah ayah aku pernah org panggil mintak tolong sbb ada student kena histeria, ayoh aku selamber je cakap kat jin tu 'baik mu tubik, kalu dok aku bahang mu'...molek2 ada budok tu baik selalu...."

Aku: "Doh mung bahang ah hatu hok tindih mung? Biser ngak mung..."

W: "Hah, dok dang bahang dia lari dulu...Dia gini, kalu mu takut ke hantu, koho dia kaca mung...Aku geram ngak aku sound ah 'Mari ah nok gocoh!'..."

Mmmmm gitu weh...molek gok petua tu, tadok terlibat bacaan pelik2..satu motivasi yg berguna.... W pun napok cool je, aku tabik ah dia.

Aku pun gi kat bilik Jiran aku, citer pasal W kena tindih ni.... Selama aku tido situ tadok pulok mende2 hok ngaca aku.... Kebetulan dalam bilik Jiran aku tu ada kawan2 lain mari lepak.... Semua ketawa besor bila dengar aku olah balik citer W tadi... Aku heran, aku tanya bakpe pulok???"

Geng 1: "Weh, dia citer gitu ke mung? Aku rasa macam lain je kejadian tu..."

Geng 2: "Ajok gocoh mende, dia lari berapok (lintang-pukang) mitok tolong siap kabo aku kena tindih, aku kena tindih...muka pucat kesi...."

Sejak dari hari tu, W segan nak landing atas katil aku...Katil dia bolok penuh buku, katil orang gok jadi mangsa.... 

Tapi W tetap orang respek... Semua sahabat sayang dia... Identiti W dirahsiakan, yang tahu siapa dia buat2 tak tahu je laa...


Ahad lepas aku tembo 160km/hour ke KT utk ambik ayah aku, sementara tu rasa mcm nak visit pejabat kawan lama.... Tanya khabar.... Sihat molek dia, dan kebetulan ditakdirkan dapat juga jumpa senior SHAMS, the legendary Pok Ya (cakap Arab fluent dari skoloh lagi doh)... Semoga murah rezeki....


 'AZIZ & CO
Kuala Terengganu


"Pok Ya The Legend"

Read more...

Sharing Muzir: Pengajaran Sang Pencerah

May 23, 2011

Pengajaran Dari Filem ‘Sang Pencerah’



Alhamdulillah, saya baru selesai menonton filem Sang Pencerah.  Filem ini mengisahkan ringkasan kisah hidup Kiyai Haji Ahmad Dahlan (semoga ALLAH merahmati beliau) yang merupakan pengasas sebuah organisasi yang diberi nama Muhammadiyyah. 

Filem ini sarat dengan mesej untuk diambil pengajaran oleh kita semua, khususnya buat para pendakwah yang memperjuangkan usaha tajdid, iaitu suatu usaha untuk mengembalikan masyarakat agar kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar, sebagaimana yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

InsyaALLAH, saya akan berkongsi dengan kalian beberapa pengajaran yang telah saya kutip hasil dari menonton filem yang sangat bagus ini.  Kerana pada saya, walaupun jalan cerita atau kisah hidup seseorang tokoh itu memang sangat bagus untuk diketahui dan didekati, namun pengajaran-pengajaranlah yang lebih utama untuk kita fokuskan.


Peranan akal

Akal adalah kurniaan ALLAH Jalla wa A`la yang sangat besar manfaatnya kepada manusia.  Dengan akal, manusia boleh berfikir.  KH Ahmad Dahlan diceritakan sebagai seorang yang kritis semasa zaman remajanya.  Beliau tidak menurut sahaja apa yang dilakukan oleh masyarakat kampungnya, walaupun amalan itu dikatakan sebahagian dari agama.  Amalan khurafat, tahyul dan pengagungan yang tinggi terhadap pemimpin masyarakat adalah antara amalan yang menyalahi akal seseorang yang waras fikirannya.  Melalui akal yang berfikirlah, maka manusia dapat membezakan mana yang baik dan yang buruk pada peringkat permulaan dan asas.

Hal ini mengingatkan saya akan kisah Nabi Ibrahim `alaihissalam dan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Kebijaksanaan dan fungsi akal yang sihat telah menjadikan dua insan mulia ini tidak terikut-ikut dengan kancah maksiat dan kesesatan masyarakat mereka.  Dengan berfikir dan memaksimakan fungsi akal dengan cara yang betul serta dengan hidayah dan taufiq ALLAH, manusia bisa mengenal kebenaran.


Peranan ilmu

Disebabkan oleh akal dan fikiran remaja Muhammad Darwis (nama asal KH Ahmad Dahlan) yang tidak dapat menerima amalan masyarakat setempat, maka dibuat keputusan oleh beliau untuk menimba ilmu di Makkah, iaitu pusat terkumpulnya para ulama dan ilmu-ilmu ISLAM.  Beliau meluangkan masa beberapa tahun di sana dan bercampur dengan para ilmuan yang berbagai latar belakangnya.  Malah, beliau turut terkesan dengan gerakan tajdid yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad `Abduh.

Kepentingan ilmu mesti selalu ditekankan oleh para ibubapa, ilmu dan pemimpin masyarakat.  Agama yang diamalkan dengan ilmu diibaratkan KH Ahmad Kiyai di dalam filem tersebut sebagai muzik biola yang dihasilkan oleh orang yang pandai bermain biola.  Muziknya mendatangkan kedamaian dan keindahan pada orang yang mendengarnya.  Sebaliknya apabila biola itu dimainkan orang yang tidak mahir, maka bunyi biola yang dihasilkan adalah sumbang dan meresahkan orang sekeliling yang mendengarnya.

Itulah ibarat agama.  Agama apabila dibawa oleh orang yang berilmu akan mendatangkan rahmat dan kesejahteraan kepada ummat.  Samada orang yang beragama Islam atau yang belum beragama Islam akan mendapat 1001 kebaikan daripadanya.  Namun, apabila agama dibawa oleh orang yang tidak berilmu, maka agama akan dilihat oleh masyarakat sebagai menyusahkan, menekan dan banyak unsur-unsur asing turut dianggap sebagai agama.  Hal ini membuatkan manusia semakin menjauh dari agama.  Justeru, adalah penting bagi ummat ISLAM terutama yang menjadi pendakwah mempunyai ilmu yang mantap tentang agama.


Keyakinan

Dengan akal yang waras dan ilmu yang benar, maka akan lahirlah sebuah keyakinan.  Di dalam filem ini, telah dipaparkan betapa KH Ahmad Dahlan sangat yakin dengan perjuangannya.  Walaupun terdapat tentangan yang kuat oleh masyarakat setempat, namun dengan keilmuan beliau maka diteruskan perjuangannya itu.  Bukan mudah untuk membawa perubahan yang sudah sekian lama berakar umbi di dalam masyarakat dengan pelbagai ajaran khurafat, tahyul dan penambahan yang diwarisi oleh generasi demi generasi.  Apatah lagi ini semua direstui oleh pimpinan masyarakat yang berlatarbelakangkan agama, kononnya amalan itu semua adalah sebahagian dari agama. 

Usaha Kiyai Dahlan yang ingin membawa perubahan ini telah ditentang kuat sehingga beliau dituduh kafir dan malah langgar ilmu (sebuah rumah khas untuk pengajian) yang digunakan untuk menyebarkan dakwahnya dirobohkan secara paksa oleh penduduk setempat.  Kekuatan dalaman yang mantap dan keyakinan yang jitu sangat-sangat diperlukan bagi berhadapan dengan cabaran yang besar ini.  Para pendakwah mesti mempunyai nilai ini.  Tanpa keyakinan, perjuangan dakwah bisa runtuh di pertengahan jalan.


Sokongan

Walaupun telah berbekal dengan akal yang sihat, ilmu yang mantap dan keyakinan yang teguh, namun, bukan mudah untuk berhadapan dengan cabaran yang melintangi perjuangan dakwah.  Kadang-kadang hati goyah juga.  Di dalam filem ini, isteri KH Ahmad Dahlan digambarkan sebagai seorang wanita yang patuh dan taat kepada suaminya.  Tidak banyak peranan yang dizahirkan oleh isteri beliau di dalam filem tersebut. 

Namun, pada saat Kiyai Dahlan terasa lemah dan menyoal kepada dirinya kenapalah beliau tidak menurut sahaja masyarakat setempat dan tidak memulakan dakwah perubahan ini, ketika itulah peranan isteri beliau sangat-sangat tertonjol dan memberi kesan yang mendalam buat Kiyai Dahlan.  Isteri beliau mengimbas kembali bagaimana suaminya itu adalah manusia yang istimewa pada matanya sebelum mereka mendirikan rumahtangga.  Kiyai Dahlan bukan seperti pemuda biasa yang menurut sahaja amalan masyarakat setempat.  Disebabkan oleh sikap kritis inilah menjadikan Kiyai Dahlan sangat istimewa pada pandangan isterinya yang ketika itu masih dara remaja.  Jika Kiyai Dahlan bukan begitu orangnya, besar kemungkinan mereka tidak bertemu dan tidak menemui jodoh.  Kata-kata seperti ini dari seorang isteri kepada suami, saya kira bisa memberikan kuntuman bahagia di dalam hati serta mendatangkan kekuatan dalaman yang bertingkat-tingkat.

Hasil tarbiyah Kiyai Dahlan kepada isterinya, isteri beliau berupaya memberikan nasihat agama buatnya pada saat-saat yang genting ini.  Memiliki isteri yang solehah adalah perhiasan yang paling utama di dunia kerana melaluinya hati akan menjadi tenteram dan pendirian akan menjadi teguh.  Betapa besar peranan seorang isteri dalam memberi sokongan kepada seorang suaminya.  Di dalam filem tersebut, isteri beliau telah meletakkan posisi dakwah KH Ahmad Kiyai kembali di atas landasan yang kukuh dengan mengungkapkan ayat al-Quran yang berbunyi:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”  (Surah Muhammad 47:7)

Apabila saya terdengar ayat ini diungkapkan, wah terasa diri disiramkan air kesegaran untuk berdakwah.


Cekal walaupun terpaksa bersendirian

Atas keyakinan beliau bahawa apa yang dibawa beliau adalah benar, maka beliau tetap cekal dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang menimpanya, keluarganya serta anak-anak muridnya.  Memang telah diakui oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bahawa orang yang membawa kebaikan ini akan merasa asing dan diasingkan oleh masyarakat. 

“Sesungguhnya bermula datangnya ISLAM dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing seperti permulaannya.  Namun berbahagialah orang-orang yang asing itu.”  (HR Muslim) 

Hadith ini selalu saya dengar dan disebut oleh para pendakwah betapa terasingnya rasa diri tatkala ingin menyeru manusia ke jalan kebenaran.  Meremang tengkuk saya apabila hadith ini disebut oleh anak-anak murid KH Ahmad Dahlan di dalam satu babak yang menunjukkan anak-anak muridnya berdiri di hadapannya lalu beriltizam akan berdiri teguh bersamanya walaupun apa cabaran yang bakal mendatang.  Kerana itulah sifat dakwah.


Mencari peluang dan tidak menolak peluang

Dalam menyebarkan dakwah, KH Ahmad Dahlan bukan sahaja menumpukan kepada masyarakat setempatnya sahaja.  Malah beliau sentiasa mencari peluang untuk meluaskan lagi lidah dakwahnya.  Kerjasama dengan pelbagai pihak dengan bermatlamatkan dakwah tidak seharusnya ditolak oleh para pendakwah.


Bantu orang-orang miskin dan anak yatim

Di dalam filem tersebut, sangat nyata ditunjukkan betapa prihatinnya KH Ahmad Dahlan terhadap orang-orang miskin dan anak yatim.  Diberinya makanan, pendidikan dan lain-lain bantuan yang diperlukan. 



Ada satu babak di dalam filem tersebut ketika sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa, KH Ahmad Dahlan dan anak-anak muridnya berhalaqah ilmu terlebih dahulu.  Ditanya oleh salah seorang anak muridnya kenapa kita selalu mengulang-ulang bacaan surah al-Ma`uun, sedangkan banyak lagi surah untuk dibaca dan dibincangkan. 

Lantas ditanya kembali oleh Pak Kiyai kepada anak muridnya itu, “Sudah berapa ramai orang miskin dan anak yatim telah engkau santuni?”  Beliau menambah lagi, “Kita belajar al-Quran bukan untuk segera hafal semuanya, tetapi untuk dilaksanakan ajaran yang terkandung di dalamnya.”  Lebih kurang begitulah kata-katanya. 

Saya kira mesej sebegini jarang ditekankan oleh para guru.  Berbuat baik kepada orang-orang miskin dan anak yatim adalah penting dan kita risau kita nanti digolongkan sebagai orang yang mendustakan agama sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Ma`uun, na`udzu billahi min dzalik.


Berorganisasi dan Berpakatan

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta`ala:

 وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”  (Surah Ali-`Imran, 3:104)

Ayat di atas menjadi alasan yang kuat untuk KH Ahmad Dahlan membentuk satu organisasi yang tersusun bagi menyampaikan usaha amar ma`ruf dan nahi mungkar.

Sepanjang filem ini, telah ditunjukkan beberapa usaha dakwah KH Ahmad Dahlan yang mana beliau tidak hanya menjalankan dakwah ini secara berseorangan.  Beliau telah menjalinkan pakatan dan bergabung dengan lain-lain kumpulan bagi menjayakan seruan pembaharuan ini.  Apabila kita berpakat dengan pihak lain dan ingin berdakwah dalam skala yang lebih besar, maka persiapan dan nilai toleransi mesti ada. 

Kita tidaklah boleh hanya ingin membawa nilai kita sendiri sahaja.  Perlu juga diraikan nilai-nilai lain dari pihak yang kita telah pilih untuk bergabung dengan mereka.  Semua aspek keduniaan boleh kita toleransi dan berlapang dada akannya.  Tetapi, jika bertembung dengan pihak bukan muslim dalam hal agama, maka prinsipnya ialah “lakum dinu kum wa li yadin” iaitu “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

KH Ahmad Dahlan hanya menubuhkan organisasinya setelah beliau benar-benar bersedia dari segi ilmu dan pengalaman hasil dari belajar dengan lain-lain organisasi yang telah beliau bekerjasama sebelum ini.  Organisasi yang diberi nama Muhammadiyah telah diwujudkan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi khas untuk mengatur sosial masyarakat ke arah yang lebih baik dan sesuai dengan ajaran agama ISLAM yang sebenar.


Adab, Adab, Adab

Pada pandangan saya, nilai adab begitu ketara menjadi mesej utama filem ini.  Ditonjolkan di dalam filem ini betapa ahli masyarakat saling hormat-menghormati dan saling menjaga adab sesama mereka.

Memang terdapat unsur kekerasan yang ditunjukkan oleh pemimpin masyarakat di dalam filem ini, namun ia lumrah seorang pemimpin yang ingin menjaga keharmonian dan kemaslahatan masyarakatnya.  Beliau hanya bertindak melindungi masyarakatnya agar tidak dicerobohi dengan unsur-unsur asing yang belum tentu benar atau tidaknya.  Sifat pemimpin masyarakat yang suka bermesyuarat dahulu sebelum membuat keputusan dan menghormati setiap ahli mesyuaratnya sangat perlu dicontohi.

Sebagai pendakwah yang ingin membetulkan ahli masyarakat, KH Ahmad Dahlan di dalam filem ini telah mengajar kita bahawa dakwah mestilah dijalankan dengan penuh adab dab sabar.  Beliau sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang yang berilmu dengan semua peringkat masyarakat.  Walaupun beliau rasa perjuangannya benar, namun beliau sentiasa menghormati golongan agama yang terlebih dahulu memimpin masyarakatnya.  Beliau tidak melampaui batas ukhuwwah dalam berdakwah.  Beliau tetap menghormati para ulama tradisi, tetap tidak melangkaui susunan sosial sedia ada, tetap menjaga tata susila dan menjaga perkataan apabila berhujah dengan golongan ulama tradisi, tetap mengikuti peraturan dan amalan setempat dalam batas yang dibenarkan dan banyak lagi elemen-elemen adab yang ditunjukkan di dalam filem ini. 

Saya kira ia boleh diambil iktibar yang banyak oleh para penyeru tajdid yang rata-rata dari golongan muda bagaimana berinteraksi dengan masyarakat secara sejahtera dalam masa yang sama menyebarkan mesej dakwah.  Sekurang-kurangnya dengan menjaga adab, banyak perkara buruk boleh kita elakkan.

Hasil dari adab dan mengutamakan ukhuwwah, akhirnya dakwah tajdid yang dibawa oleh KH Ahmad Dahlan diterima bukan sahaja oleh masyarakat setempat, malah diberi ruang oleh pemimpin agama setempat.  Mereka berlapang dada dalam hal ini, asal sahaja ukhuwwah Islamiyyah terjaga.  Saya cukup terkesan dengan kata-kata berikut yang diungkapkan oleh pemimpin ulama tradisi pada akhir filem kepada KH Ahmad Dahlan ketika mereka bersendirian berdua di dalam masjid: 

“Kita ini sama-sama muslim, sama-sama bersaudara….. Kita lakukan tugas kita masing-masing, melindungi kewibawaan agama kita, kebenaran ada di tangan ALLAH, manusia seperti kita hanya berikhtiar”

Fikir-fikirkan…
Untuk mengenali organisasi Muhammadiyah dengan lebih dekat, mungkin kalian boleh melawat laman web berikut, insyaALLAH:  http://www.muhammadiyah.or.id/

Itulah antara yang sempat saya catitkan di sini.  Sebenarnya banyak lagi, tetapi saya rasa kalian mesti tontonnya sendiri untuk mengutip banyak mesej pengajaran daripadanya, khususnya buat pendakwah yang ingin membawa mesej tajdid bagi mengembalikan semula ummat ke ajaran ISLAM yang sebenar. 

Saya secara peribadi sangat menggalakkan kalian menontonnya.  Filemnya bagus, jalan ceritanya menarik dan sarat dengan pengajaran.  Semoga catitan ini bisa memberi manfaat buat diri saya kalian yang sudi membacanya.
WAllahu Ta`ala A`lam.

[1] AMALKANLAH apa-apa yang baik dari tulisan ini [2] SEBARKAN & KONGSILAH tulisan ini dengan rakan taulan anda [3]Jangan lupa sertakan alamat www.muzir.wordpress.com apabila anda menyebarkan tulisan ini, supaya dapat memudahkan proses rujukan pada masa akan datang [4] KOMEN & PENDAPAT anda amat dialu-alukan. [5] Semoga dengan tuan/puan beramal, menyebarkan dan berkongsi pendapat terhadap tulisan ini, dibalasi ALLAH dengan hasanah, amin.


Read more...

SANG PENCERAH

May 22, 2011


Selepas Laskar Pelangi tahun 2008, muncul pada tahun lepas kisah sejarah kiyai Hj Ahmad Dahlan, pelopor tajdid dan gerakan Muhammadiyyah di Indonesia....

Sinopsis Wiki:-
-----------------------------------------------
Sang Pencerah adalah film drama tahun 2010 yang disutradarai oleh Hanung Bramantyo berdasarkan kisah nyata tentang pendiri Muhammadiyah, Ahmad Dahlan. Film ini dibintangi oleh Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan, Ihsan Idol sebagai Ahmad Dahlan Muda, dan Zaskia Adya Mecca sebagai Nyai Ahmad Dahlan.

Film ini menjadikan sejarah sebagai pelajaran di masa kini tentang toleransi, koeksistensi (bekerjasama dengan yang berbeda keyakinan), kekerasan berbalut agama, dan semangat perubahan yang kurang.[1] Sang Pencerah mengungkapkan sosok pahlawan nasional itu dari sisi yang tidak banyak diketahui publik. Selain mendirikan organisasi Islam Muhammadiyah, lelaki tegas pendirian itu juga dimunculkan sebagai pembaharu Islam di Indonesia. Ia memperkenalkan wajah Islam yang modern, terbuka, serta rasional.[2]
 
Sepulang dari Mekah, Darwis muda (Muhammad Ihsan Tarore) mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Seorang pemuda usia 21 tahun yang gelisah atas pelaksanaan syariat Islam yang melenceng ke arah sesat, Syirik dan Bid'ah.

Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini ke barat ternyata bukan menghadap ke Ka'bah di Mekah, melainkan ke Afrika. Usul itu kontan membuat para kiai, termasuk penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Penghulu Cholil Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo), meradang. Ahmad Dahlan, anak muda yang lima tahun menimba ilmu di Kota Mekah, dianggap membangkang aturan yang sudah berjalan selama berabad-abad lampau.

Walaupun usul perubahan arah kiblat ini ditolak, melalui suraunya Ahmad Dahlan (Lukman Sardi) mengawali pergerakan dengan mengubah arah kiblat yang salah. Ahmad Dahlan dianggap mengajarkan aliran sesat, menghasut dan merusak kewibawaan Keraton dan Masjid Besar.
Bukan sekali ini Ahmad Dahlan membuat para kyai naik darah. Dalam khotbah pertamanya sebagai khatib, dia menyindir kebiasaan penduduk di kampungnya, Kampung Kauman, Yogyakarta. "Dalam berdoa itu cuma ikhlas dan sabar yang dibutuhkan, tak perlu kiai, ketip, apalagi sesajen," katanya. Walhasil, Dahlan dimusuhi.

Langgar Kidul di samping rumahnya, tempat dia salat berjemaah dan mengajar mengaji, bahkan sempat hancur diamuk massa lantaran dianggap menyebarkan aliran sesat[3].

Dahlan, yang piawai bermain biola, dianggap kontroversial. Ahmad Dahlan juga di tuduh sebagai kyai Kafir karena membuka sekolah yang menempatkan muridnya duduk di kursi seperti sekolah modern Belanda, serta mengajar agama Islam di Kweekschool atau sekolah para bangsawan di Jetis, Yogyakarta.

Ahmad Dahlan juga dituduh sebagai kyai Kejawen hanya karena dekat dengan lingkungan cendekiawan priyayi Jawa di Budi Utomo. Tapi tuduhan tersebut tidak membuat pemuda Kauman itu surut. Dengan ditemani isteri tercinta, Siti Walidah (Zaskia Adya Mecca) dan lima murid murid setianya : Sudja (Giring Ganesha), Sangidu (Ricky Perdana), Fahrudin (Mario Irwinsyah), Hisyam (Dennis Adhiswara) dan Dirjo (Abdurrahman Arif), Ahmad Dahlan membentuk organisasi Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berpikiran maju sesuai dengan perkembangan zaman.[4]
--------------------------------------------------------

Kyai Haji Ahmad Dahlan
Ahmad dahlan.jpg
Lahir 1 Agustus 1868
Yogyakarta
Meninggal 23 Februari 1923
Yogyakarta
Dikenal karena Pendiri Muhammadiyah
dan Pahlawan Nasional
------------------------------------------------------------------


"Muhammadiyyah" sebenarnya bermaksud 'pengikut ajaran Nabi Muhammad'. Pada mulanya bila nama ini dicadang oleh kiyai Ahmad Dahlan, murid-muridnya merasa pelik kerana nama itu seperti nama wanita.  Organisasi Muhammadiyyah bukan bermotif atau sebuah organisasi politik (walaupun tidak dapat tidak pandangan-pandangan agama sudah tentu menyentuh perihal politik negara), ianya lebih kepada pendidikan dan dakwah.  (lihat juga http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammadiyah ).  


"Kebenaran diperoleh nikmat kemanisannya hanya selepas melalui kepahitan"

Bak kata kiyai Hj.Pi'e, "Ujian Itu Tanda KasihNya" 

Download filem ni kat sini  [Sang Pencerah Movie Download]


Read more...

Bila Terpanggil II

March 29, 2011


Alhamdulillah, selamat semua. Masa flight pulang dari KL ke KT, plane tak dapat landing sbb hujan di KT teramat lebat, so pilot buat U-Turn, kami "disembark"  dan tunggu hingga jam 12:00am utk boarding semula. Walaupun hujan lagi lebat dari yang pertama tadi, pilot kali ni landing jugak dengan beraninya... fuhhh.... 

Segalanya baik di Tanah Haram, tidak ada kelibat penunjuk perasaan ke apa ke.  Cuma plan asal kami untuk ke sana bersama-sama 2 pasangan kawan kami Pok Zahang iPhone dan Pok Yeh RHB yg baru kawin serta 5 lagi yang nak mengikut tapi tak jadi sebabnya visa ditangguh...  So kali ni menjadi rezeki kami dapat bawak anak-anak dan bila Tok & Tokki tahu cucu nak pergi, mereka pun nak ikut sama bersekali dengan 3 anak-beranak, yang tak jadi pergi berganti dengan ahli keluarga... 

Di KLIA penuh dengan jemaah, pelik jugak umrah kali ni, rupanya di situ travel agency bagi penerangan memaklumkan bahawasanya umrah ini memang seperti musim haji, para mutowwif menggelarkan 'mini-haji' kerana visa yang tertangguh sebelum ini dikeluarkan serentak, bukan Malaysia shj bahkan seluruh dunia.  

Bawa anak-anak perempuan sorang yang 3thn dan yg kakaknya sudah 8thn. Hotel kali ni agak jauh dari yg sebelum ini.  Susah-susah pun kita harungi segalanya dengan doa-doa. Susah pun seronok dan amat amat bersyukur kerana peluang dan pengalaman berharga ini.

Buat pertama kali kami tawaf dalam hujan lebat jam 1.00am, sehingga lapangan tawaf ada macam bertakung dan jemaah mengharung. Saya dukung anak saya sepanjang tawaf dan sebahagian saei.  Tahniah buat anak sulungku Nur Najihah yang berjaya habiskan umrah dan kuat berjalan, hehe, masa nak habis saei dia ada start komplen lenguh kaki so kita bagi chan dia naik wheelchair sama adik dia ditolak oleh pak arab.
Dpt mesej dari classmate uia dulu Mr.Musyaini dan isterinya Pn. Sharina (pun classmate), mereka baru je sampai tanahair, tak sempat jumpa. Alhamdulillah, bro, mu meme bijok paka spek nge bini...haha...



Dapat pula jumpa junior uia-kusza bro.Shapizan (was a student of mine and also a good pious taekwondoist and martial artist, now a lecturer), memang kerja dia selalu bawak jemaah ke Tanah Haram utk umrah dan haji, lama tak jumpa dan Allah menemukan kami di Tanah Suci Madinah, waktu Subuh dia panggil saya... wah happy betul.  

 with Ustaz Shapizan Johari di Madinah

di luar Masjidil Haram, Makkah


Antara personel agama yang kebetulan saya jumpa iaitu fadhilatus-Syeikh Hussein Yee (Yayasan al-Khadeem) dan guru saya Dr. Abdul Basit Abdul Rahman a.k.a Abu Anas Madani (penterjemah kitab Hisnul Muslim, ada dijual oleh sykt Telaga Biru),  seronok dapat bersemuka dengan beliau dan dapat berbicara sejenak di Masjid Ja'rannah dan lebih seronok masa itu juga dapat kenal anak-anaknya - kecek kelate belako pahtu belaja taekwondo pulok samo denge kito, under Pok Nik mungkin...



Antara yg nak sangat saya jumpa - rakan blog ternama 
(ni takde buat appointment, taqdir temukan kami):-
Bersama Che Lie, eksekutif di Hotel al-Safwah Royale Orchard 
Saya mengikuti perkembangan harian Makkah melalui blog beliau  
(http://manzlie-makkah.blogspot.com/)

 
Bersama (org gelar Dato Bandar Makkah) Tn.Hj.Arshad, super-muttowwif 
(yg ni saya yg letak la)
(http://hajiarshad.blogspot.com/)


Sebahagian Kenangan
 
Semoga anak-anak kami menjadi penyejuk mata dan hati buat kami



mmmmm....sapa nak pegi lagiii ???......

إبن أشعري

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP