Hacker Pengacau Laman

March 19, 2009


Pernah seketika laman www.taekwondo-terengganu.com di'hack' oleh extremist Muslim Turkey. Kandungan laman ini bertukar menjadi mesej yang menggambarkan kemarahan mereka terhadap kekejaman Yahudi. Walaupun mesejnya agak murni, tindakan mengacau-ganggu laman bukan miliknya memburukkan lagi nama yang mereka perjuangkan. "Perjuangang korok kering mung, cara mu saloh."

Laman taekwon-do rakan saya seperti Dins Taekwon-Do Academy pun pernah kena hack dengan kandungan porno. Meletup nama DTA tersohor diseluruh penggemar taekwon-do - agaknya lah.


So macam mana nak buat kalau perkara ini terjadi. Sebagai webmaster, sekiranya anda bertaraf pro yang tahu mengendalikan DNS mungkin boleh mengambil langkah yang cepat dengan mengubah kembali laluan jika laluan asal laman dipesongkan ke laman hacker (redirect). Tapi kalau tahap webmaster kebanyakan (bukan pro) seperti saya jalan terpantas adalah menghubungi syarikat pengendali server dan melaporkan perkara ini. Biasanya mereka akan off-kan dahulu laman kita yang tercemar dan "mencuci" sehingga kembali normal.



Kadang-kadang webmaster tak sedar yang kandungan lamannya dicemari oleh hacker. Kalau setakat mesej dan iklan bertulis mungkin ok, tapi kalau dah tersiar gambar-gambar yg gitu-gitu - malu lah juga. Jadi kena prihatin.

Forum juga tidak terkecuali. Kebanyakan forum menerima pengguna/user dengan mudah dan apa-apa posting termasuk muat-naik gambar bebas dilakukan. Jadi moderator forum harus prihatin dengan sentiasa memantau. Forum MGTF pernah dimasuki "pencuri", tapi forum ini terdiri daripada lebih dari seorang moderator dan mereka bertindak menangani masalah dengan baik. Syabas moderator-moderator Forum MGTF.

Hari ini saya browse through satu forum taekwon-do dan malangnya isi-kandungnya telah tercemar. Menu forum mempunyai tajuk-tajuk menarik dalam taekwon-do seperti Pattern dan Teknik. Malangnya dalam semua tajuk-tajuk pasti mempunyai anak tajuk yang "tercemar". Mungkin moderatornya sendiri lama tak login. Harap dapat bertindak.









1 comments:

Adam A. March 19, 2009 at 1:24 PM  

Kesian aku tgk forum depa. Kesucian telah tercalar. Tp takper, aku dah inform Chris ttg forum dia.

Bro, tq for the quick response.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP