Sharing Ruqyah

August 12, 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ustaz Pi'e menasihati saya sekeluarga mengamalkan Ruqyah Syariah berikutan melandanya wabak terkini. Asalnya Ustaz Pi'e tahu yang anak saya tidak ke taska dan saya kuarantinkan dia di rumah sebab dia batuk dan taska tidak membenarkan murid yang ada tanda selsema, batuk atau demam hadir.

Secara khususnya Ruqyah diamal oleh tabib atau perawat dari tanah arab. Saya mula tahu Ruqyah melalui Terapi Islam Al-Fattah, tapi tidak mengamalkannya sehinggalah Ustaz Pi'e yang cakna dengan keadaan wabak yang mungkin lambat laun melanda tanah lahirnya Kemaman - tempat mastautin kami kini.

Ada sesetengah menyatakan amalan Ruqyah ini syirik. Tapi method Ruqyah diamal secara meluas kini, ramai ustaz-ustaz yang mengesahkannya yang kebanyakannya dibaca untuk rawatan gangguan jin. Hatta ada bacaan Ruqyah daripada syuyukh (syeikh-syeikh) dari Tanah Suci boleh kita dengar melalui online.

Apa yang saya tahu Ruqyah Syariah adalah susunan bacaan petikan ayat-ayat suci al-Quran dan dibaca secara berulang-ulang. Tidak ada bacaan lain. Pendokong amalan ini menguatkan dengan hadis sabda Nabi:-

" Tidak apa-apa ruqyah itu selama tidak mengandung syirik” (HR Muslim).




Selagi ia tidak menyandarkan dengan perkara lain selain dari Allah, sudah tentu bukan syirik.

Dalam masa yang sama ikhtiar lain juga harus kita cuba ambil tahu seperti amalan meminum air buah-buahan terutama epal hijau dan juga madu asli sidir.

Sekadar Ikhtiar....


4 comments:

ustazshafiee August 12, 2009 at 12:55 PM  

selagi kita mgamalkan ayat alquran dan hadis nabi, insyaallah takkan memudaratkan kita. masalahnya kalu kita guna ulik mayang, buat acak utk mknan jin, barulah dikira khurafat.

shariza August 12, 2009 at 3:26 PM  

Bukan ke ubat segala penyakit ada tercatat di dalam Al-Quran? Cuma kita yang jarang mengamalkan di dalam kehidupan seharian kita. Itu salah satu usaha yang mampu kita buat di samping berdoa kepadaNya.

Rozaimi Bin Mohd Said August 17, 2009 at 3:40 PM  

sepung, thanks for sharing...mu bagitau aku ruqyah ari tu, puah aku dok pikir, apa kebendanya tuh...

penyupucat August 30, 2009 at 1:35 PM  

nie baru blaja nak posting... bagus untuk hafal rukyah nie..pastu baca biar sebati dlm diri @ jazam... insya-Allah.. ada juga doa-doa spt kalimah tammah..doa nabi sulaiman..selawat tafrijiah..penghulu istifar..bismillah 6 untuk benteng diri dan keluarga..bukan apa mana lah tau suatu hari nanti diperlukan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP