JAIS v ASRI : Limaazaaaaaaa???

November 02, 2009

PECOH BOR ORG GANU KATA.....
RASA-RASA DR.MAZA BOLEH SAMAN TAK JAIS?

Dr. Mohd. Asri dilepaskan dengan bon

02/11/2009 12:43pm


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini dilepaskan dengan bon tanpa cagaran oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan hanya diminta untuk hadir bagi siasatan pada bila-bila masa apabila dihubungi. - Utusan

www.drmaza.com

Laporan Terkini



Dr. Mohd Asri bersama Adun Pelabuhan Klang, Saari Sungip.

Lagi gambar isu penahanan Dr Mohd Asri, sila klik di sini.


Laporan Terkini (1.50ptg)


Dr Mohd Asri kini berada di Hotel Putra KL.
Beliau menerima jemputan perbincangan bersama Datuk Jamil Khir.




  1. Ulasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , sila klik di sini.
    PM & Kerajaan Pusat takde sangkut paut dgn tindakan JAIS....





  2. Ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, sila klik di sini.


    Menteri bahagian hal-ehwal agama ckp kerajaan pusat tak terlibat






  3. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Pegawai JAIS adakan perbincangan dengan Dr.Asri, muncul di mahkamah lewat dua jam”, sila klik di sini.
    Yang ni lawak nih....




  4. Ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim, sila klik di sini.


    "Orang menghina agama, anti-Islam, JAIS tak pula ambil tindakan tapi seorang bekas Mufti, seorang ulamak memberi ceramah, ditangkap pula."



  5. Ulasan daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, sila klik di sini.

  6. Lagi laporan daripada Mstar Online : “Bekas Mufti Perlis anggap diri disabotaj JAIS”, sila klik di sini.






    SEKARANG LIHAT RESPONS TOLER AIR PGSM :-

    Kenyataan Media


    Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM


    Ahad, 1 November 2009






    Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr.Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-




  • Kami melahirkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.

  • Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah. Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.

  • Kami turut merasa MUSYKIL dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedangkan belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.

  • Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah  (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.

  • Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.

  • Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.

  • Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.


Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.




Ditandatangani oleh :


……………t.t..………………….
MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
"Tukang Kucar"
























  1. Mohamad Isa Abd. Ralip
    Smart weh nate nih!!!







    TENGOK "TUKANG KUCAR" KATA MENDE PLOK :-





    Sementara itu, beliau berkata, PGSM dan NGO Islam mengakui kesilapan mereka sehingga menyebabkan kandungan memorandum itu 'bocor' di dalam laman web PGSM sejak Khamis lalu.




    "Namun saya mengakui kandungan memorandum itu memohon Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan supaya tidak melantik Mohd Asri menjadi Yang Dipertua Yadim," katanya.


    Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya hairan dengan keputusan Mohd Asri yang 'menolak' lebih awal tawaran pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Yadim kerana kerajaan belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.


    "Kami kesal dengan Mohd Asri memperbesarkan dan mencari publisiti terhadap perkara yang menjadi hak dan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan. Ini adalah isu dalaman yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah," katanya.




    "DEYYYYYYYYYY!!!!!
    PADAIYAPPAAA LAAA!!!!"
    ente buat ana fenin la
     

1 comments:

Noordin Khalid November 3, 2009 at 8:59 AM  

JAIS ... wa pun tak faham ...habis semua ulamak disapunya.

Kena nyanyi lagu Mat Jais lepas ni ...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP