YE KE ASRI?

November 01, 2009

Dalam facebook semalam saya ada sound sedikit tindakan sebuah persatuan peringkat kebangsaan yg mewakili peguam syarie menandatangani memorandum membantah cadangan oleh PM utk sahabus-samahah Dr. M.Asri Zainul Abidin (DR.MAZA) untuk menerajui Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) .... baru je cadangan, belum lagi Dr.Maza setuju....

Secara jelas rupanya puak-puak peneraju persatuan loyar syarie tak suka dengan Dr.Maza dan meletakkan beberapa tuduhan antaranya Dr.Maza ni ektremis. Tapi kita perlu dengar juga kata orang (dengar, kita izin, bukan redha lagi).

Saya bukan kenal sangat Dr.Maza tapi dah diperkenalkan suatu ketika dulu di UIAM semasa beliau buat phd di sana. Rakan saya Hj.Hafiz Ariffin (2nd Dan) junior Ustaz Asri semasa di Ali-Albayt University di Jordan yg memperkenalkan. Masa tu bekas2 pelajar dari Jordan ramai yg sambung di UIA dan UKM. Geng2 Jordan ni lah yg khabarkan kpd saya..."ni ustaz asri...bisa dia ni... kitorang hormat betul dia...antara yg pelajar hebat Malaysia di Jordan..."

Memang hebat sebab dia berani berdebat dan yg melonjak namanya dulu debat beliau dgn ASTORA JABAT. Forum debat tu anjuran PAS, tetapi bila dilihat reaksi Dr.Maza masa tu dia bukan mewakili parti PAS...hanya event forum itu shj dianjur oleh PAS... penyokong2 PAS masa tu duk takbir2 dgn nada marah kat Astora Jabat semasa dia beri pendapatnya dan Dr.Maza kerap kali menenangkan keadaan, meminta kesabaran mereka....kalau tak silap dia ada sebut "tolong jgn buat begini..." . Keadaan mcm hampir bertukar ganas.... Pada masa tu ramai yg sangka yg Dr.Maza ni anakdidik PAS yg akan kembali ke tanahair dan aktif dgn parti. Tapi kawan2 saya beritahu saya, ustaz Asri ni lain lah...dia tak bias..... ok.... tak kisah sgt lah...

Kawan2 saya ni kadang2 bercerita tentang ibadat2 dan hukum-hakam tapi secara slow dan tak bersungguh2... mereka ckp bila ditanya shj. Dan lengkap dgn hadis serta pendapat. Kita masa tu dengar je la...dah kawan2.... mcm lain sikit la... tapi tak le menghairankan sgt. Dah diorang belajar kitab. Sekarang saya mendengar kembali beberapa perkara yang pernah saya dengar sebelum ini dari mulut geng2 Jordan ini, kali ini melalui kuliah, ceramah dan penulisan Dr.MAZA .... yang betul2 terkena dengan amalan ibadat masyarakat kita... yg mungkin sudah sebati... contohnya isu kenduri arwah etc. Cuma kali ini saya betul2 dengar dan belajar, tak macam dengar dari kawan yg dulu2...sbb Dr.Asri bergelar Mufti. Kalau menurut nasihat geng2 Jordan dulu, dalam persoalan ibadat khusus rukhsoh solat, amatlah munasabah dan memudahkan jika mengikut keadaan. Bukan byk sgt perbezaannya dengan apa yg pernah kita belajar di sekolah, cuma lebih detail, mudah dan lebih kena dgn situasi kehidupan bekerja kita. Sukatan di sekolah terlalu umum dan cetek. Dan bila kita soal, jwbnya sbb ustaz yg bgtahu begitu, kita terima bulat2.

Setakat yg saya dengar kuliah2nya, takde la pulak kata2 cerca dilempar terhadap ulama'2 besar spt Shafie. Penjelasan Dr.Maza pula realistik, lojik dan paling penting BERDALIL terutama dengan hadis-hadis sahih. Beliau pula dgn Phd nya dalam ilmu hadis, bukan calang2 phd dan penulisan thesisnya telah dijadikan rujukan dan dicetak di Lubnan, diguna pakai... dikenali sbg "Sabab Wurud Hadith" . Saya pernah belajar Mustalahul Hadith semasa sekolah, dan ada sambung sedikit semasa universiti, tu pun sbb ada dalam sukatan. Ilmu ni mmg penting dan Dr.Maza ni adalah "ahli" dalam ilmu ini. Sudah tentulah ada kajian2 tentang kesahihan sesuatu hadith samada hadith tu betul atau palsu, sahih atau mawdu' etc. Ada juga yg tuduh beliau berfahaman Wahabi, yg mana sudah dinafikan. Banyak lagi tohmahan yg setengah pihak lontar kpdnya.

Semasa beliau jadi mufti ramai dikejutkan dgn pandangan-pandangan berani. Sbg contoh; secara terang beliau menyatakan upacara meletak bunga dan tunduk hormat di tugu negara adalah haram kerana boleh disamakan dengan amalan berhala (masa tu Pak Lah). Memang patut pun, lojik. PAS pun sokong. Sebelum ni pun PAS dah hentam upacara ni, tapi biasa la, sebab PAS ni parti politik, jadi yg bukan PAS sudah tentu anggap ni motif politik. Bukan yg ni shj Dr.Maza sound kerajaan, byk lagi. Tapi bila dia sound yg penceramah PAS ni tak patut memaki hamun....marah betul org PAS... huhuhu... dan banyak lagi lah.... semua pihak kena....

Menurut Dr.Maza fitnah terbaru ini betul2 mencemar maruahnya. Video:-

Bahagian 1




Bahagian 2





Nak tulis panjang, kita ni bukan berilmu tinggi. Nak berubah kpd suatu yg tampak lebih benar, dari suatu yg sudah lama sebati dengan tiba2 mmg la sukar.... Kita berbeza pendapat. Pendapat Dr.Asri berdalil. Apa salahnya dengar. Kalau Dr.Maza ni salah, adakanlah platform yg sesuai dan berani. Duk main tuduh-menuduh, tulis dalam blog, rasa tak ke mana. Memang keras orang kita. Marilah berdoa keadaan menjadi semakin baik untuk agama kita, agama benar yang tidak susah kita amalkan. Semoga kita bertambah kuat di tanahair ini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP