Solawat Ibadah

December 12, 2009

  SOLAWAT ITU IBADAH


قد أمرنا الله أن نصلى عليك ، فكيف نصلى عليك ؟ قال : قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل ابراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل ابراهيم ، والسلام كما قد علمتم.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah diperintahkan untuk berselawat ke atas kamu, maka bagaimanakah caranya kami ingin berselawat ke atas kamui?  Berkata Rasulullah s.a.w : Katakanlah oleh kamu:   'Allahumma solli ‘ala Muhammad  Wa ala aali Muhammad kama sollaita ala aali Ibraahim wa baarik ala Muhammad wa ala aali Muhammad kama baarakta alaa aali Ibrahim' dan berilah salam sebagaimana yang kamu ketahui." ...Hadis SAHIH Riwayat Imam Muslim: 1/305/405, Tirmizi: 3220, Malik (Al-Muwatto'):1/165/397, Ahmad:22406





"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberikan kurnia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung."...H/R Ahmad dan Thahawi dengan sanad sahih dan Bukhari dan Muslim tanpa lafadz 'ahlu baitihi' (anggota keluarganya).







“Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Ya Allah, berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammadn sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.”.....H/R Bukhari, Muslim, Nasa'i, Humaidi, Ibnu Mandahdan dia menyatakan hadis ini telah disepakati sahihnya.



"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.” ....H/R Ahmad, Nasa'i, dan Abu Ya'la dengan sanad sahih. 





"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi kurnia kepada [keluarga] Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung." ...H/R Muslim, Abu Awanah, Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, dan Nasa'i, disahkan oleh Hakim.




 "Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu], [dan keluarga Muhammad] sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. ...H/R Bukhari, Nasai, Thahawi, Ahmad, Isma'il Al-Qadhi dalam Kitab Fadhlush Shalah 'alan Nabiyyi  halaman 28.



"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [kepada] para isterinya dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim; dan berikanlah kurnia kepada Muhammad, [kepada] para isterinya, dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [keluarga] Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung." ...H/R Bukhari, Muslim, dan Nasa'i.




"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad dan berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat dan kurnia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung."  ...H/R Nasa'i, Thahawi, Abu Sa'id Ibnul A'rabi dalam Al-Mu'jam (79/2) dengan sanad sahih. Ibnul Qayyim dalam Kitab Al-lala' halaman 14-15 menisbatkan hadis ini kepada Muhammad bin Ishaq As-Siraj, kemudian beliau menyatakan sahihnya.  

"SAIDINA"


DALAM hadis-hadis di atas tidak ada satu pun kalimah "saidina" atau "sayyidina".  Terdapat larangan Rasulullah s.a.w kerana Ghulu' (mengagung-agungkan) beliau dengan hadis yang bermaksud:- 


“Dari Anas bin Malik, sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Muhammad, wahai tuan kami, wahai anak tuan kami dan anak orang baik kami! Maka bersabda Rasulullah SAW: Wahai manusia! Hendaklah kamu jaga kata-katamu, jangan sampai kamu diperdayakan oleh syaitan, aku adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan UtusanNya. Demi Allah, aku tidak suka kamu mengangkat kedudukanku lebih dari yang telah Allah Azza Wa Jalla mengangkat untuk aku” ...H/R Ahmad (13106) Musnad – Hadith Sahih 


Berkata Mahmud Hasan Salman: “Dan Imam Syafie sendiri, yang Allah angkatkan kedudukannya, dan yang paling banyak menta’zimkan Nabi SAW, memulakan kata-katanya di dalam kitab karangannya dengan lafaz: Allahumma Solli ‘Ala Muhammad (tanpa sayyidina). ...Al-Qaulul Mubin Fi Akhta’il Musollin, Mahmud Hasan Salman, ms 154


Kitab Al-UMM oleh Imam Syafie (dalam hal ini saya merujuk pada terjemahan Ringkasan Kitab Al-Umm ms 183), hadis riwayat Abu Daud no.963 yang mana Abu Hurairah r.a bertanya kepada Rasul tentang lafaz solawat dinyatakan oleh Imam Syafie menunjukkan tiada kalimah "saidina".


Mungkin ada kitab-kitab rujukan yang menambah kalimah tersebut dan dilafaz oleh ramai orang secara terang-terang dan kita mendengarnya lalu mengamalnya, tanpa merujuk adanya nas hadis yang sahih.  Perlu difahami bahawa lafaz-lafaz zikir dan solawat yang diajarkan nabi berserta dengan fadhilat-fadhilatnya yang tersebut adalah suatu bentuk ibadah yang tauqifiyah (bersifat tetap/baku). Tidak boleh kita menokok tambah dan mereka cipta dengan lafaz-lafaz yang baru selainnya.


Wallahu A'lam...

3 comments:

Redz da Tsar December 12, 2009 at 6:34 PM  

Artikel yang bagus~ Hehe...

Memang cuba mengelak menyeut 'saidina' tue, tapi kadang-kadang tersasul jugak...

Ayasu Kuro-Obi December 13, 2009 at 12:35 AM  

Tersasul takpe...kita insan... bila tersasul, betulkan semula...

Ayasu Kuro-Obi December 16, 2009 at 5:54 AM  

Ada yg tak faham entry ni; solawat itu ibadah; bagi saya ianya ibadah khusus yg diajar oleh Nabi melalui hadis2. Ada yg ckp penambahan "saidina" dibenarkan oleh ulama'. Bagi saya betul mmg ulama' pun yg tambah perkataan tu, takkan org lain. Mungkin dia tambah masa berucap.

Ada yg bandingkan pengagungan kepada raja-raja lebih bid'ah drp ini. Maka wajar kita lebih mengagungkan Nabi lebih tinggi dari raja.

Saya rasa itu salah faham ttg bid'ah. Apa yg saya faham bid'ah itu berlaku pada "ibadat khusus", selawat ni antara inti ibadat dalam solat dan telah diungkap sendiri oleh Nabi.

Ada juga ustaz yg marah2 dlm hal ni; katanya; kalau itu ini bid'ah, tu yg pakai kot songkok naik kereta tu bid'ah la?

Lagi sekali; pakai songkok naik kereta tu bukan IBADAT KHUSUS, tak bersabit. Penafsiran hadis pula adalah mengikut kemampuan pandangan ulama mazhab.

Kita sbg pengamal yg ada akses rujukan nilai utk diri sendiri...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP