Ma'a Rafiqi Al-A'la

December 10, 2009


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Ali Imran: 144).

Ayat di atas dilaung oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ketika penduduk Madinah panik berikutan berita kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.   Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: "Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah mati."


KETIKA NAZAK RASUL
Ada pertembungan pelbagai cerita berkenaan saat Nabi meninggalkan kita.  Yang paling popular diceritakan oleh ustaz-ustaz dan pengendali blog adalah yang mengandungi kalimah "Ummati - Ummati - Ummati".  Kisah ini ada dinyatakan dalam kitab Durratun Nasihin tulisan Al-Khubawi.  Perlu diambil perhatian kitab Durratun Nasihin ini tidak boleh dijadikan bahan sandaran dan rujukan kerana banyak mengandungi hadis-hadis lemah dan palsu.



Menurut kitab Al-Raheeq Al-Makhtum tulisan Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri :-
(terjemahan)

Saat nazak mendatangi Rasulullah (s.a.w), dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda. Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah (s.a.w) bersandar, kulihat Rasulullah (s.a.w) memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah (s.a.w) suka dan hendakkan siwak (sugi) tersebut. Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah (s.a.w) pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah (s.a.w) pun bersugi dengannya". Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.


Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :


Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi. Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. "Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".


Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.


Dalam buku TERPUTUSNYA WAHYU tulisan Syeikh Majdi Muhammad Asy-Syahawi dan Husain bin Audah Al-Awayisyah; dalam bab Rasulullah Ketika Sakaratul Maut ; menyatakan perihal yang sama dengan otoriti dari hadis-hadis riwayat Al-Bukhari, Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi, Abu Ya'ala, Al-Tabrani dalam Al-Kabir dan Al-Ausath, Ibnu Rahawaih, Ibnu Sa'd dan Ibnu Hisyam.

Buku ini juga menyatakan dalam satu riwayat dari Aisyah ada berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda tiada seorang nabi pun yang meninggal dunia kecuali diberi pilihan bersama Dzat yang mengurus dirinya."

Aisyah berkata "Aku mendapati Rasulullah terasa berat di pangkuanku dan di dadaku, kemudian jatuhlah siwak beliau dan aku mendengar beliau bersabda, `Akan tetapi bersama Al-Rafiq Al-A'la di jannah.'"

Perihal seorang nabi diberi pilihan oleh Allah Azza wa Jalla untuk mati ada dinyatakan dalam hadis-hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Nasai.

Wallahu A'lam........

5 comments:

KOSMIK December 10, 2009 at 3:52 PM  

Pening..pening..... banyak version lah pulak. Mmg pernah dengar version yg semasa baginda Nabi nak wafat,ada Jibril bersama baginda. Baginda bagitau keperitan sakratulmaut..( .. yg ada bg tau pasal seperti tusukan pedang tu...)..kemudian Jibril berpaling ke arah lain kerana tidak sanggup melihat baginda Nabi menghadapi sakaratulmaut. Lepas tu ada lg sambungannya.. tak brp ingat. Tp hadis dlm blog ni sama ngan dalam Sohih Bukhari yg ngan aku ni. So, nampaknya nak kena korek2 lg nih... yg mana betul.

Ayasu Kuro-Obi December 11, 2009 at 2:06 AM  

So nak percaya hadis sahih ke nak percaya kitab yg sandar hadis palsu...atau nak yang ver syiah punya?

KOSMIK December 11, 2009 at 11:19 AM  

Masalahnya biasa menjadi kebiasaan. Orang kata 'gi dengor'... dengar org baca kitab. Sbg org awam..bukannya ahli agama mmg kita akan terima bulat2. lebih2 lg kalau org2 tua. Susah nak ubah.

Ayasu Kuro-Obi December 11, 2009 at 2:03 PM  

Buat org yg tak mampu mmg men'dengor' sekurang-kurangnya menambah ilmu, org ini wajar bertaklid. Yg mampu dan ada keinginan utk usaha mengulang-kaji semoga Allah mem-faqqih-kan pengetahuan dalam agama. Bila dah terlalu lama cerita yg karut tidak diperbetul oleh golongan ilmuwan, ginilah jadinya, kita jugak yg kena.

Yg rajin membaca pun bahaya juga kalau tak bertanya kesahihan hadith. Molek juga ada org rajin macam Buden, sanggup tengok kitab Sahih Bukhari, mana tahu kan? Org boleh letak je title "Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim" ... mcm kat tv...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP