الحمدلله رب العالمين
Masuk Ramadhan ni teringat kisah rakan karib TKD dikenali sbg Mat Yie atau Sir Mat Yie yang berpeluang mengerjakan umrah bersama ibunya (klik di sini). Kali ni saya menerima khabar sorang lagi rakan TKD Sir Buden, juga pergi atas berkat rezeki ibunya yang dirahmati Allah s.w.t. Yasir, student asal Sir Buden, sebelum itu juga telah merasai umrah tanah suci menemani bapanya (klik di sini). Seperti Mat Yie juga, Buden ni prepare last minit jugak barangkali sebab tak maklumkan kepada sesiapa hasrat nak ke sana, tiba-tiba dengan kuasaNya dia dijemput. Seperti kebanyakan yang dah pergi, rasa rindu ingin ke sana membuak-buak dan katanya dia akan usaha bawa isterinya sekali kalau panggilan haji belum dapat (kuota menjadi halangan darurat).
Umrah Mat Yie saya lihat amat beruntung kerana dikerjakan dalam bulan Ramadhan. Sama ada dia sedar atau tidak...
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah:
عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً
"Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji"
Maksud hadith diatas ialah sesiapa yang mengerja umrah di bulan Ramadhan maka pahala umrahnya itu menyamai pahala haji yang sunat.
Oleh itu semestinya bagi sesiapa yang memiliki kemampuan dari segi kewangan, kesihatan yang baik dan kelapangan masa tidak mensia-siakan ganjaran besar yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW ini.
Fikirkan seketika tentang perjalanan hidup kita yang semakin singkat dengan melihat dari sudut berapa banyak amalan soleh yang pahalanya besar dan berlipatganda telah kita lakukan sebagai bekalan untuk selepas mati. Ataupun kita tidak mengambil hirau tentang perkara ini kerana kelalaian yang melingkari seharian hidup kita. (kredit Ust.Ibrahim, Assabiel.com)
Sir Buden bertolak 5/7/2010 dan pulang 17/7/2010 bersama Imtiyaz Travel & Tours. Tak banyak gambar boleh dipaparkan sebab katanya dia sendiri tak ambil gambar dan tak bawa kamera. Perkara penting buat diri yang berjaya ke sana selain merasai suasana dan merasai kerja umrah adalah berasa rendah diri dan bermuhasabah atas segala kerja amal yang kita buat, saya yakin Buden masih lagi berhitung untuk melaksanakan Umrah dengan lebih baik lagi dengan izinNya, justeru ilmu pengetahuan berkaitan harus kita cari supaya amalan kita lebih mendekati sunnah Rasul. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki ke atas kawanku ini, segala kepayahan hidup yang dia lalui kini berkat ketabahan dan sabar serta doa semoga diringankan bebannya itu dan semoga dijemput lagi ke sana, Insya-Allah, Umrah ke Umrah menghapuskan dosa dan menebalkan iman.
Read more...