Rezeki Ibu Sir Buden

August 09, 2010

الحمدلله رب العالمين


Masuk Ramadhan ni teringat kisah rakan karib TKD dikenali sbg Mat Yie atau Sir Mat Yie yang berpeluang mengerjakan umrah bersama ibunya (klik di sini).  Kali ni saya menerima khabar sorang lagi rakan TKD Sir Buden, juga pergi atas berkat rezeki ibunya yang dirahmati Allah s.w.t.  Yasir, student asal Sir Buden, sebelum itu juga telah merasai umrah tanah suci menemani bapanya (klik di sini). Seperti Mat Yie juga, Buden ni prepare last minit jugak barangkali sebab tak maklumkan kepada sesiapa hasrat nak ke sana, tiba-tiba dengan kuasaNya dia dijemput. Seperti kebanyakan yang dah pergi, rasa rindu ingin ke sana membuak-buak dan katanya dia akan usaha bawa isterinya sekali kalau panggilan haji belum dapat (kuota menjadi halangan darurat).  
 
Umrah Mat Yie saya lihat amat beruntung kerana dikerjakan dalam bulan Ramadhan. Sama ada dia sedar atau tidak...

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah:

عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً
"Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji"

Maksud hadith diatas ialah sesiapa yang mengerja umrah di bulan Ramadhan maka pahala umrahnya itu menyamai pahala haji yang sunat.

Oleh itu semestinya bagi sesiapa yang memiliki kemampuan dari segi kewangan, kesihatan yang baik dan kelapangan masa tidak mensia-siakan ganjaran besar yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW ini.

Fikirkan seketika tentang perjalanan hidup kita yang semakin singkat dengan melihat dari sudut berapa banyak amalan soleh yang pahalanya besar dan berlipatganda telah kita lakukan sebagai bekalan untuk selepas mati. Ataupun kita tidak mengambil hirau tentang perkara ini kerana kelalaian yang melingkari seharian hidup kita. (kredit Ust.Ibrahim, Assabiel.com)

Sir Buden bertolak 5/7/2010 dan pulang 17/7/2010 bersama Imtiyaz Travel & Tours.  Tak banyak gambar boleh dipaparkan sebab katanya dia sendiri tak ambil gambar dan tak bawa kamera.  Perkara penting buat diri yang berjaya ke sana selain merasai suasana dan merasai kerja umrah adalah berasa rendah diri dan bermuhasabah atas segala kerja amal yang kita buat, saya yakin Buden masih lagi berhitung untuk melaksanakan Umrah dengan lebih baik lagi dengan izinNya, justeru ilmu pengetahuan berkaitan harus kita cari supaya amalan kita lebih mendekati sunnah Rasul.  Semoga Allah memurahkan lagi rezeki ke atas kawanku ini, segala kepayahan hidup yang dia lalui kini berkat ketabahan dan sabar serta doa semoga diringankan bebannya itu dan semoga dijemput lagi ke sana, Insya-Allah, Umrah ke Umrah menghapuskan dosa dan menebalkan iman.  

7 comments:

Abdul Rahman August 9, 2010 at 6:21 PM  

Alhamdulillah

Jelous pulak rasanya

KOSMIK August 9, 2010 at 6:34 PM  

Assalamualaikum

Memenuhi permintaan sahabat, Sifu SNA kita... saya sertakan beberapa keping gambar, sekadar penyeri.Bukan masalah gambar yang difikirkan, yang difikirkan mcm mana nak kumpul duit lagi untuk kembali ke sana, ke tanah yang mulia, tanah yang diangkat darjatnya oleh Allah. Betullah org cakap, tak pergi kita tak tahu mcm mana rasanya.

Yang penting niat... duit penting jugak,tapi..insyaallah, kalau betul Allah jemput kita, dapatlah kita ke sana.

Ada banyak kisah sebenarnya sebelum pergi...masa kat sana... dan bila balik ke sini. Bagi saya, semuanya menzahirkan lagi kekuasaan Allah yang Maha Pemurah... Maha Pengasih.

Adik2.... abang2/kakak2 apatah lagi... pakcik2/makcik2 lagilah....pergilah ke Makkah..kalau kita tak rasa rindu nak ke sana, yang pasti roh kita ( roh org Islam...) amat rindu nak ke sana. Anda akan temui ketenangan di sana dan anda akan dapat jawapan di sana.

Panjang lagi ni kalau ikutkan nak tulis.... tapi padan2 lah kot... tapi kesimpulannya..tak tahu nak luahkan mcm mana dgn kata2 berkenaan perasaan pergi ke Mekah ni. Kalau boleh, esok lusa nak pergi lagi. Dalam hati masa mula2 jejak kaki kat KLIA, mmg nak canangkan kat semua org supaya pergi Mekah,tapi risau jugak nanti org cakap kita ni EGO ke..dan yang seangkatan dengannya. Tapi bila saudara SNA kita bagi explanation kenapa perlu diceritakan, baru saya rasa mcm ada betulnya.Bukan nak riak atau bangga diri, tapi nak bagitau.... pergilah ke Mekah wahai adik2..abang2..kakak2...pakcik2..makcik2 sekelian.... Wassalam.

Unknown August 17, 2010 at 8:45 PM  

betul2...memang best duk sane...rindu azan kat sane...ramai2 pegi ke masjid,tgk budak2 5 thn bace Al-Quran mcm bace buku...tgk org keliling Kaabah (tawaf). Best...InsyaAllah klu ade rezeki lebih nak pegi lagi...Amin~~~

-yasir-

Unknown August 19, 2010 at 8:07 AM  

Alhamdulillah...

Tahniah Budin!!!

Bagus sebenarnya kita dapat share benda baik gini dengan yang lain. At least bagi bayangan buat yang belum menjejakkan kaki di sana supaya dapat berusaha untuk 'menyampaikan' diri ke sana, insyaallah.

Unknown August 19, 2010 at 8:08 AM  

Takdok ke posing sidekick kat Kaabah? Kelas gitu, hahahaha....

Ayasu Kuro-Obi August 19, 2010 at 9:47 AM  

Dok dan angkat kakinyerr...kena peteh di polis. Satu lagi, dalam masjid tu... Sidekick kat ladang unta atau ladang kurma takpe x dok org maroh..

KOSMIK August 28, 2010 at 5:56 PM  

Nok posing sidekick guaner... org angkat kamera pun kena beleber ke polis2 dalam tu. Kang dok pasal2 ada orang ajak sparring. Banyak perkara yg perlu diperbetulkan dan yang dirancang nak buat kalau bleh pergi lagi sekali. Raanya kalau dapat pergi buat haji lagi seronok nih.

Kalau cukup duit nih...boleh buat group budak2 TKD jer pergi umrah... biar pok ajie jadi mutawwif ( betul ke aku eja ni....??) .

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP