Masjid Yang Pertama
June 08, 2009
Menurut sejarah Islam, masjid pertama dibina oleh Rasulullah S.A.W ialah MASJID QUBA. Masjid ini dibina oleh pengikut Nabi kita sewaktu berhijrah ke dari Kota Mekah ke Yathrib (Kota Madinah). Sebelum tiba di Madinah rombongan hijrah Nabi berhenti di suatu tempat dan diperintah oleh Allah SWT untuk berhenti di situ dan mendirikan sebuah masjid.
|
Menjadi satu kemestian bagi mereka yang mengikuti program ziarah ke Tanah Suci untuk dibawa ke sini bagi mengenali tempat yang menjadi sebahagian daripada sejarah bertapaknya Islam di bumi ini. Masjid Quba adalah salah sebuah masjid yang paling suci dan jika mengikut turutan:- Masjidil Haram - Masjid Nabawi - Masjidil Aqsa - Masjid Quba.
Dalam Al-Quran ada menyebut:-
Yang bermaksud: Kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Masjid ini disiapkan oleh para Muhajirin selama 20 malam. Ia menjadi begitu penting dalam amalan penduduk setempat sehingga kini kerana mengikut sunnah Nabi dan fadhilatnya yang amat besar; ketika bertapaknya Masjid Nabawi di Mainah, Nabi kita sering mengunjungi Masjid Quba pada setiap hari Sabtu dan kadang-kadang pada hari Isnin untuk solat.
Menurut Riwayat At-Turmizi, Nabi bersabda bahawa : "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah."
Masjid Quba yang ada sekarang adalah pembinaan semula oleh Kerajaan Saudi dan boleh dikatakan semua struktur tersebut adalah yang baru. Tindakan kerajaan untuk meruntuhkan struktur lama mungkin ada sebabnya dari segi keselamatan oleh kerana strukturnya yang sudah usang. Saya berpendapat salah satu yang memain peranan runtuhnya masjid Quba yang lama adalah disebabkan oleh pengaruh Wahabi yang tidak mahu sebarang unsur-unsur bida'ah oleh pengunjung masjid ini.
1 comments:
cerita-cerita dlm blog especially psl umrah buat saya nak pergi lagi..
good info n nice blog!
Post a Comment