Album Aidilfitri 2009

September 27, 2009

Tahun ni pagi raya di Kerteh rumah abg ambe (first time bukan beraya di kampung ambe, dan bukan kampung bini ambe).... Maybe next year kembali beraya di Simpang Tok Ku. Still this is Raya...Hari Untuk Kita Bergembira Bersama Keluarga.... Paling happy pada akhir Ramadhan dan malam raya tu ialah anak-anak ambe sebab dpt main kolam & main bunga api sama sepupu-sepupunya... Special raya ni hari ulangtahun kelahiran ayah ambe Mahaguru Tn. Hj.Ashari Hj.Ali An-Najjari yg ke-70 ..


(klik untuk imej lebih jelas)


Seperti biasa Raya di KT kami tak keluar sangat. Rumah mertua mcm rumah sendiri, wife kena layan tetamu. Maklumlah ibu mertua berkerusi roda. Tok Wan pula umur dekat 100 tahun (atau lebih, tapi masih kuat berjalan ke surau), ayah mertua pula biasala org kuat kampung dan ajk surau serta amil zakat, juga tukang sembelih lembu kambing - selalu je ada aktiviti luar. Patut la wife ambe bila raya je sibuk mengemas rumah mak ayah (dari dulu lagi dah mak ayah duk harap ke dia....). Kalau beraya di Simpang Tok Ku senang sikit ambe nak berulang alik dua rumah keluarga. Rumah 922B masih dalam renovation dan akan diduduki oleh my 2nd brother bersama-sama ayah, tahun depan siap insya-Allah.

Malam Raya Ketiga diisi dengan aktiviti majlis tahlil dan solat hajat....seterusnya makan-makan.

Alhamdulillah....Semoga Hubungan Kekeluargaan Sentiasa Akrab...


Vid presentation made by A. Danial Zulhilmi:-








Dua Hari Sebelum Raya kami bungkus tapai di rumah mertua, bersama cikgu Sally Mat Saleh, (bukan Sally upin & ipin):-

Solat Aildilfitri di Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kerteh




Ziarah Makam Keluarga di Pulau Duyong Besar:-

Beraya di shipyard keluarga (sebelah ibu ambe) di Pulau Duyong, warisan yang diteruskan oleh bapa saudara kami Ayah Chik Hasan .






Akhir Raya di KT bersama-sama Master Najmi di Secret Recipe:-













Read more...

Tetamu Ramadhan...

September 23, 2009

الحمدلله رب العالمين


Seorang lagi rakan karib a.k.a muridku menjadi Tetamu Allah dan paling istimewa dia mendapat peluang mengerjakan Umrah dalam bulan paling dirahmati Allah Taala, bulan Ramadhan Yang Berkat.

Sir MOHD BADRI UBAIDILLAH atau MAT YIE, 3rd Dan seorang fighter PTNT yang seiring denganku sejak sebelum memegang bekung hitam lagi. Seorang pendiam dan humble. Hari ini dia mengunjungi rumah mertuaku di Padang Mengkuang untuk berhari raya sambil bercerita pengalaman indahnya di Tanah Suci.

Sungguh bertuah saudaraku ini...dapat merasai apa yang kami idamkan yakni untuk mengerjakan ibadah puasa, terawih, tadarus, qiyamullail dan berbuka puasa di Tanah Haram Makkah.

Syukur kerana dia memperoleh keyakinan untuk meneruskan perniagaan keluarganya di Mengabang Telipot sebagai pengusaha warong nasi ayam - terkenal dan laku di sana. Sebelum ini hatinya berubah-ubah, tidak tetap oleh kerana dia rasa sebagai skilled welder dia boleh mendapat pendapatan lebih tinggi, tetapi kebanyakan kerja-kerja ini tidak tetap dan berkontrak. Pernah juga dia balik dengan tangan kosong, kerja keras siang dan malam sia-sia saja. Adalah lebih baik dia menjuruskan semula serta mendalami perniagaan keluarganya.

golden team

Mat Yie vs Khoo Meng Yang (Asia Contender II shortlisted)


Lihatlah Mat Yie, asalnya orang susah. Berkat usaha dan doa ibunya tercapai juga hasrat untuk membawa anak-anak menjadi teman ke Tanah Suci. Asal ada detikan dalam hati untuk ke sana, insya-Allah terkabul jua. Sekaya mana pun, jika sudah terpalit karat di hati walau bukan batu, jika tidak sedikit pun menanam niat, tidak kesampaian juga.....

Semoga sekembalinya Mat Yie dari Kota Suci dan berkat doanya di Multazam rezekinya akan bertambah berlimpah ruah hendaknya. Saya juga berharap dia akan kembali aktif dalam taekwondo.
Pengalaman Mat Yie selama 14 hari di Makkah dan Madinah di bulan Ramadhan sesungguhnya suatu bonus yang patut disyukuri.

Dulu aku gelarnya "botak", sebab dah nampak tanda-tanda rambut tak berapa nak tumbuh pada bahagian tengah kepalanya....nah sekarang dia betul-betul botak dan bukan sebarang botak....Botak Suci.....



o

Read more...

Kad Khas Utk Bloggers....

September 17, 2009

KHAS BUAT BLOGGERS : Sila klik untuk paparkan Kad Raya anda...

"AKU CIKGU LAMA" "SIDEKICK"

"SEJENAK BERSAMAKU" "SIR.NORDIN"


"MANG'S TKD" *HKMHZHR*

"MYBLOG-EIZAM" "TAE KWON DO"

"KOULOONG"


من العائدين الفاءزين وكل عام و انتم بخير

Read more...

من العائدين الفاءزين

September 16, 2009

من العائدين الفاءزين وكل عام و انتم بخير
Maaf Zahir & Batin
Segala Kebaikan Kepada Anda Sepanjang Tahun




My Raya Oldies back in 1970's & 1980's :-







Read more...

EPL: Win & Lose & Malice

September 13, 2009

Emmanuel Adebayor faces FA action over Arsenal taunt and Robin van Persie 'stamp'
Centre of attention:
Emmanuel Adebayor and Robin van Persie were in thick of it at City of Manchester stadium

English Premier League, team aku kalah (arsenal) dan menang (liverpool). Aku ni silent-fan of liverpool, jadi fan sejak zaman Bruce Grobbelaar. No matter lah if arsenal kalah, terubat sikit bila tgk liverpool belasah kelab yang pernah pukul MU a.k.a setan merah.

Tapi yg jadi tak best tgk game bila tiada kelibat Arshavin dan ex-gunner Adebayor pulak main gila babi jahatnya. Sebenarnya dia good scorer dan tahun ni nama dia melonjak sbb every game dia ada score. Semasa dalam Arsenal lagi dia main bagus (tapi tak sebagus yang diharap fan). Mungkin sebab Arsenal ni kelab yg bayar gaji murah, so dia tak main la betul2 mcm dia main skrg turun-naik rajin nampak, dulu mmg kena chop sbg pemalas dan "tunggu ayam".

Game semalam menyerlahkan motif Adebayor yg memang bengang kerana dijual ke Manchester City. So appearance dia lebih kpd mencetuskan rasa menyampah kepada arsenal fan dan rakan-rakan dia dulu di arsenal.

I was a fan of Adebayor, walaupun dia main di kelab lain, until last night - so unprofessional & unethical. Tak macam Arshavin (so far). Former Arsenal stars mcm Henry, Vieira, Petit, Anelka etc. takde pernah buat mcm Adebayor bila bertembung dgn kelab lama mereka.

Game semalam byk dia tackle arsenal players bermula dengan Fabregas, peteh keting belakang, lepas tu dia lenyek muka Van Persie dan paling ketara bila dia score n berlari ke arah penyokong arsenal - saja nak cetus kemarahan - pengadil terus bagi kad kuning...

But thanks anyway to MU sbb kalahkan the Spurs, close rival to Arsenal. Bravo Liverpool & well done Arsenal for breaking the clean-sheet record of Man City. And welcome back Tomaz Rosicky yg dapat score semalam.

Aku predict this season Chelsea will be the Champion for its resource and great players, most important is their consistency.

Last night aku tak tidor...bulan-bulan puasa biasanya mmg takleh tido malam.....sambil ditemani Solat Terawih Dari Al-Haram dan sambil menghabiskan juzuk.... qaliilan-qaliilan soro jabalan.......dang ah abih ke guaner ustaz pie?

Still sokong Arsenal. "Love the game, not the club....
"



Telegraph.Co.Uk

Emmanuel Adebayor faces FA action over Arsenal taunt and Robin van Persie stamp


Robin van Persie has accused Emmanuel Adebayor of a “mindless and malicious” stamp on his face during Manchester City’s 4-2 win over Arsenal.


The Togo international may also face a Football Association probe for running the length of the Eastlands pitch to taunt his former club’s supporters after scoring Manchester City's third goal.

The Arsenal striker was left with a gashed cheek but Adebayor escaped without a yellow card. “He set out to hurt me,” Van Persie said. “I have not received an apology from him. He had his own agenda today and that is bad for the game we all love.


Soccernet.com
Andrew yates
Adebayor celebrates in front of Arsenal's fans/GettyImages




Read more...

Ifthar Kemta & Firm

September 11, 2009


On the seat: Rahman, me, Tun, Zudin, Shahrul & John Doe
Standing Behind: Yasir, Takhairi & Abg Zul

Maghrib tadi kami berbuka bersama-sama keluarga staff pejabat dan sebilangan penganut Kemta Taekwon-Do, kesemuanya 50 orang di Bangkok Kitchen, Geliga, Kemaman.

Menu pakej x 3 meja:-
-Ikan Siakap Pet Sat |-Ikan Siakap 3 Rasa | -Ikan Siakap Padprik
-Ikan Siakap Stim Asam Boi | -Tauhu Sonkreng |-Tomyam Campur
-Daging Masak Merah |-Puyuh Goreng Kunyit |-Padprik Ayam
-Kailan Ikan Masin|-Sayur Campur |-Kerabu Seafood
-Kerabu Mangga |-Nasi Putih |-Buah-buahan |-Air Sirap Thai |-Telur Dadar
-Air Buah |-Air Teh
|-Kurma











Rahman, Tun, Me, Yasir & Zudin

Nasib baik Tun Marzuki tak tersilap pergi ke Bangkok Restoran Kerteh, 45 minit jugak tu kalau terlajak. Walau bukan semua jemputan ahli Kemta yang dapat hadir, majoriti dapat meluangkan masa berbuka bersama walau hungga dari Kota Bharu. Pelopor dari PSMZA juga hadir bersama Rahman. Si Takhairi pulak datang macam tok imam tapi datang lewat so tak boleh la dia mengetuai tahlil, pada masa yang sama dihalang dari membaca doa jemaah....

Harap-harap berpuas hati dan berselera hendaknya (mana tak selera kalau dah lapar kan). Yang ketinggalan insya-Allah kita anjur lain kali (kalau ada bajet).

Majlis ini ditaja oleh
The Firm... Alhamdulillah.



Read more...

Birthday Nadhirah

September 06, 2009

Happy Birthday Nur Nadhirah ... genap 2 tahun...
5 Sept.









Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP