DARUL FALAH @ PERKASA

September 01, 2009



Baru-baru ni saya berbuka puasa di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Falah di Bukit Payung. Majlis juga menjemput YB Tn. Asha'ari Idris, ADUN Langkap yang juga exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat & Wanita. Di kesempatan ini juga YB menyampaikan duit raya kepada setiap anak yatim di sini. Menurut Yang Dipertua PERKASA (dikenali sebagai Cikgu Yusof) dalam ucapan beliau, anak-anak yatim pada bulan puasa lebih kerap berbuka puasa di hotel-hotel atas tajaan organisasi dan individu tertentu.

Rumah ni wujud sejak 1962 dan diurus oleh Persatuan Kebajikan Islam Terengganu (PERKASA) . Bagi menampung kos saraan dan kebajikan anak-anak yatim ini yang mencecah RM800,000 setahun, program penjanaan ekonomi oleh AJK Perkasa menjadi begitu penting antaranya melibatkan pembinaan bangunan untuk dijadikan sewa dan jualan rumah.

Blog Darul Falah masih under construction oleh Sdr. Muhammad Al-Hafiz.

Mana-mana individu dan organisasi yang ingin menghulur derma boleh hubungi pejabat Asrama Darul Falah di talian 09-619 2667 atau untuk maklumat akaun.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP